Monday, December 31, 2007

Kasih terhadap Palestin telah tiada?

27 November 2007, berlangsungnya persidangan Annapolis yang bertempat di Maryland, Amerika Syarikat. Bermakna suatu gagasan keamanan dan perdamaian Timur Tengah dipandang serius oleh kuasa-kuasa dunia. Namun, ia merupakan mimpi dan angan-angan bagi pemimpin pemerintah Palestin, Ramallah. Bagi pihak Israel dan sekutunya, di Annapolis merupakan sumber kekuasaan, kekuatan untuk mencengkam sekeras yang mungkin ke atas penduduk Palestin. Dari Annapolis menimbulkan pertanyaan, apakah kesan dan hasil yang mampu memberikan keamanan dan perdamaian terhadap konflik yang memakan masa puluhan tahun?

Semenjak 1948, tertegaknya negara yahudi-Israel telah membuka fail keganasan dan ancaman kepada mana-mana pihak yang cuba menafikan hak Israel. Maka pihak Israel tidak teragak-agak untuk melabelkan pengganas kepada pejuang Palestin. Untuk meraih kepentingan dan kesenangan, yahudi-Israel sanggup melanggar apa sahaja undang-undang. Buktinya, serangan dari semasa ke semasa ke atas penduduk Semenanjung Gaza berlanjutan hingga saat ini, pembinaan penempatan yahudi yang terbaru selepas Annapolis di Timur Al-Quds dan Israel turut meruntuhkan hampir 90 buah rumah penduduk Palestin di Tebing Barat.

Rejim yahudi-Israel tidak mengenal erti kasih, damai dan keamanan. Bahasa mereka adalah divide & rule atau ceroboh untuk hidup atau kamu perlu sengsara demi kehidupan kami.

Saat ini, apa yang berlaku di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat adalah implementasi dari apa yang telah mereka rancang berpuluhan tahun sebelum ini.

Semenanjung Gaza setelah dikuasai HAMAS, mereka telah diboikot habis-habisan. Kuasa-kuasa besar meredhai tindakan dan operasi ketenteraan Israel ke atas setiap pelusuk tanah Palestin. Dalam masa yang sama Liga Arab mahupun OIC seolah-olah diseret untuk menyetujui tindakan kuffar.

Palestin-info dalam laporannya pada 31/12/07, mengatakan kematian penduduk Gaza yang perlukan rawatan secepat yang mungkin telah meningkat ke angka 56 orang. Ia berpunca daripada blockade daripada pihak rejim Israel yang melarang penduduk Gaza mendapatkan rawatan di luar. Semalam, 29/12/07 seorang penduduk Gaza, Muhammad Salih 55, telah meninggal dunia akibat penutupan semua tempat yang bersempadanan dengan Gaza. Dilaporkan Muhammad Salih mengalami sakit ginjal dan sudah berapa bulan tidak dapat menjalankan rawatan. Antara mangsa lain:

1) Nadiah Abu Zuhri, ibu kepada jurucakap HAMAS telah meninggal dunia akibat penyakit stroke dan tidak diberi peluang untuk mendapatkan rawatan luar.

2) Seorang bayi yang mengalami sakit tumor di kepala dan dilarang mendapatkan rawatan oleh Israel. Di masa ini, ramai lagi pesakit yang memerlukan rawatan rapi secepat yang mungkin. Dan ramai lagi pesakit yang memerlukan rawatan.

Komiti rakyat di Gaza telah memberikan amaran bahawa bencana kemanusiaan di Gaza semakin genting. Sumber perubatan Palestin telah mengenalpasti, terdapat 400 orang pesakit menderita akibat ginjal dan 450 orang menderita akibat penyakit jantung yang di alami.

Terdahulu, penduduk Gaza terpaksa hidup dalam kegelapan apabila terputusnya bekalan elektrik untuk beberapa malam. Laporan akhbar mengatakan, ini adalah perancangan Israel untuk memaksa pejuang Palestin menghentikan serangan roket ke beberapa buah bandar Israel.

Kejadian terbaru, jemaah haji Gaza yang akan pulang tidak dibenarkan memasuki sempadan Rafah. Disebabkan tekanan kuasa luar, kerajaan Mesir meminta supaya kesemua jemaah haji memasuki Gaza melalui sempadan yang dikuasai Israel. Seorang bekas ahli majlis legislatif Palestin mendesak bahawa tindakan seumpama ini adalah merbahaya bagi mereka kerana akan ditangkap oleh rejim Israel seterusnya sebagai tawanan. Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis kesemua jemaah haji Gaza akan di bawa ke Arish (Mesir). Ada khabar mengatakan, sebab tekanan ini adalah dipercayai di kalangan jemaah haji Gaza membawa wang yang diperolehi ketika mengerjakan haji untuk pemerintah Gaza, HAMAS. Atas dasar kemanusiaan, kenapa hal ini juga dilarang? Tidakkah pihak yang bersekongkol atau tunduk di bawah desakan Israel juga seperti membunuh penduduk Gaza?

Palestin kini menanti berbagai-bagai ancaman, pemerintah illegal Salam Fayadh bertindak menangkap 2 pejuang Palestin yang dikatakan membunuh 2 tentera Israel. Apakah pendirian Salam Fayadh sebenarnya? Kenapa tuntutan agama ditukar kepada perlakuan pengganas?

Sememangnya, apa yang dinyatakan ini akan berterusan. Jika tindakan rejim Israel tidak dihalang mahupun di’gertak’, dan umat Islam tidak pula sedar, maka sampai bila-bila pun untuk Palestin tiada lagi kasih.

OPERASI PENGUASAAN

10 langkah yang mesti dilakukan dan bagaimana untuk menggerakkannya di Gaza

Di bawah adalah kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh panel khas bagi memastikan kejayaan pengoperasian Israel ke atas penduduk Palestin. Khasnya, semenanjung Gaza yang dikuasai HAMAS akan diterjah berbagai-bagai ancaman dari Israel dan kuasa-kuasa luar. Jika mereka (musuh) telah merancang dari semasa ke semasa untuk menghapuskan umat Islam, mengapa kita tidak pula berbuat demikian untuk membebaskan saudara seaqidah dari belenggu yang dicipta oleh pihak musuh.

1. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mesti membatalkan lawatannya ke Amerika Syarikat dan pertemuan dengan Bush yang dijadualkan pada 19 Jun 2007, selasa. Usaha untuk menjatuhkan pemerintahan Palestin dan pentadbiran Abu Mazen di Gaza tidak sepatutnya dua pemerintah ini (Bush dan Olmert) membicarakan terlalu lama sama ada berkaitan Palestin mahupun berkaitan Iran. Sesungguhnya sekarang adalah masa untuk bertindak bukannya masa untuk berbicara.

2. Menangguhkan terlebih dahulu sebarang usaha dan pengoperasian yang dilakukan oleh pasukan tentera Israel di persempadanan Selatan Semenanjung Gaza, kerana operasi tersebut tidak memberikan kesan pada masa ini.

3. Mengerahkan batalion kemasukan tentera pertahanan dan tentera pejalan kaki(Israel) ke Selatan Gaza dan melaksanakan kekacauan. Jangan mengganggu ketenteraman penduduk kampung. Sasarannya untuk sampai ke pos-pos kawalan pasukan keamanan Palestin dan membuka laluan dari selatan bandar Gaza dan memindahkan paling kurang penduduk Palestin yang berhaluan kiri ke tanah jajahan Israel (Sderot). Inilah cara untuk selamatkan kehidupan mereka. Jika pemerintah Israel dan pihak tentera Israel tidak berkemampuan mengosongkan Sderot, maka perlunya bagi penduduk Palestin ke Sderot. Strategi daripada operasi ini adalah untuk menghalang tekanan masyarakat antarabangsa sama ada tekanan dari bentuk sosio-politik atau desakan umum.

4. Untuk merealisasikan apa yang telah dirancang, tentera Israel mesti memasuki semenanjung Gaza dan memerangi pejuang HAMAS melebihi 72 jam, sehinggakan mereka tidak lagi mampu untuk bangkit bahkan tidak dapat tidur walaupun sekejap. Dengan operasi ini, pasti tentera Israel tidak akan mengalami kekalahan atau kerugian yang besar. Juga, tanpa ada jumlah kecederaan yang banyak.

5. Pasukan Israel yang lain pula mesti menggerakkan operasi dari sebelah utara dan menakluk segala logistik, dari Kirom Shaloum sehinggalah laut tengah, yang merupakan terletaknya penempatan membangun Rafih Yam. Jika HAMAS mampu menakluk keadaan seumpama ini dalam masa enam jam, pihak tentera Israel pula tidak sepatutnya mengambil masa yang lama melebihi daripada 3-5 jam untuk menakluk Gaza.

6. Tentera Israel yang menjalankan operasi ketenteraan di Utara dan Selatan Gaza mesti mengerahkan juga tentera udara dan tentera laut. Sebelum apa jua kemungkinan yang bakal berlaku, tentera Israel mesti melemahkan sebarang usaha yang berpusat di Semenanjung. Pengiktibaran daripada gerakan HAMAS yang berdaya menguasai Gaza adalah sepertimana ketangkasan Taliban. Mengikut strategi ketenteraan, ini adalah faktor utama yang membantu ke arah kemenangan. Oleh itu, pasukan tentera udara dan laut Israel mesti memastikan agar HAMAS tidak berdaya untuk bertindak.

7. Menentukan ke atas tentera udara Israel untuk menyerang dan mengebom mana-mana sasaran ketenteraan HAMAS berpandukan maklumat risikan yang diperolehi.

8. Pasukan tentera Israel dalam jumlah yang kecil mesti menguasai pihak di sebelah Palestin yang berada di persempadanan Kourney, Soufa, Eriz dan Kirom Shaloum. Mereka mesti menangkap pasukan HAMAS yang menguasai persempadanan tersebut. Kemudian, menyerahkannya kepada pasukan khas Palestin sebagai tawaran kepada pihak Ramallah.

9. Menjalankan kajian dan penyelidikan setiap perencanaan demi pembebasan Gilad Shalit, tentera Israel yang ditawan. Selepas itu, Israel dan pihak ketenteraan membuat perancangan yang seterusnya.

10. Apabila mendapat arahan mengundurkan tentera pulang ke Israel (pasukan yang telah menguasai selama hampir 48 hingga 72 jam), pastikan hanya pasukan yang akan menjalankan oprasi di Selatan Gaza sahaja dan pihak ketenteraan mesti mengekalkan pasukan yang akan menguasai Muhawwar Philadelphia (Salahuddin).

Inilah 10 langkah yang merupakan penstrategian lengkap untuk masa sekarang yang mesti dilaksanakan oleh pemerintah Israel dan pihak ketenteraan bagi melicinkan operasi dan tindakan.

Sumber : Mukhtarat Israiliah, bilangan 151 Julai 2007 (Khas)
Terbitan : Center For Political & Strategic Studies Al-Ahram

EXAM : Semoga semuanya berjaya



Sahabat-sahabat seperjuangan! di kala hampirnya imtihan ini..diriku merasai sukar dan gelisah kerana keputusan kali ini adalah penentu segalanya. Hanya gugusan doa dan kalam tasyjik dari kalian pasti membakar semangat dek sejuknya musim di perantauan ini. Semoga imtihan yang bakal tiba, kita tergolong di kalangan insan-insan yang berjaya..tidak di dalam imtihan sahaja malahan kehidupan dunia dan akhirat. Apa yang pasti, kejayaan yang bakal kita kecapi akan memberikan kegembiraan yang amat bermakna..bukan untuk diri kita sahaja malahan insan-insan yang di sekeliling kita. Ingatlah bagaimana pengorbanan kedua ma dan abah, juga harapan dari insan yang menanti kita..siapa? Pasti kejayaan ini juga akan membangkitkan semangat ummah yang di saat ini terdapat di antara mereka yang berjuang mati-matian untuk menegakkan kesucian Islam, kalimatullah.
[ May Allah Help Us On His Straight Path ]

Ekslusif di Annapolis

RAKYAT PALESTIN TELAHPUN MENGENALPASTI ISRAEL, WALAUPUN ISRAEL TIDAK MENGENALPASTI HAK-HAK RAKYAT PALESTIN TERHADAP SEBUAH NEGARA

Oleh: Uri Avnery

Persidangan Annapolis hanyalah jenaka. Walaupun tidak dalam yang paling kurang kelakar.

Sepertimana banyak ikhtiar berbentuk politik selainnya, yang ini juga, telah bermula dengan ketidaksengajaan. George Bush telah dijangka memberikan ucapan. Mencari-cari tema yang bakal memberikan inti pati. Sesuatu yang akan memesongkan perhatian daripada kegagalan-kegagalan di Iraq dan di Afghanistan. Sesuatu yang mudah, optimistik dan senang diterima.

Dengan apa cara sekalipun, cadangan bagi ‘mesyuarat’ pemimpin-pemimpin untuk menganjurkan ‘proses’ Palestin-Israel telah muncul. Satu mesyuarat antarabangsa semestinya ditonjolkan elok-diskrinkan sempurna di televisyen, memberikan pelbagai gambaran, bersinar dengan keyakinan akan kejayaan. Kami bertemu, jadi kami wujud.

Maka Bush melantangkan usul: sebuah ‘mesyuarat’ menganjurkan kedamaian antara Israel dan penduduk bumi Palestin.

Tanpa didahulukan sebarang rancangan yang strategik, tanpa sebarang persiapan yang teliti, tiada langsung!

Sebab itulah Bush tidak memperinci: tiada tujuan jelas, tiada lokasi, tak bertarikh dan tanpa jemputan. Hanya satu perjumpaan yang halus. Kenyataan ini membuktikan tidak seriusnya keseluruhan usaha yang diambil.

Hal ini mungkin mengejutkan mereka yang tidak pernah melihat gambaran dekat pengendalian sebenarnya politik. Amat sukar diterima apabila sesuatu keputusan selalunya dicapai dengan ringan, sikap tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin dan kepentingan proses-proses pengadilan yang telah ditetapkan dalam usul.

Sebaik sahaja rancangan ini dilancarkan, tidak mungkin akan ditarik balik. Presiden telah bersuara, usaha-usaha dimulakan dengan cara tersendiri. Bak kata pepatah: Bila si bodoh melemparkan batu ke air, mereka yang pandai pun tak mampu mendapatkannya semula.

Bila ‘mesyuarat’ diumumkan, maka ia usaha yang penting. Cendekiawan daripara segenap gerakan-gerakan politik mula bertungkus-lumus untuk peristiwa yang tidak dapar ditakrifkan. Setiap mereka cuba sebaiknya mengemudi ke arah mana yang mungkin lebih banyak memberi manfaat kepada masing-masing?.


Bush and Condolezza Rice, menginginkan sesuatu yang mampu mempengaruhi, bagi membuktikan bahawa Amerika Syarikat sedang giatnya menganjurkan kedamaian dan demokrasi. Mereka berjaya di mana Henry Kissinger tewas. Jimmy Carter gagal menukarkan kedamaian Israeli-Egyptian menjadi kedamaian Israeli-Palestinian. Bill Clinton gagal di Camp David. Sekiranya Bush berjaya di mana semua bekas pemimpin-pemimpin yang masyhur telah gagal, tidakkah itu menunjukkan siapa yang paling hebat antara mereka?

Ehud Olmert dengan segera memerlukan pencapaian politik yang termasyhur demi mengaburi kenangan kegagalannya dalam Perang Lebanon Kedua untuk membebaskan dirinya daripada penyiasatan-penyiasatan jenayah dan rasuah yang memburu beliau. Cita-citanya tidak mengenal batasan: ingin dilihat dunia bersalaman dengan Raja Arab Saudi. Satu pencapaian yang hebat, tidak ada Perdana Menteri Israel lain pernah mencapainya.

Mahmoud Abbas ingin menunjukkan kepada Hamas dan pihak-pihak pemberontak dalam gerakan Fatah bahawa beliau mampu berjaya di mana Yasser Arafat telah menemui kegagalan untuk diterima di antara pemimpin-pemimpin dunia.

Hal ini mungkin, oleh itu, menjadi satu persidangan hebat yang mampu melakar sejarah, jika?

Jika semua harapan adalah sesuatu yang melebihi anganan. Kedua-duanya masih tidak mempunyai makna yang hakiki. Sebagai contoh mudah: tidak ada antara tiga perkongsian mempunyai apa-apa keutamaan pada cadangannya.

Bush kini muflis. Demi kejayaan di Annapolis, beliau perlu berusaha gigih menekan Israel untuk memaksa Israel mengambil langkah-langkah yang diperlukan: bersetuju dengan penubuhan Negara Palestin yang sebenar, melepaskna Jurusalem Timur, mengembalikan sempadan Green Line (dengan beberapa tukaran kawasan naungan), mendapatkan satu formula kata sepakat bagi isu pelarian.

Tapi Bush agak tidak mampu megusahakan tekanan paling ringan terhadap Israel, walaupun beliau menginginkannya. Di Amerika Syarikat, musim pilihanraya sudah pun bermula. Dua parti besar adalah kubu-kubu mempertahan tekanan atas Israel. Yahudi dan Kristian cuba mempengaruhi, bersama dengan neo-cons, tidak akan membenarkan walau satu perkataan kritikal tentang Israel dilafazkan tanpa hukuman.

Olmert kini dalam kedudukan yang lebih lemah. Parti gabungannya masih bertahan tiada parti pilihan lain di Knesset sekarang. Hal ini termasuk anasir bahawa di Negara laon dipanggil fahaman Fasis (atas sebab-sebab sejarah, Israel tidak suka menggunakannya). Beliau dihalang oleh rakan-rakan kongsinya daripada membuat kata sepakat walau bagaimana kecil pun. walaupun beliau ingin untuk mencapai satu persetujuan.

Bulan ini Knesset menerima bil yang memerlukan 2 per 3 majoriti bagi apa sahaja perubahan pada sempadan Greater Jurusalem. Hal ini membawa maksud bahawa Olmert tidak boleh menyerahkan walaupun satu dari kawasan terpencil perkampungan Palestin yang disambung kepada Jerusalem pada tahun 1967. beliau juga malah tidak boleh mendekati ‘isu asas’ konflik itu.

Mahmoud Abbas tidak boleh lari dari keadaan yang diletakkan oleh Yasser Arafat. Jika dia tersesat dengan yang lurus dan sempit, dia akan jatuh. Dia sudah pun kehilangan Gaza Strip dan mungkin juga hilang West Bank. Sekiranya dia mengancam kekejaman, dia akan kehilangan semua yang dipunyainya : bantuan Bush dan kerjasama pengawal-pengawal keselamatan Israel.

Tiga pemain-pemain daun terup telah duduk bersama, berlakon untuk memulakan permainan, sementara tiada di antara mereka punyai satu sen pun untuk diletak di meja.

Gunung penuh keagungan seakan-akan semakin kecil minit demi minit. Bertentangan dengan hukum alam : semakin dekat kita menghampirinya, kelihatan semakin kecil. Ia seperti Gunung Everest yang mulanya bertukar menjadi gunung biasa, kemudian menjadi bukit dan sekarang nampaknya seperti busut. Malah semakin mengecut lagi.

Pada mulanya, peserta-peserta adalah untuk melayani ‘isu asas’. Kemudian, diumumkan bahawa sebuah cadangan deklarasi yang berat adalah untuk diterima. Kemudian sebilangan ungkapan-ungkapan kosong telah dicadangkan.

Tiada di antara ketiga-tiga pemimpin itu sedang bermimpi tentang sebuah pencapaian. Semua mereka pada masa sekarang ialah berharap untuk meminimumkan kerosakan, tetapi bagaimana untuk keluar dari situasi sebegini?

Sebagaimana biasa, pihak kamilah yang paling kreatif dalam hal ini. Kami ialah pakar-pakar dalam membina sekatan-sekatan jalan raya, dinding-dinding dan pagar-pagar. Bulan ini, satu penghalang yang lebih besar daripada Tembok Besar China telah muncul.

Ehud Olmert telah menuntut bahawa, sebelum apa-apa perundingan dibuat, orang-orang Palestin ‘mengenali Israel sebagai Negara Yahudi’. Dia berserta rakan kongsi, Avigdor Liberman, yang telah mencadangkan agar bersama menjauhi Annapolis sekiranya orang-orang Palestin tidak memenuhi tuntutan ini. (lihat video: Rabbi Weiss menghentak Zionism di Annapolis)

Mari kita memerhatikan keadaan ini seketika..

Rakyat Palestin tidak perlu mengenalpasti Negara Israel. Akhirnya, mereka telahpun melakukannya dalam Perjanjian Oslo, di samping kenyataan bahawa Israel masih perlu mengenalpasti hak rakyat Palestin terhadap sebuah negara milik mereka sendiri berdasarkan sempadan Garisan Hijau.

Tidak..kerajaan Israel menuntut lebih dari itu: rakyat Palestin hendaklah mengakui Israel sebagai “Negara Yahudi”.

Adakah Amerika Syarikat menuntut mahu dikenali sebagai negara Kristian @ Negara Anglo-saxon? Adakah Stalin mahukan Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai Soviet Union, sebagai Negara komunis? Adakah Poland mahu dikenali sebagai Negara Katholik, atau Pakistan sebagai Negara Islam? Adakah terdapat mana-mana presiden di seluruh Negara menuntut untuk dikenali kerajaan rejim?

Permintaan ini memang keterlaluan per se. Tapi, ini boleh dilihat melalui analisis ad absurdum.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Negara Yahudi”? Ia tidak pernah wujud..


Adakah ia sebuah Negara yang dipelopori oleh rakyat Yahudi. Adakah ia sebuah “negara untuk orang yahudi”. Maknanya yahudi dari Moscow, Paris dan Brooklyn? Adakah ia merupakan sebuah negara kepunyaan orang-orang yang beragama yahudi-jikalau begitu, adakah ia juga kepunyaan Yahudi sekular juga? Atau, mungkin ia hanya untuk yahudi yang berada di bawah undang-undang “Return”; sesiapa yang ibunya merupakan yahudi yang tidak bertukar ke agama yang lain?

Persoalan-persoalan itu masih belum diputuskan..adakah rakyat Palestin perlu mengakui sesuatu perkara yang masih diperdebatkan oleh kerajaan Israel itu sendiri?

Menurut kanun, Israel adalah “negara yahudi dan berdemokrasi”. Apakah yang patut dilakukan oleh rakyat palestin, jika menurut prinsip demokratik, suatu hari nanti pandangan saya akan terjadi dan Israel akan menjadi sebuah negara Yahudi dan hanyalah untuk rakyat-rakyatnya, hanya untuk mereka sahaja? (akhirnya, AS adalah milik semua rakyatnya, termasuk Hispanic-Americans, African-American, tidak diumumkan sebagai ‘Native-Americans’).

Yang paling menyakitkan adalah, tentunya, bahawa formula ini adalah tidak dapat diterima oleh rakyat Palestin kerana ia akan melukakan hati jutaan ramai dan separuh dari rakyat palestin yang merupakan penduduk Israel. Definisi negara yahudi telah meletakkan mereka-paling baik sebagai penduduk kelas kedua. Jikalau Mahmoud Abbas dan ahlinya bersetuju atas permintaan ini, sudah pasti mereka akan diperangi oleh saudara mereka sendiri.

Olmert & Co. sudah pasti arif tentang perkara ini. Mereka tidak menyokong permintaan ini agar ia diterima tetapi adalah sebaliknya melalui helah ini, mereka berharap dapat mengelak dari kewajipan untuk memulakan kerjasama yang amat bermakna.

Tambahan pula, menurut mendiang Road Map, yang mana semua pihak berpura-pura menerima, bahawa Israel haruslah mengumpulkan semua resolusi yang dibuat selepas mac 2000, dan menghentikan yang lain. Olmert sungguh tidak mampu untuk melakukannya. Pada masa yang sama, Mahmoud Abbas mesti menghancurkan semua infrastuktur yang ganas. Abbas juga tidak dapat melakukannya selagi mana tiada negara untuk rakyat palestin dengan pemilihan kerajaan.

Saya membayangkan Bush memikirkan hal ini di atas katilnya, sambil menyumpah penulis yang meletakkan ayat yang menyedihkan di dalam mulutnya. Dalam perjalanan ke syurga, sumpahannya mesti akan bergabung dengan kenyataan Olmert dan Abbas.

Bila ketua masyarakat yahudi di Palestin dulu hendak menandatangani pengisytiharan kemerdekaan pada 14 mei 1948, dokumen tidak dapat disiapkan. Mereka terpaksa menandatangani kertas kosong, sambil duduk di hadapan kamera dan melakar sejarah. Saya takut perkara seperti itu akan terjadi di Annapolis.

Dan selepas itu, mereka semua akan pulang ke rumah mereka, dengan menarik nafas lega.

Θ Uri Avnery seorang penulis Israel dan aktivis keamanan, telah menemui pergerakan Gush Shalom. Beliau telah mendapat tiga syarat sebagai seorang MP di Knesset. Artikel ini telah diterbitkan oleh Gush Shalom.

Sumber: Middle East Online
__________________________________________________________________________

(Reuters) Amerika Syarikat tidak lagi dibuktikan sebagai pengantara yang adil dalam Timur Tengah sejak pertengahan 1970-an.

ANNAPOLIS: HARI-HARI SELEPASNYA KELIHATAN SEPERTI HARI-HARI SEBELUMNYA, KERANA KAMI HANYA MAMPU MENILAINYA APABILA PERUNDINGAN PENTING ITU BERMULA

Oleh: Rami G. Khouri

Beirut – Selasa, Perjumpaan Keamanan Negara-negara Timur Tengah yang berlangsung di Annapolis, Maryland, penuh dengan ekspresi, sesetengahnya melontarkan janji-janji baru, komitmen yang teguh, serta mempersendakan beberapa karakter-karakter pemimpin lain – di samping banyaknya ulangan janji yang sama, kedudukan yang tidak fleksibel dan mekanisme diplomatik yang berulangkali gagal. Justeru meninggalkan kita dengan tanda tanya dan jawapan yang berbelah bahagi, adakah ini merupakan masalah serius melibatkan rundingan damai arab-israel, atau sekadar jenaka yang direka bersama-sama dengan Chesapeake Bay clam cakes.

Sehingga ke hari ini Annapolis masih seperti yang sebelumnya, penilaian hanya boleh dibuat sesudah kerjasama itu menjadi realiti. Ianya sungguh memberangsangkan melihat begitu banyak pemimpin dan pegawai-pegawai dengan ikhlasnya meninjau dan melihat untuk sebuah kedamaian yang kekal, di mana satu-satunya perkara yang paling penting, tindakan drastik dalam menstabilkan isu Timur Tengah: Konflik Negara Arab-Israel.

Beberapa episod drama yang diputarbelitkan menjadi bukti – seperti Saudi dan Syria yang menyertai pembaharuan perjanjian dengan Amerika, dan perjanjian untuk bekerja keras demi mengakhiri perjanjian damai dalam tempoh setahun. Melibatkan keseimbangan yang besar, walaubagaimanapun, jelas menunjukkan unsur-unsur bangga, dan sedikit desakan kerana acapkali gagal dalam proses diplomatik 16 tahun dahulu lagi sejak Persidangan Damai Madrid 1991.

Proses Annapolis memerlukan masa untuk didedahkan jika ianya akan berjaya mahupun gagal – dengan ujian yang sebenar-benarnya supaya datang dalam bentuk yang lebih sukar dalam isu utama mengenai pelarian-pelarian, resolusi, Jerusalem, had-had, dan keselamatan. Ehud Olmert dan Mahmoud Abbas tidak menawarkan apa-apa yang baharu, dan mencadangkan kehendak minimum untuk berkompromi dalam mengukuhkan kedudukan. Gabungan fahaman antara parti dan Presiden Bush adalah lebih signifikan tetapi memberi masalah yang sama.

Gabungan kenyataan tidak ditujukan secara spesifiknya kepada resolusi UN sebagai titik rujukan untuk penyelesaian konflik ini, yang merupakan kes dalam semua perjanjian damai yang serius sebelum ini berlaku di Madrid, Oslo, Taba, dan Camp David. Tambahan pula, ia menjadikan Amerika Syarikat sebagai hakim yang mengadili kedua-dua belah pihak, mematuhi keperluan peraturan peta jalan. Amerika Syarikat telah memainkan peranan dalam mengawal hal-hal berkaitan sebelum ini, dan gagal sama sekali. Kegagalan lalu itu adalah kerana kombinasi daripada pro-Israel yang tidak adil, struktur diplomatik yang tidak berdaya saing, keikhlasan yang kronik, dan kelemahan penyelesaian. Ini adalah penting untuk melihat sekiranya salah satu daripadaa situasi-situasi ini telah berubah. Sekurang-kurangnya dikenalpasti dalam tempoh sebulan.

Amerika Syarikat tidak membuktikan untuk menjadi adil dan saksama, persisten atau bertindak sebagai perantara yang efektif untuk Timur Tengah sejak pertengahan 1970’s (tidak seperti di utara Ireland, yang dilaksanakan dengan begitu bijak dan konflik tersebut berjaya diakhiri). Komitmen Washington dalam surat Bush kepada Ariel Sharon 2005, menyokong had-had, resolusi, dan pelarian Israel, menampakkan kepada ketidaklayakan mereka daripada melibatkan diri menjadi sebahagian yang sepatutnya menjadi contoh sebagai ahli yang adil, saksama, dan orang tengah yang efektif.

Kenyataan Bush yang mengesahkan Israel sebagai tanah milik sepenuhnya orang yahudi juga menunjukkan Amerika Syarikat menyebelahi pihak Israel dari segi ‘tug-of-war’ tentang samada Israel adalah milik kebangsaan yahudi atau negeri untuk semua rakyat-rakyatnya, termasuk seperlima daripada rakyatnya yang merupakan Christian-bukan yahudi dan Arab Muslim. Negeri yahudi juga dilihat mengimplikasikan bahawa tiada kompromi akan dicapai dalam menghantar balik semua pelarian Palestin seperti yang diperlukan oleh Resolusi UN.

Menjadikan 2003 sebagai peta jalan pusat diplomatik yang jauh tidak impresif. Peta jalan – dan keempat-empat penasihatnya (Amerika Syarikat, EU, UN, Russia) – yang dibuktikan untuk menjadi jelas, kurang efektif, dan tidak realistik. Untuk pihak Annapolis melakukan semula apa yang telah dilakukan sebelumnya dan yang telah berulangkali gagal adalah diplomasi yang bersifat amatur.

Peta jalan dalam apa jua kes bukanlah sebuah dokumen yang seimbang dan jelas. Dokumen tersebut telah diterangkan melalui cara yang sangat berbeza oleh Israel dan rakyat Palestin terhadap isu utama, seperti pertambahan penempatan dan halangan rakyat Palestin, yang mana sebahagiannya telah menunjukkan mengapa dokumen tersebut gagal dilaksanakan. Jika Amerika Syarikat dan Israel kuasa berempat secara keseluruhannya merupakan suatu kegagalan, Amerika Syarikat sebagai penasihat utama hampir dibuktikan menjadi yang terburuk dengan pasti – terutamanya ketika tahun pilihanraya Presiden Amerika apabila sorakan pro-Israel yang beremosi merupakan perintah pada hari tersebut.

Komitmen untuk berunding dengan penuh semangat dan berusaha untuk mencapai perjanjian keamanan yang penuh dalam masa setahun adalah tindakan berani, tetapi romantik, melihat kepada perbezaan yang besar dalam isu-isu utama yang perlu dirundingkan. Kedua-dua belah pihak tidak memberi isyarat terhadap sebarang kerelaan yang sebenar untuk menjadikan penyerahan yang penting yang diperlukan itu untuk suatu keamanan yang penuh dan berkekalan. Kedua-duanya juga ditekan oleh kritikan politik tempatan yang serius. Annapolis seolah-olah sama bahaya dengan Rundingan Camp David II kesemuanya sekali lagi, apabila penggesa masa, Bill Clinton memaksa orang Arab dan Israel ke dalam sebuah perundingan yang mereka tidak bersedia untuknya dan tidak mampu secara politiknya untuk disampaikan.

Kebanyakan rakyat Palestin dan Israel mahu konflik mereka mempunyai resolusi yang aman dan dapat dirundingkan, dan bersedia untuk berkompromi dengan serius dan saling bekerjasama. Menyedihkan apabila Annapolis nampaknya mengesahkan semula, bahawa kedua-dua belah pihak telah mampu membina kepimpinan yang berani dan berkualiti yang diperlukan untuk membawa sokongan umum mencapai keamanan yang seperti itu. Sebuah perubahan yang tegas dan membina dalam penglibatan Amerika, Arab, dan Eropah terhadap persidangan tersebut mampu menyelamatkan proses yang berbahaya ini.

Θ Rami G. Khouri merupakan seorang anggota kolumnis antarabangsa, pengarah Institut Issam Fares di American University of Beirut, editor besar Daily Star (Beirut) dan penerima anugerah bersama Anugerah “Pax Christi International Peace 2006”.

Sumber: http://aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=62891
__________________________________________________________________________


APAKAH YANG TELAH DIFIKIRKAN OLEH RAKYAT ANNAPOLIS TERHADAP ANNAPOLIS?

(AFP) Rakyat Palestin di Bandar Gaza berkumpul semula menentang perbincangan keamanan di Annapolis, 28 November 2007.

» “MEREKA YANG BERTEMU DI ANNAPOLIS TIDAK MEWAKILI RAKYAT PALESTIN, MEREKA SEKADAR MEWAKILI DIRI MEREKA SENDIRI”

Oleh: Emma Sabry

Penganalisis politik menyatakan pandangan mereka terhadap persidangan keamanan yang dipengerusikan oleh Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland. Tetapi, hanya sedikit sahaja yang dilaporkan tentang apa yang telah diperkatakan oleh Israel dan Palestin tentang persidangan tersebut.

Berdasarkan kepada sebuah artikel AFP, persidangan keamanan di antara pemimpin Israel dan Palestin itu dipertemukan dalam keraguan dengan sebahagian rakyat sangsi bahawa penyelesaian akhir akan dapat dicapai pada akhir tahun hadapan, di mana janji antara Ehud Olmert dan Mahmud Abbas berniat untuk memenuhinya.

Tidak hairan pula ramai yang melihatnya sekadar untuk membuang masa, dan tidak melihatnya secara serius. Beratus lagi inisiatif untuk mencapai keamanan memperlihatkan jalan buntu lebih-lebih lagi kemampuan Abbas dan Olmert untuk menepatii janji mereka tinggi, memberi kelemahan dalam Negara.

Presiden Palestin hanya mampu mengawal West Bank sejak Hamas merampas Gaza Strip dalam bulan Jun, manakala kepimpinan Israel telah dilingkari dengan skandal rasuah dan pelbagai tuduhan yang menyatakan beliau telah tersilap mengendalikan perang Israel pada 2006 terhadap Hizbullah telah membawa kepada penyatuan sementara dengan ahli yang mengugut untuk keluar sekiranya beliau membuat pengecualian ke atas isu yang besar ini, seperti status Jerusalem dan hak ke atas pelarian Palestin untk pulang.

“Pendamaian ini untuk kamera,”ulas tajuk utama pada akhbar Israel, Maariv.

“Kebiasaannya, upacara pendamaian hanya dilakukan selepas pendamaian dicapai”, ulas akhbar tersebut. “Di Annapolis arahan yang dikeluarkan adalah terbalik. Mula-mula upacara dibuat dengan semua keperluan ditonjolkan dan kemudian, dengan itu barulah pendamaian dilakukan”.

“Sekiranya harapan yang terlalu tinggi ini dibina akibat ucapan Presiden adalah secara terburu-buru, maka kemusnahan akan timbul.”

Kaji selidik yang dikeluarkan oleh akhbar Israel, Haaretz pada Khamis menunjukkan hampir majoriti rakyat Israel menyatakan persidangan keamanan di Annapolis itu adalah satu kegagalan.

Laporan kaji selidik tersebut tidak memeranjatkan. Pegawai pendamai Israel percaya bahawa Annapolis mampu memusnahkan kehidupan mereka seandainya Olmert memenuh janjinya untuk tidak membina sebarang penyelesaian dan memindahkan segala yang bukan dimiliki oleh kerajaan Isreal.

“Kami sedang menghadapi kemusnahan,”kata pegawai pendamai Israel, Hanah Picard.

Sementara itu, kaji selidik yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan bahawa 62% rakyat Palestin menjangkakan kegagalan daripada persidangan di Annapolis tersebut, manakala 47% lagi mempercayai bahawa tiada perubahan yang akan berlaku sebagai keputusan daripada persidangan tersebut.

Di Gaza, kebanyakan penduduk tidak mempercayai bahawa pertemuan itu diadakan untuk kebaikan mereka. Tetapi, kebanyakan penduduk Gaza tidak mengharapkan apa-apa tetapi lebih menyusahkan tentang sekangkang petempatan yang padat yang mana Israel telah menyekat laluan mereka sejak Hamas telah terpilih secara demokratik pada Januari 2006.

“Bush, Olmert dan Abbas mengatakan dalam ucapan mereka tentang negeri Palestin. Tetapi, realitinya terdapat 2 negeri. Satu di Gaza dan satu lagi di Ramallah. Malahan, penduduknya juga turut terbahagi,” kata Samir,seorang ahli perniagaan.

Satu perhimpunan di Gaza diadakan untuk menentang persidangan di Annapolis pada hari Selasa yang mana bantahan di buat dan mengutuk tindakan Abbas sebagai pengkhianat. Ini menunjukkan bahawa perbezaan di antara rakyat Palestin yang terbahagi antara Abbas, parti Fatah dan Hamas yang menolak persidangan Annapolis dan menyatakan Fatah sedang berunding dengan Israel tanpa mandat dari rakyat untuk memanjangkan objektif Amerika dan Israel.

“Mereka yang berunding bukanlah mewakili rakyat Palestin tetapi hanya mewakili diri mereka sendiri sahaja,”kata seorang penentang, menurut BBC.

“Kami menolak persidangan Annapolis tersebut kerana rundingan tersebut tidak akan menjamin hak kami,” kata seorang lagi.

Buat masa ini, Abbas telah memilih untuk tidak mempedulikan Hamas dan penyokong-penyokongnya. Tetapi penentang anti-Annapolis bukan sahaja berlangsung di Gaza, tetapi turut berlaku demonstrasi di West Bank.

“Tiada sebarang pembaharuan di Annapolis,tetapi ianya hanyalah ucapan,”kata Neda Honaitee, seorang penduduk Palestin berusia 26 tahun yang menetap di bandar West Bank di Ramallah. “Saya yakin tidak akan ada sebarang perkembangan. Sepanjang kehidupan kami cuma sekadar untuk melihat forum tanpa sebarang jalan keluar.”

Maher Unit, seorang pemandu teksi di utara bandar West Bank di Nablus menyatakan bahawa kejayaan persidangan Annapolis hanya terletak sama ada Israel bertindak ke atas semua janjinya untuk melonggarkan sekatannya terhadap rakyat Palestin.

“Kami bukan hanya inginkan ucapan, slogan dan persidangan semata-mata tetapi juga inginkan kata putus,” katanya.

Sekiranya Israel memindahkan checkpoint di sekeliling Nablus, dan melepaskan anak lelaki saya yang telah dijatuhi hukuman penjara 17 tahun di Israel, saya akan menyatakan persidangan tersebut berjaya.”

Sumber: AJP

Sumber:
http://aljazeera.com/news/newsfull.php?newid=62853
__________________________________________________________________________

SYRIA: ANNAPOLIS MERUNDINGKAN SEBUAH PERTAHANAN UNTUK RAKYAT PALESTIN

Oleh: Gabungan Akhbar

Kenyataan akhbar tempatan Syria pada hari sabtu, US menaja Perundingan Damai Timur Tengah untuk kemenangan bagi rakyat Palestin dan kedamaian bagi wilayah ini.

Syria memberi kejutan dengan penyertaannya pada Perundingan Damai Timur Tengah yang mana US berperanan sebagai orang tengah di Annapolis minggu lalu di mana Israel dan Palestin mengumumkan usaha damai itu diteruskan selepas 7 tahun genjatan senjata dan bersetuju untuk berusaha mencapai perejanjian damai menjelang 2008.

“Pengurusan US mempunyai hak untuk menimbangkan kemenangan mesyuarat di Annapolis, tapi bukan untuk rakyat Palestin tapi untuk Israel,” ulas muka depan akhbar tempatan Tehran.

“Sementara itu pengurusan Bush dan Israel mungkin akan mempertimbangkan apa yang terjadi dan apa yang akan terjadi dalam usaha untuk menghapuskan punca kemenangan bagi Palestin, dan perundingan damai hanyalah sekadar nama,” ulasnya lagi.

Mereka turut menambah “Kedamaian itu, hanya akan boleh dicapai setelah tamatnya tugas Israel memerangi pengganas di Palestin.”

Akhbar itu yang mana menggugat pemikiran kerajaan, mengutuk kenyataan melampau Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush pada Sidang Pembukaan Mesyuarat di Annapolis yang mana beliau merujuk Israel sebagai negara Jewish, dengan menggelarkan ia sebagai “ Bangsa Israel pengamal agama yang sangat dihormati.”

Beliau menggambarkan persidangan itu sebagai “perayaan yang mengingatkan kita akan sambutan yang sama di Oslo dulu, dan perjanjian yang telah lama hilang dibawa angin lalu.”

Syria, yang pada mulanya hanya bersetuju untuk menghadiri persidangan itu selepas mendapat kepastian bahawa isu Golan Height akan turut dimasukkan dalam agenda mesyuarat, meninggalkan mesyuarat itu tanpa mencapai kata putus untuk mengadakan pertemuan semula dengan Israel.

Israel berjaya merampas Golan dari Syria pada hari keenam perang tahun 1967.

Bagaimanapun, tidak lama selepas tamatnya Perundingan Damai itu, akhbar Syria memuji dan menggesa lebih banyak program kedamaian dari pihak Amerika Syarikat dalam usaha memupuk kedamaian untuk rantua ini.

Lapor agensi berita Syria; Presiden Syria, Bashar Assad berbincang dengan setiausaha negara bersekutu, General Ban Ki-moon mengenai Mesyuarat di Annapolis pada jumaat lalu. Agensi berita Syria melaporkan Ban memuji tindakan Syria sewaktu persidangan itu.

Selasa, Ehud Olmert, Presiden George W Bush dan Mahmoud Abbas berjabat tangan bersama selepas selesai persidangan di Annapolis.

Israel, Mahmoud Abbas bersetuju untuk mencapai kata sepakat menjelang penghujung 2008.

Kata putus Persidangan di Annapolis.

Pihak berkuasa Israel dan Palestin bersetuju pada selasa untuk mengadakan persidangan damai antara dua pihak itu untuk mencapai perjanjian menjelang penghujung tahun 2008, menurut kata putus yang dicapai pada Persidangan timur tengah bawah tajaan Amerika Syarikat di Annapolis, Maryland.

Melalui kenyataannya, Bush membaca gabungan kenyataan mewakili lebih daripada 50 buah negara dan persatuan yang telah dijemput ke persidangan di Annapolis yang membincangkan isu memulakan semula usaha kedamaian yang terbantut.(lihat potongan ucapan dari Bush dalam Haaretz.com TV)

Penyertaan kebanyakannya di kalangan menteri luar negara-negara arab, termasuk arab Saudi, begitu juga Timbalan Menteri Luar Syria.

Kenyataan:

Kami bersetuju untuk menyegerakan kebaikan, perdamaian antara dua pihak dalam usaha untuk membawa keamanan dan menyelesaikan semua isu-isu yang berbangkit, termasuk isu utama tanpa sebarang pengecualian,” kata Bush selepas membaca gabungan kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Israel dan Mahmoud Abbas juga bersetuju untuk memberikan usaha dan komitmen yang tinggi di bawah usaha panjang Amerika Syarikat jalan belakang dalam mencapai kedamaian di Timur Tengah.

Menurut kenyataan sumber delegasi Israel, pihak Palestin pada mulanya telah menolak untuk menandatangani dokumen itu sehinggalah saat akhir.

Bush bertemu dengan Olmert dan Abbas pada selasa, hari kemuncak persidangan di Annapolis. Presiden itu bertemu Olmert dan Abbas berasingan pada Isnin pagi berikutnya.

Kata Bush, Perundingan Damai yang pertama akan diadakan pada 21 Desember, dan akan diteruskan pada minggu-minggu yang akan datang.

Melalui kenyataannya berhubung perundingan itu, Bush berkata “Rakyat Palestin faham bahawa pengganas adalah satu-satunya batu penghalang dalam usaha Palestin mencapai kedamaian.”

Penyelesaian terakhir akan membolehkan Palestin menjadi rumah kepada penduduk Palestin sebagaimana Israel yang menjadi rumah kepada penduduk Jewish” kata Bush.

Pihak berkuasa Amerika akan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam mempertahankan Israel dan kewujudannya bagi penempatan panduduk Jewish,” tambahnya.

Presiden Amerika itu juga menggesa penduduk palestin untuk memerangi pengganas dan memanggil Israel untuk membantu pembersihan sehingga ke akar umbi dan dalam masa yang sama turut mengalihkan Bank Barat yang tidak diakui ketempat yang lebih selamat.

Dan permulaan tugas di Annapolis ini adalah sukar,” tambah Bush. “Ini hanyalah permulaannya segala proses, dan bukan penamatnya.

“Apabila tiba masanya, dan sebabnya adalah betul, bersama dengan usaha yang gigih, saya tahu mereka akan berjaya,” katanya.

Kemudian, apabila sesi temubual diadakan, Bush bercakap mengenai kepentingan memberi peluang kepada Palestin yang dalam kesusahan melihat kehadapan dan merancang masa depan yang gemilang.

“Tanpa pandangan yang kehadapan, dapat digambarkan kita akan kehilangan keseluruhan generasi, atau lebih banyak generasi, dari yang muda hingga yang tua.”

“Di sana mestilah ada sesuatu yang lebih positif. Dan itulah yang sedang berlaku pada hari ini,”kata Presiden itu.

Bush juga menyokong penuh perjuangan demokrasi di Lubnan, yang mana katanya penting untuk keamanan Timur Tengah.

Olmert: Realiti yang muncul dalam tahun 1967 berubah dengan nyata sekali.

Dalam pernyataan beliau, Olmert berkata Israel telah bersedia untuk sebuah penyerahan yang menyakitkan untuk keamanan, dan secara menukar secara drastik realiti yang muncul lanjutan dari Perang Enam Hari, 1967.

“Kami mahukan keamanan,” beliau meneruskan. “Kami menuntut pengakhiran keganasan, hasutan dan kebencian. Kami telah bersedia untuk melakukan kompromi yang memeritkan, penuh dengan risiko, dalam usaha merealisasikan aspirasi ini.”

“Perundingan ini akan menerangkan kesemua isu yang mana kita punyai dengan cara yang telah jauh dielakkan untuk diuruskan,” beliau meneruskan. “Saya yakin realiti yang muncul dalam kawasan kita pada tahun 1967 akan bertukar dengan nyata sekali. Saya tahu tentang ini. Ramai orang-orang saya tahu tentang ini. Kami telahpun bersedia untuknya.”

Olmert berkata Israel menawarkan gandingan tangan untuk keamanan, di samping kesemua perhatiannya.

“Serangan roket Qassam yang masih berterusan menyerang puluhribuan penempatan di selatan Israel, terutamanya di Bandar Sderot, bertindak sebagai tanda amaran, satu yang mana kami tidak boleh hiraukan,” beliau berkata. “Saya telah datang ke sini, di samping perhatian dan keraguan dan kebencian.”

“Saya percaya bahawa di sana tidak ada jalan lain selain jalan keamanan. Saya percaya bahawa di sana tidak ada penyelesaian yang adil selain dari penyelesaian antara dua negara kebangsaan untuk dua rakyat,” beliau berkata. “Saya percaya di sana tidak ada jalan yang tidak melibatkan kesepakatan yang memedihkan untuk kamu, rakyat Palestin dan untuk kami, Israel.”

Perdana Menteri itu telah berkata beliau tidak akan datang ke Annapolis untuk “menyelesaikan cerita-cerita sejarah” untuk konflik tersebut, dengan tambahan bahawa beliau telah memberi perhatian yang rakyat Palestin juga telah menderita dengan sangat dasyat.

Olmert menyatakan harapan bahawa kedua-dua belah pihak mampu menyelesaikan isu pelarian, salah satu perkara yang terhebat. “Israel akan menjadi sebahagian dari mekanisma antarabangsa yang akan membantu mencari sebuah penyelesaian untuk masalah ini,” beliau berkata.

Perdana Menteri itu berkata bahawa perjanjian keamanan hanya dapat dijalankan, dalam langkah-langkah yang “berperingkat dan berhati-hati”, setelah peta jalan sepenuhnya dilaksanakan. “Kami akan mematuhi semua kewajipan kami, dan begitu juga kamu.”

“Di sana bukanlah sebuah negara Arab di bahagian utara, di bahagian timur atau di bahagian selatan yang mana kami tidak mengharap keamanan,” beliau berkata. “Di sana tidak ada sebuah negara Muslim yang kami tidak mahu mewujudkan hubungan diplomatik.”

Perdana Menteri telah mengambil peluang untuk menuntut pembebasan Tentera Pertahanan Israel yang diculik, Gilad Shalit, Ehud (Udi) Goldwesser dan Eldad Regev. “Saya berharap akan satu hari yang saya dapat lihat Gilad, Eldad dan Udi kembali kepada keluarga mereka,” beliau berkata. “Dan saya akan terus tanpa belas kasihan dalam usaha saya untuk mendapatkan pembebasan mereka.”

Abbas: Israel mesti menamatkan rampasan di seluruh tanah rakyat Palestin termasuk Timur Jerusalem.

Dalam pernyataan beliau, Abbas menuntut berakhirnya “rampasan terhadap kesemua tanah rakyat Palestin sejak tahun 1967, termasuk Timur Jerusalem, begitu juga Golan Syria dan kawasan rampasan rakyat Lubnan,” dan juga penyelesaian terhadap masalah pelarian rakyat Palestin.

“Kami memerlukan Timur Jerusalem untuk menjadi ibu negara dan untuk mewujudkan hubungan terbuka dengan Barat Jerusalem,” beliau menyambung, menggesa penghormatan terhadap tanah suci bagi semua agama.

“Saya tidak melampaui tentang ini, Encik Presiden, jika saya katakan agama adalah perintang di antara peringkat pra-Annapolis dan peringkat selepas Annapolis,” beliau menambah. “Kami sedang menghadapi satu ujian terhadap kredibiliti kami keseluruhannya –Amerika Syarikat, kuasa Berempat (Quartet), dan juga seluruh anggota antarabangsa…Israel, Palestin dan negara-negara Arab.”

Pengerusi Palestin juga memuji negara-negara Arab kerana menghadiri rundingan tersebut, dengan berkata kehadiran tersebut membuktikan keikhlasan negara-negara Arab untuk menerukan apa yang telah mereka mulakan dengan melancarkan inisiatif keamanan pada tahun 2002.

Abbas juga menggesa Bush untuk memastikan Israel membebaskan tahanan rakyat Palestin.

Sumber:
http://www.haaretz.com/hasen/spages/928637.html


Wakil Kuasa Berempat Timur Tengah, Tony Blair ketawa bersama Setiausaha Umum Bangsa-bangsa Bersatu, General Ban Ki-Moon sebelum rundingan keamanan di Annapolis, Maryland, Selasa. (Reuters)

AMERIKA SYARIKAT MENARIK BALIK RESOLUSI ANNAPOLIS BANGSA-BANGSA BERSATU SELEPAS PENOLAKAN ISRAEL

Oleh: Shlomo Shamir, Wartawan Haaretz dan Gabungan Akhbar

Dengan secara tiba- tiba, kerajaan Amerika Syarikat menarik balik keputusan Parti- parti Bersatu tentang persetujuan di antara kerajaan Palestin dan kerajaan Israel untuk mencapai keamanan Timur Tengah di akhir tahun 2008 selepas kerjaan Israel menolak penyelesaian tersebut.

Israel membangkang inisiatif Amerika untuk meneruskan sokongan Majlis Keselamatan untuk cadangan resolusi tersebut kerana inisiatif tersebut tidak mengambil kira keseluruhan negara-negara anggota majlis tersebut supaya bersahabat terhadap Israel.

Pembantu Diplomat Amerika Syarikat, Alejandro Wolff memaklumkan kepada Majlis Keselamatan bahawa Amerika Syarikat membuat penyelesaian tersebut daripada pertimbangan kurang daripada 24 jam selepas Diplomat Amerika Syarikat, Zalmay Khalilzad memperkenalkannya dan menerima maklum balas yang positif daripada ahli Majlis Keselamatan tersebut.

Sumber-sumber Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan bahawa Israel tidak berpuas hati dengan kenyataan bahawa Zalmay Khalilzad, Diplomat AS tidak memberi notis pekeliling di atas usahasama parti tersebut untuk meneruskan penyelesaian kedamaian yang diadakan semasa Sidang Damai Timur Tengah di Annapolis, Maryland awal minggu ini.

“ Tempat persidangan tersebut kurang sesuai,” kata pembantu Diplomat Israel, Daniel Carmon memberitahu wartawan Jumaat lalu. “Kami merasakan persidangan di Annapolis memberi makna lain selain untuk membuat penyelesaian tersebut,” kata beliau lagi.

“Bukan Israel sahaja yang membangkang,” tambah beliau dan mengatakan bahawa Palestin juga menolak perdamaian tersebut. Sumber memberitahu Palestin tidak berminat dengan proses kedamaian tersebut.

Walaupun Israel tidak mempunyai masalah dengan pernyataan tersebut, pengkaji mencadangkan hal ini amat merisaukan kerana bimbang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terlalu masuk campur di dalam usahadamai tersebut.

Walaubagaimanapun, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberitahu wartawan di Tunisia pada hari Jumaat bahawa beliau tidak mengetahui apa- apa maklumat tambahan tentang kedamaian tersebut. Ini menunjukkan bahawa betapa seriusnya Amerika Syarikat, yang mana beliau juga terharu terhadap rundingan anjuran Amerika Syarikat di Annapolis, minggu ini.


“Ini bermakna, jika apa yang telah kita pelajari telah disahkan, di situ terdapat langkah-langkah serius yang menceritakan tentang kewujudan kedudukan Amerika dalam menyokong rundingan tersebut,” Abbas berkata.
Wolff memberitahu wartawan bahawa AS telah mengadakan perundingan yang intensif dan hasilnya terdapat beberapa ketidakselesaan tentang idea perdamaian tersebut.

“ Objektif utama, yang disedari semua, harus ditekankan dan pemahaman harus diwujudkan,” kata Wolff.

“Ini adalah keputusan yang penting dan pandangan daripada kedua- dua parti paling membantu, kita berhadapan dengan rumusan yang paling baik ialah dengan menalik balik perdamaian ini,” tambah Wolff.

Pembantahan terhadap perdamaian tersebut berlaku selepas Khalilzad memberitahu wartawan selepas perbincangan tertutup diadakan bahawa terdapat sokongan yang kuat daripada pihak Olmert dan Abbas di persidangan perdamaian itu.

“Semua orang memberi respon yang positif,” kata Wolff. “Semua orang menyedari bahawa kita telah sedaya upaya menyokong daripada belakang, mengimbangkan momentum dan membantu mereka membuat keputusan yang susah,”

Khalilzad berkata dia telah berbicara dengan Israel dan Palestin sekian lamanya untuk mengesahkan keputusan mereka membangkang perdamaian tersebut.

Diplomat Parti-parti Bersatu Indonesia, Marty Natalegawa, presiden Badan-badan Keselamatan terkini berharap perdamaian berlaku pada hari Jumaat selepas taklimat persidangan Timur Tengah sekali sebulan.

“Daripada sudut pandangan presiden, terdapat potensi yang baik secara umumnya, respon yang positif kepada Annapolis

Persidangan di Annapolis dihadiri oleh 44 buah negara termasuk negara jiran Israel di mana sokongan daripada negara tersebut amat penting kepada persetujuan perdamaian. Persefahaman antara Israel dan Palestin yang amat diragui sehingga ke saat-saat akhir di baikpulih dan Abbas dan Olmert mengulangi keinginan mereka untuk mencapai penyelesaian pendamaian pada akhir tahun hadapan.

Duta Qatar, Nassir Al-Nasser, satu-satunya ahli Arab dalam Badan Keselamatan, memberitahu pemberita “Kami gembira dengan bahasa seperti di dalam draf penyelesaian Amerika Syarikat.”

“Saya berbesar hati kerana badan keselamatan sedang berhadapan dengan isu ini,” katanya lagi. “Bagi saya, ini adalah perkara yang paling utama.”

Draf penyelesaian ini telah disahkan melalui pandangan Badan Keselamatan di mana 2 negara tersebut, kekal bersebelahan dengan penjagaan keselamatan dan benteng perantaraan.

Ia mengalu-alukan kerjasama diplomatik di Persidangan Annapolis dalam menyedarkan bahawa pandangan ini sebagai permulaan yang kukuh menuju keamanan Timur Tengah yang menyeluruh dan menyokong program untuk kerjasama dan pelaksanaan tanggungjawab ke arah pelan pendamaian yang dipersetujui oleh kepimpinan Israel dan Palestin di Annapolis, Maryland pada 27 Nov 2007.

Sumber:
http://www.haaretz.com/hasen/spages/929701.html

Makluman: Artikel di atas adalah hasil terjemahan yang dilakukan oleh pelajar perubatan, Universiti Tanta. Untuk lebih lanjut sila klik pada tulisan berwarna biru.

Monday, October 22, 2007

Muslimah Hari Esok


Judul Buku : "Muslimah Hari Esok"
Penulis : Dr.Yusuf Qardhawi

Ulasan : sEnja^nan^mEraH


Sabda Rasulullah SAW : "Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah".
Melihat kepada sabda Rasulullah SAW yang telah disebutkan di atas, terlintas difikiran kita kaitannya dengan sebuah buku yang dikarang oleh Dr.Yusuf Al-Qardhawi yang berjudul "Muslimah Hari Esok". Beliau menekankan peri pentingnya keperibadian muslimah yang patuh, beriman, taat, sentiasa bertaubat dan kuat beribadat. Namun jawapan yang tepat kepada persoalan, mengapa dipilih tajuk "Muslimah Hari Esok", kerana muslimah hari ini tidak berperwatakan yang sewajarnya?. Walaupun ia sebagai gambaran umum seperti yang dinyatakan oleh penulis, tetapi inilah tumpuan yang bertujuan untuk melahirkan peribadi muslimah yang telah kita impikan sebelum ini, pada masa sekarang ataupun pada masa akan datang.

Di awal perbahasan, ia mengisarkan pemahaman ideologi yang terpesong dan pengamalan yang tidak menepati ajaran Islam terhadap muslimah kerana ada yang terlalu mengongkong kebebasan wanita dan ada pula yang terlalu memberi seluasnya kebebasan kepada wanita. Amat menyedihkan lagi, pasangan yang telah bertunang bebas dengan aktiviti berdua-duaan tanpa ada batasan..dengan alasan mereka keluar berdua adalah dengan keizinan ibu-bapa. Inilah ancaman-ancaman yang menggambarkan betapa rapuhnya pendirian kita dan juga pendirian seorang wanita.

Wanita merupakan elemen penting dalam Islam kerana apa jua yang berkaitan dengan kehidupannya adalah terjamin di bawah tanggungjawab lelaki. Jika ia anak, yang menanggungnya adalah ayahnya dan jika ia seorang isteri, yang menanggungnya adalah suaminya. Pun begitu, Islam juga memberi hak yang teristimewa kepada wanita. Contohnya dalam pembahagian harta, galakkan menuntut ilmu, isteri dalam masa yang sama juga sebagai ibu terbeban dengan dua tanggungjawab sekaligus dan berkarier. Justeru, dalam apa jua tindakan wanita diingatkan agar tidak cuba menandingi dan tidak cuba memusuhi kaum lelaki. Masakan, dengan keistimewaan yang Islam letakkan kepada wanita adalah sebagai pelengkap kepada kaum lelaki (suami isteri).

Dalam perbahasan yang seterusnya, penulis berpesan agar wanita atau muslimah tidak menjadikan wanita-wanita barat sebagai ikutan (role-model) yang mahukan sama taraf dengan kaum lelaki ataupun lebih dari itu, selagimana mereka berkemampuan untuk mengejar nilai material. Dalam hal ini, kaum lelaki turut diingatkan supaya kekal dengan kelelakiannya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita supaya dapat menjaga fitrah kejadian mereka.

Tidak dinafikan, wanita mampu menjadi seorang pendorong semangat yang kuat, ini dapat dilihat sejarah perjuangan Rasulullah SAW ketika menerima amanah daripada Allah Taa’la memakmurkan bumi dengan ajaran Islam. Siti Khadijah, isteri pertama Nabi Muhammad SAW turut membantu misi perjuangan dalam melebarluaskan ajaran Islam.

Mungkin kita masih ingat kisah seorang ibu, Khansa’ yang telah mendidik anak-anaknya dengan semaian ajaran Islam. Ketika seruan jihad
berkumandang, suaranya juga menyeru agar anak-anaknya keluar berjihad : “Wahai pejuang Allah, tunggangilah kudamu!, wahai bala tentera Allah, maralah…!”. Inilah suara pengobar semangat yang membakar dalam jiwa anak-anaknya. Biarpun keempat anak-anaknya syahid tetapi keimanan dalam jiwanya dapat mengatasi kesedihan yang melanda. Malah Khansa’ mengucapkan : “Segala puji bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kematian mereka dan menjadikan mereka pemberi syafaat bagiku di akhirat kelak”.
_____________________________
::Kempen Bi'ah Solehah PMRAM:: Salah satu usaha praktikal ilmu demi memastikan mahasiswa-mahasiswi Melayu di Mesir memanfaatkan ilmu yang dituntut menjadi landasan kehidupan yang tidak sunyi dari penangan hawa nafsu. Adakah ia berjaya membentuk muslim dan muslimah hari esok? Bagaimana pula dengan mahasiswa-mahasiswi kini?..
_________________________________________________________________________

Jika ibu-ibu yang ada pada hari ini juga sedemikian, pasti menjadi antara faktor yang menguatkan Islam dan kekuatan Islam terus terpahat kukuh. Lihatlah!! Palestin, Chechnya, Afghanistan, Iraq, Kosovo, dan lain-lain menerima tentangan yang sengit dari pihak musuh. Palestin telah dijajah selama 40 tahun, hingga kini tiada kesan dan perubahan malah keadaan di sana lebih buruk dari semasa ke semasa. Inilah juga yang kita mahukan para ibu-ibu pada masa akan datang mencapai tahap seperti Khansa', suaranya membakar semangat juang anak-anak. Seandainya, anak-anak masa ini dididik ibu seperti Khansa'..pasti pemuda-pemudi hari ini jiwa mereka adalah jiwa merdeka yang diseliputi semangat jihad. Dalam masa yang sama kebejatan gejala moral juga akan beransur pulih, tidak sebagaimana saat ini yang menimpa pemuda-pemudi Islam khususnya Malaysia kita. Jangan ada kalam retorik, malah tindakan kita. Jangan tunggu tibanya hari esok baru hendak menggegarkan jiwa pemuda-pemudi dengan laungan seperti Khansa' tetapi bertindaklah pada saat ini. Untuk ibu-ibu, bentuklah pemudimu supaya jiwa mereka tidak rapuh, supaya jiwa mereka tidak terlalu memandang keindahan fesyen masa kini sehingga menjauhkan minda mereka memikirkan apa yang telah ditunjukkan oleh Khansa'.

Muslimah hari esok yang kita impikan adalah muslimah yang tahu tentang agama mereka dengan lebih mendalam, jelas hala tujunya tanpa dipinggirkan dari kehidupan dan agama.

Akhirnya, kita mahukan muslimah hari esok kuat dengan pendirian dan jatidiri, wanita yang mampu menyempurnakan segala tanggungjawab yang lebih mementingkan suami, anak-anak dan rumahtangga, juga mahukan muslimah memiliki pekerti yang luhur, kefahaman yang utuh dan menggenggam risalah dakwah dengan kukuh. Lebih penting lagi, ciri-ciri muslimah yang diimpikan buat hari ini, esok dan akan datang adalah mereka yang menyemarakkan kebangkitan Islam yang hakiki dengan segala kemampuan, kekuatan, keyakinan dan keazaman mereka.

Sekian.

Tuesday, October 16, 2007

Julai, Belum muncul ketenangan buat Palestin

Isu : 3 terkorban, salah seorang darinya pimpinan SARAYA AL-QUDS apabila berhadapan dengan serangan Israel
Tempat : Semenanjung Gaza
Tarikh : 26 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 2 pejuang KATAIB AL-QASSAM syahid dalam dua serangan yang dilakukan Israel
Tempat : Rafah, Semenanjung Gaza
Tarikh : 26 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Mohammad Dahlan meletakkan jawatan sebagai penasihat keselamatan bagi Presiden Palestin, Abbas menerima perletakkan jawatan tersebut
Tarikh : 26 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Amerika Syarikat, "Keadaan buruk yang berlaku di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza disebabkan himpitan Israel"
Tempat : Gaza
Tarikh : 26 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Khalid Mesh'al membincangkan jalan penyelesaian konflik Palestin dengan Menteri Luar Rusia, Sergev Lavrov melalui telefon
Tempat : Damaskus
Tarikh : 26 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Menteri luar Jordan dan Mesir mengemukakan bentuk perdamaian antara Israel dan Palestin dengan pengasasan 'mubadarah arabiah'
Tarikh : 25 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 2 menteri luar tersebut menyentuh secara serius dari pihak Israel
Tarikh : 25 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Levni(Menteri Luar Israel) berharap tidak ada satu perkara yang berlainan bagi 'peluang sebegini' untuk dua negara agar berterusan hidup secara aman
Tempat : Israel
Tarikh : 25 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Nabil Amr, "Israel tidak mengumumkan persepakatan dalam rundingan bersama Palestin"
Tarikh : 25 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Olmert akan mencadangkan perbincangan bersama Palestin bagi membolehkan penubuhan Negara Palestin dalam bentuk 'dasar perjanjian' (Ha'aretz)
Tempat : Israel
Tarikh : 25 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Negara Palestin meliputi 90% daripada Tebing Barat dan juga Gaza, dan ibu Negaranya adalah Al -Quds (Ha'aretz)
Tarikh : 25 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Abbas menyatakan keazaman untuk mengemukakan proposal secara khusus berhubung mengadakan pilihanraya terdekat
Tempat : Ramallah
Tarikh : 25 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 12 mahasiswa dari Universiti An-Najah mengalami kecederaan yang serius selepas tercetusnya pertempuran bersenjata antara pejuang FATAH dengan HAMAS
Tempat : Nablus
Tarikh : 24 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Tony Blair akan bertemu dengan Perdana Menteri Israel petang ini. Sebelum itu, Tony Blair telah mengadakan pertemuan bersama Mahmoud Abbas dan Salam Fayad
Tempat : Ramallah
Tarikh : 24 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : SARAYA AL-QUDS meletupkan bom ke dalam kereta kebal Israel
Tempat : Gaza
Tarikh : 22 Julai
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Pengeboman Israel menyebabkan 2 pejuang SARAYA AL-QUDS syahid
Tempat : Gaza
Tarikh : 22 Julai
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 1300 warga Palestin yang ditawan Israel menduduki peperiksaan di penjara Israel
Tarikh : 22 Julai
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Blair akan membincangkan berkaitan usaha perdamaian di rantau ini pada keesokan hari
Tempat : Jordan
Tarikh : 22 Julai
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : AULAWIYAT NASIRUDDIN melancarkan serangan ke arah tentera Israel dan meletusnya pertempuran bersenjata
Tempat : Nablus
Tarikh : 21 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Beberapa pejuang dari KATAIB AL-QASSAM menemui syahid dalam pertempuran dengan tentera penceroboh
Tempat : Timur Gaza
Tarikh : 22 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 3 mayat pemudi Palestin ditemui
Tempat : Timur Dir Balah, Gaza
Tarikh : 22 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Olmert, "Mustahil kami memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Damsyik dengan pengunduran dari Bukit Golan sebelum mengadakan perjanjian
Tempat : Israel
Tarikh : 22 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Pertubuhan pembebasan Palestin menyambung kembali pertemuan bagi mengkaji perkara yang berkaitan dengan pilihanraya yang akan diadakan seawal mungkin
Tempat : Ramallah
Tarikh : 19 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Zahar, "masyarakat Palestin akan menggagalkan pilihanraya presiden dan pilihanraya umum"
Tempat : Semenanjung Gaza
Tarikh : 19 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Kuartet 4 mengadakan pertemuan dengan dihadiri Tony Blair
Tempat : PortugalTarikh : 19 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Mesh'al, "ucapan Bush berkaitan keadaan di Palestin berusaha mencipta suatu perkara yang baik dan dapat diterima. Beliau menyifatkan ucapan Buh tersebut hanya sementara bagi menghadapi HAMAS"
Tarikh : 17 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Mesh'al, "Seungguhnya HAMAS tidak menimbulkan kean yang ngeri terhadap pemikiran masyarakat
Palestin"Tempat : SyriaTarikh : 17 Julai 2007Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Nasiruddin As-Sha'ir, "Warga Palestin yang ditangkap mendesak masyarakat Palestin mahupun kesemua barisan pembebasan Palestin kembali bertenang
Tarikh : 17 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Ketua KATAIB AL-AQSA mengakui menghentikan serangan ke atas Israel
Tempat : Tebing Barat
Tarikh : 15 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeera

Isu : Sebilangan anggota KATAIB AL-AQSA telah mula menyerahkan senjata mereka kepada kerajaan
Tempat : Tebing Barat
Tarikh : 15 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeera

Isu : KATAIB QASSAM mengebom jambatan Bait Hanoun
Tempat : Semenanjung Gaza
Tarikh : 15 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeera

Isu : Majlis Legislatif Palestin gagal kerana diboikot FATAH
Tarikh : 15 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeera

Isu : Tentera penceroboh telah berundur dari Rafah setelah menceroboh selama 3 hari di sana
Tempat : Semenanjung Gaza
Tarikh : 15 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeera

Isu : Al-Quds, Abbas dan Olmert akan mengadakan pertemuan esok
Tempat : Al-Quds
Tarikh : 15 Julai 2007
Sumber : Berita Al-Jazeera

Isu : Seorang tentera Israel terbunuh, 3 lagi cedera setelah bertempur dengan KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM. Pertempuran tersebut meletus setelah Israel bertindak menceroboh pertengahan Gaza.
Tempat : Semenanjung Gaza
Tarikh : 12 Julai 2007
Sumber : Akhbar Al-Masry Al-Youm

Isu : Tentera Israel menceroboh pertengahan Gaza dengan sokongan Kereta Kebal, helikopter pemusnah pagi kelmarin
Tempat : Semenanjung Gaza
Tarikh : 12 Julai 2007 Sumber : Akhbar Al-Masry Al-Youm

Isu : Pertemuan antara Abbas dan Olmert dijadualkan pada hari Isnin akan datang(17 Julai). Antara isu yang akan dibincangkan, kerjasama dua hala dan penentangan terhadap HAMAS.
Tarikh : 17 Julai 2007 (seperti yang dijadualkan)
Sumber : Palestine-info

Isu : Ribuan warga Palestin mengadakan demonstrasi menunjuk perasaan terhadap tindakan Mahmud Abbas yang membekukan peruntukan gaji bulanan kepada 23 ribu pegawai Palestin. Abbas dikecam meraih kesenangan terhadap nasib rakyat.
Tempat : Semenanjung Gaza
Tarikh : 12 Julai 2007
Sumber : Palesine-info

Monday, October 15, 2007

Jun, detik-detik terakhir Kerajaan Perpaduan Palestin


Isu : 37 terbunuh, 100 cedera parah dalam pertempuran antara FATAH dan HAMAS.
Tempat : Gaza
Tarikh : 13 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Kumpulan bersenjata melepaskan tembakan peluru ke arah rumah Ismail Haniah, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Tempat : Gaza
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 19 penduduk terbunuh, 100 cedera dalam pertempuran yang tercetus antara FATAH dan HAMAS.
Tempat : Gaza
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 3 orang Israel cedera akibat peluru yang dilancarkan pejuang Palestin di bandar Sderot.
Tempat : Sderot, Israel
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : FATAH mengumumkan gencatan senjata dari pihaknya dan menyeru HAMAS mengambil langkah sedemikian.
Tempat : Gaza
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Kementerian Palestin mendakwa HAMAS 'mencetuskan gelombang' sebagai strategi untuk rampasan kuasa.
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : HAMAS menafikan dakwaan dan menyatakan 'dakwaan' tersebut adalah batil sebagai percubaan untuk memalingkan perkara yang sebenar.
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : KATAIB AL-QASSAM mengumumkan zon selatan Gaza 'zon aman'.
Tempat : Selatan Gaza
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : KATAIB AL-QASSAM meminta anggota keamanan tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya.
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Delegasi Keamanan Mesir 'Keadaan di Gaza tiada tanda-tanda yang cenderung ke arah persepakatan'.
Tempat : Gaza
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Kerajaan Israel 'kami akan terus memerangi habis-habisan pihak-pihak yang melepaskan peluru ke atas Israel'.
Tempat : Israel
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Israel menandatangani agar Bush menambahkan bantuan dari yang sedia ada dari sudut ketenteraan.
Tempat : Israel
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah, petikan Ha'aretz(Berita Israel)

Isu : FATAH mengancam akan menarik diri dari Kerajaan Campuran Palestin.
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Wakil parti buruh, 'Ehud Barak telah memenangi jumlah undi dalam pilihanraya pemilihan pengerusi parti buruh'.
Tempat : Israel
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Kesatuan Eropah menyalurkan sumbangan sebanyak 4 juta euro kepada Kementerian Kewangan Palestin untuk pembaikan dan pengemaskinian pejabat kemeneterian.
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Holland menyalurkan bantuan kewangan berjumlah 500,000 dolar untuk pelarian Palestin yang berada di Lubnan.
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Israel melancarkan satelitnya yang terbaru 'Ofek 7', berupaya mengintip Iran dan Syria.Tempat : IsraelTarikh : 12 Jun 2007Sumber : Berita Al-Jazeerah

Antara isu lain.

Isu : Iran memulakan langkah pertama dalam teknologi minyak.
Tempat : Iran
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Tehran memberi amaran terhadap Washington berikutan diplomatnya yang ditahan di Iraq.
Tempat : Iran
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Tehran '3 warga Amerika dikenal pasti sebagai pengintip, usaha penelitian terus dijalankan'.
Tempat : Iran
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Dr.Mohd Habib, "790 anggota pimpinan Ikhwan Muslimin ditangkap Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh 6 bulan".
Tempat : Mesir
Tarikh : 12 Jun 2007
Sumber : Akhbar Al-Masry Al-youm

Isu : Abbas "Pertempuran antara FATAH dan HAMAS menambahkan lagi kesengsaraan penduduk Palestin".
Tempat : Palestin
Tarikh : 11 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Abbas dan Olmert akan menghadiri dalam pertemuan 4 hala.
Tempat : Kaherah, Mesir
Tarikh : 11 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 3 terbunuh, 60 cedera parah dalam pertempuran bersenjata yang tercetus antara FATAH dan HAMAS semenjak 2 hari yang lalu.
Tarikh : 11 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 3 peluru Palestin mengenai utara Israel.
Tempat : IsraelTarikh : 11 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Israel melancarkan satelit terbaru bagi tujuan perisikan.
Tempat : IsraelTarikh : 11 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Tentera Israel menangkap 20 orang penduduk Palestin.
Tempat : Tebing Barat
Tarikh : 11 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Antara isu-isu lain

Isu : Beberapa orang terbunuh, 4 cedera parah dalam kejadian tembak-menembak sewaktu berlangsung pilihanraya untuk menentukan ahli 'Majlis Syura'.
Tempat : Muhafazah Syarqiah, Mesir.
Tarikh : 11 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Beberapa orang terkorban, dan lebih 30 cedera dalam satu pertempuran bersenjata antara HAMAS dan FATAH.
Tempat : Gaza
Tarikh : 10 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Ketua delegasi keamanan Mesir "gencatan senjata yang membabitkan FATAH dan HAMAS telah dipersetujui"
Tempat : Gaza
Tarikh : 10 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Israel menyerang 3 buah penempatan penduduk Palestin.
Tempat : Gaza
Tarikh : 10 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Olmert membuat kenyataan bahawa operasi ketenteraan tetap akan diteruskan.
Tempat : Gaza
Tarikh : 10 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Tentera udara Israel menjalankan latihan dengan sokongan 2 buah jet perang Amerika.
Tarikh : 10 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Sekumpulan tentera Israel yang dilengkapi jentera perang menceroboh beratus-ratus meter ke kawasan utara Ghaza.Tempat : Gaza
Tarikh : 9 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Seorang terkorban, 2 cedera akibat tembakan tentera Israel berdekatan bandar Khalil.
Tempat : Tebing Barat
Tarikh : 9 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Pejuang dari kumpulan 'Aulawiyat Nasiruddin' mengebom beberapa kawasan Israel.
Tempat : Gaza
Tarikh : 9 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi sebagai usaha menentang tindakan Israel.
Tempat : Al-quds & di Tel Aviv
Tarikh : 9 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Sempadan Rafah dibuka semula dari dua arah hanya dalam tempoh 2 hari.
Tempat : Rafah
Tarikh : 9 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : 4 kumpulan pejuang Palestin berbalas tembakan dengan tentera Israel setelah merempuh Jambatan Kissufim
Tempat : Gaza
Tarikh : 9 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Pertemuan tergempar Abbas dan Olmert yang dijadualkan hari ini.
Tempat : Ariha
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Pertempuran bersenjata antara pejuang Palestin dan tentera Israel.
Tempat : Jenin (sebelah Utara & Barat)
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Tentera Israel menangkap 7 penduduk Palestin.
Tempat : Tebing Barat
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Jet pejuang Israel membedil beberapa perkampungan.
Tempat : Syab'an, Lubnan
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Naif Hawatimah "deklarasi Mekah mengulangi semula pembunuhan Palestin-Palestin".
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Tentera Israel menceroboh sejauh 25km ke kawasan berdekatan 'Baldah 'Ieta Sya'b'.
Tempat : Utara Lubnan
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Seorang pejuang FATAH terbunuh, 9 yang lainnya cedera setelah berlaku tembak-menembak antara FATAH-HAMAS.
Tempat : Barat Rafah
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Israel membuat pengaduan kepada Amerika Syarikat berkaitan kenyataan Ahmadi Najad yang membuat penentangan secara terbuka terhadapnya.
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Pemerhatian terhadap permintaan yang menentang ketetapan tentera Israel berikutan penutupan jalan persekutuan di Ramallah (Mahkamah Israel).
Tempat : Ramallah
Tarikh : 7 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Beberapa penduduk Palestin maut dan parah akibat pengeboman yang dilakukan Israel di Timur Jabaliyah.
Tempat : Jabaliyah
Tarikh : 6 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Beberapa penduduk Palestin maut, 4 parah setelah penceroboh melepaskan tembakan.
Tempat : Khalil
Tarikh : 6 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Abbas membatalkan perjumpaan dengan Olmert esok berikutan mematuhi salah satu daripada 4 tuntutan penduduk Palestin.
Tarikh : 6 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Isu : Ziad Abu Amr(Menteri Luar Palestin): Abbas, Olmert akan menghadiri perjumpaan 4 hala yang akan datang di Kaherah.
Tempat : Kaherah
Tarikh : 6 Jun 2007
Sumber : Berita Al-Jazeerah

Tentera Israel membedil beberapa penempatan di selatan Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 4 Jun 2007

HAMAS menafikan dakwaan yang mengatakan meminta Qatar sebagai perantaraan dengan Israel yang bertujuan menghentikan serangan peluru ke atas Israel sebagai ganti Israel juga perlu menghentikan operasi pencerobohan.
Al-Masry Al-Youm, terbitan 4 Jun melaporkan Ehud Olmert akan terus melancarkan operasi pencerobohan di Gaza.
Sumber utama:Berita Al-Jazeerah, 4 Jun 2007

Seorang penduduk terkorban akibat tembakan tentera penceroboh di pertengahan bandar Nablus.
Sumber:Berita Al-Jazeerah, 3 Jun 2007

Aktivis keamanan yang mewakili Israel dan Palestin mendesak supaya membentuk dua buah negara(Israel dan Palestin).
Sumber:Berita Al-Jazeerah, 3 Jun 2007

Pejuang dari kumpulan 'NASIR SALAHUDDIN' bertindak mengancam akan menambahkan jumlah serangan peluru terhadap Israel.
Sumber:Berita Al-Jazeerah, 3 Jun 2007

Negara Emiriah Arab Bersatu menyumbang sebanyak 80 juta dollar ke akaun 'Munazzamah Tahrir Palestin'.
Sumber:Berita Al-Jazeerah, 3 Jun 2007

Ismail Haniah mencalonkan Ghazi Hamad untuk menjawat Menteri Dalam Negeri, Kerajaan Campuran Palestin.
Sumber:Berita Al-Jazeerah, 3 Jun 2007

3 Israel parah apabila terkena bom dari pejuang KATAIB AL-QASSAM di Bait Hanoun.
Sumber:Berita Al-Jazeerah, 3 Jun 2007

Penceroboh(Israel) memusnahkan beberapa buah rumah, kedai dan bangunan di Nablus.
Sumber:Berita Al-Jazeerah, 2 Jun 2007

Friday, October 12, 2007

Gerhana Mei di Palestin

From Palestine With Love
73% daripada penduduk Israel menuntut supaya Ehud meletakkan jawatan berikutan peperangan yang dilancarkan ke atas Lubnan yang lalu.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 3 Mei 2007


Ismail Haniah : Pasukan keamanan Palestin akan memberi tentangan sengit terhadap sebarang kemasukan atau pencerobohan Israel ke Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 4 Mei 2007


3 pejuang dari kumpulan JIHAD ISLAMI syahid di dalam pertempuran bersenjata memerangi penceroboh Israel di barat Jenin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 5 Mei 2007


Pertemuan di antara Mahmoud Abbas, Ismail Haniah dan beberapa kepimpinan bahagian keamanan Palestin hari ini di Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 5 Mei 2007


Menteri Luar Jerman melakukan lawatan rasmi ke Palestin, merupakan lawatan permulaannya.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 5 Mei 2007


Abu Radinah: Pertemuan antara Mahmoud Abbas dan Ismail Haniah membincangkan tentang kedudukan politik dan keamanan di Palestin.
Sumber :Berita Al-Jazeerah, 6 Mei 2007


Anggota Parlimen Eropah menuntut supaya Kesatuan Eropah memberi semula bantuan ke atas Palestin seperti sebelum ini ketika Palestin dipimpin FATAH
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 9 Mei 2007


Bank Dunia : Penduduk Palestin diharamkan hak setengah daripada tanah di wilayah Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 9 Mei 2007


Bank Dunia: Tembok yang dibina Israel telah membahagikan wilayah Tebing Barat menjadi penempatan yang terasing.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 9 Mei 2007


Pertemuan rasmi antara HAMAS dan FATAH malam ini membincangkan keamanan di Ghaza sambil diperhatikan wakil dari Kerajaan Mesir yang juga sebagai perantaraan antara kedua belah pihak.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 13 Mei 2007


4 terbunuh, 12 cedera dalam pertempuran bersenjata yang dipercayai antara FATAH dan HAMAS.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 13 Mei 2007


HARAKAH JIHAD ISLAMI menyeru supaya HAMAS dan FATAH mengawal keadaan agar tidak saling berbunuhan kerana 'peluang sebegini sentiasa dinantikan oleh pihak musuh'.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 13 Mei 2007


Beberapa anggota pasukan khas di bawah kawalan FATAH terbunuh dalam pertempuran bersenjata yang tercetus di barat Gaza dengan pasukan bersenjata dari HAMAS. Turut tercedera 15 orang, pertempuran ini adalah kali pertama tercetus setelah gencatan senjata antara kedua belah pihak bulan lalu.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 14 Mei 2007


Berikutan pengeboman Israel ke atas Gaza, HAMAS turut mengancam akan melancarkan serangan balas terhadap Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Mahmoud Abbas membatalkan lawatannya ke Gaza disebabkan keadaan yang tidak menjamin keselamatan beliau. Menurut AFP, antara sebab lain di dapati ada cubaan untuk membunuhnya.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Beberapa peluru Palestin yang dilancarkan telah mengenai Israel, tetapi tiada kecederaan berlaku.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


32 penduduk mengalami kecederaan setelah Israel menyerang pos kawalan pasukan keamanan Palestin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Sebilangan besar tentera Israel berhimpun di sempadan timur Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Israel menyerang sekumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS di timur Jabaliya.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Beberapa buah Kereta kebal Israel menyerang timur Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Bush dan Blair bimbang dengan keadaan (kekacauan) yang berlaku di Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Serangan tentera Israel ke Gaza hari ini turut menggunakan senjata berat dan alat pertahanan yang terkini.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Washington : Pengeboman dan serangan Israel ke atas Gaza adalah sebagai langkah "mempertahankan diri".
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Washington menyalahkan HAMAS dan pergerakan bersenjata yang lain sebagai punca meletusnya serangan di Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Washington bersetuju menyalurkan bantuan kewangan dalam pentadbiran Kementerian Kewangan Palestin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


7 pejuang 'Kataib Al-Qassam' syahid dalam serangan Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Universiti Islamiah, Gaza turut dibom menyebabkan sebuah dari bangunannya terbakar.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


20 jentera perang Israel merempuh masuk penempatan 'Qaryah Kafr Dan' di barat Jenin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Lefni (Menteri Luar Israel) : Kerajaan Israel akan membincangkan dalam terdekat ini berkenaan serangan peluru di Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Tentera Israel : Sejumlah 5 peluru dari pelancar roket Palestin yang dilancarkan mengenai utara Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Tentera penceroboh melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan yang membantah pembinaan tembok pemisah di Bal'ein.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Ketetapan Israel menumpukan 'operasi buru sasaran' sebagai usaha menentang HAMAS dan JIHAD ISLAMI.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 20 Mei 2007


Amir Peretz(Menteri Pertahanan Israel) mengumumkan persediaan yang rapi dari pihak ketenteraan Israel untuk menjalankan sebarang operasi.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 20 Mei 2007


HAMAS Iraq menyeru HAMAS dan FATAH menghentikan pertelingkahan dan tidak lagi saling berbunuhan antara satu sama lain.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 20 Mei 2007


8 nyawa terkorban, 14 cedera dalam serangan Israel ke atas kediaman Khalil Al-Haya salah seorang pimpinan HAMAS di Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 20 Mei 2007


Jam 1.00 pagi, serangan terbaru Israel di timur Gaza menyebabkan 5 cedera.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 21 Mei 2007


Jam 1.10 pagi, Ismail Haniah (Perdana Menteri Palestin) berucap melalui Al-Jazeerah khusus untuk rakyatnya dan umum untuk masyarakat dunia. Beliau menyeru kepada penduduk Palestin supaya bergabung kekuatan menghadapi pencerobohan Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 21 Mei 2007


Haniah mendesak Liga Arab dan US supaya memainkan peranan dan tanggungjawab berikutan pencerobohan Israel ke atas Palestin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah,21 Mei 2007


Haniah: "Tekanan yang dihadapi rakyat Palestin sekali-kali tidak akan membuatkan kami tunduk kepada kemahuan mereka"
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 21 Mei 2007


'Kataib Abou Reish' mengebom bandar Sderot, Israel mengakui yang menyebabkan sebuah kilang di bandar tersebut terbakar.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 21 Mei 2007


Cabinet decides to continue strikes against Hamas.
Source: Ha'aretz (Israel), 21 Mei 2007


Presiden Mahmoud Abbas melawat Gaza hari ini untuk menghentikan sebarang ancaman yang menggugat keamanan di sana.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


4 anggota SARAYAL-QUDS syahid dalam serangan Israel yang tersasar mengenai sebuah kereta di timur Jabaliyah.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Berikutan ancaman Israel terhadap HAMAS, KATAIB AL-AQSA turut mengancam pemimpin Israel juga akan dijadikan sasaran.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Liga Arab hari ini mengadakan perjumpaan tergempar membincangkan keadaan yang berlaku di Palestin dan Lubnan. Antara kenyataan rasmi yang dikeluarkan Liga Arab menjelaskan kumpulan FATH AL-ISLAM tiada kaitan dengan Palestin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Penduduk Israel di Sderot menggesa supaya 'kerajaan Israel menguatkan kawalan di kawasan penempatan tersebut' berikutan serangan peluru dari Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Menteri Keamanan Dalam Negeri, Israel mengumumkan bahawa Khalid Mash'al adalah sasaran utama.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Haniah : Antara sebab masyarakat awam Palestin menjadi sasaran Israel kerana tindakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI yang menggugat Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


2 serangan Israel mensasarkan 2 buah bangunan memproses besi di Gaza, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


HAMAS : Alternatif kita sekarang adalah bersifat terbuka, dan perang juga diistiharkan terbuka terhadap Israel di mana saja kita menjumpai mereka.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


REUTERS melaporkan : Timbalan Menteri Pertahanan Israel memberi ancaman untuk membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


HA'ARETZ melaporkan : Kerajaan Israel menghadapi tekanan apabila masyarakatnya di Sderot bertindak untuk berpindah ke tempat lain berikutan serangan peluru dari pejuang Palestin. Maklumat lanjut, sila lawati Ha'aretz.com (web berita Israel)
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Serangan terbaru Israel ke atas penempatan 'Haiyyu Nasr barat' di timur Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Abu Marzouq : Ancaman Israel terhadap pimpinan Kerajaan Palestin semenjak tahun 1948 berterusan hingga kini.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Israel kerap kali melancarkan operasi bunuh terhadap pimpinan kerajaan Palestin dari berbagai-bagai sudut.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Abbas mengadakan perjumpaan bersama Haniah di Gaza hari ini tanpa mendapat liputan dari pihak media.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 23 Mei 2007


Pasukan penceroboh Israel hari ini melakukan serangan secara mendadak ke atas beberapa yayasan dan penempatan yang ada hubungkait dengan HAMAS di Jenin dan Ariha.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 23 Mei 2007


Israel terus melancarkan serangan dengan mensasarkan beberapa buah rumah di timur Jabaliyah, Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 23 Mei 2007


Tentera Israel menawan 33 pemimpin HAMAS, salah seorang darinya adalah Menteri Pendidikan, Nasiruddin Sha'ir di Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Seorang terkorban apabila penceroboh Israel melepaskan tembakan di Bait Lahiyah, Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Perjumpaan Mahmoud Abbas bersama pejuang pembebasan Palestin untuk menghentikan pertempuran senjata di Wilayah Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Pejuang pembebasan Palestin bertegas tidak akan menghentikan serangan ke atas Israel meskipun diminta oleh Mahmoud Abbas, dalam masa yang sama mereka turut mendesak supaya Israel hentikan operasi dari menceroboh Gaza dan Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


2 serangan Israel mensasarkan pos kawalan 'Kataib Al-Qassam' di timur Rafah.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


13 pejuang 'Kataib Al-Aqsa' ditawan tentera Israel di Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Ahmadi Najad memberi ancaman ke atas Israel, jika menceroboh Lubnan dalam musim panas ini, masyarakat sekitar Timur Tengah akan menghancurkan Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Dalam usaha mengadakan gencatan senjata , tentera Israel terus memperhebatkan serangan ke atas Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 26 Mei 2007


5 orang penduduk Palestin terkorban dan 11 lagi cedera dalam sepuluh serangan yang dilancarkan tentera Israel yang mensasarkan pos kawalan pasukan keamanan.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 26 Mei 2007


Kataib Syuhada Al-Aqsa di Tebing Barat menolak sebarang 'gencatan senjata' dengan tentera Israel. Zakaria Al-Zabidi yang merupakan ketua Kataib tersebut menjelaskan gencatan dengan Israel hanyalah sebahagian sahaja bukan bersifat keseluruhan.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 26 Mei 2007


Seorang penduduk Israel terbunuh dan yang lainnya cedera parah disebabkan peluru dari pelancar roket dari Gaza mengenai bandar Sderot.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 27 Mei 2007


Olmert mengancam akan menyerang balas terhadap sesiapa yang ada kaitan melancarkan peluru ke penempatan Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 27 Mei 2007


Olmert : Operasi tentera Israel akan berterusan, sesekali tidak akan terkesan dengan ancaman pihak luar.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 27 Mei 2007


Delegasi parti FATAH tiba di Kaherah semalam. Sumber mengatakan lawatan delegasi tersebut dalam rangka pertemuan dengan bahagian perisikan Mesir.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 27 Mei 2007


KATAIB AL-QASSAM yang merupakan sayap tentera HAMAS mengakui mengebom beberapa penempatan di Sderot, Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah 27 Mei 2007


Sumber Kerajaan Palestin menafikan propaganda dari siaran televisyen Israel berikutan desas-desus yang mengatakan Ismail Haniah akan meletakkan jawatan dalam masa 72 jam akibat serangan yang berterusan Israel di Gaza.
Sumber: Al-Masry Al-youm, 27 Mei 2007


Ismail Haniah: Pencerobohan Israel di Gaza disebabkan kebuntuan arah politik Israel, juga keruntuhan akhlak sebagai lambang peribadi Israel
Sumber: Al-Masry Al-youm, 27 Mei 2007


Tentera Israel menawan beberapa anggota pejuang KATAIB SYUHADA AL-AQSA setelah berjaya mengepung pejuang tersebut di hospital Ariha.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 28 Mei 2007


Azam Ahmad: Delegasi HAMAS sampai ke Kaherah esok dalam rangka pertemuan serta dialog bersama delegasi FATAH.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 28 Mei 2007


JIHAD ISLAMI mengumumkan menolak sebarang gencatan senjata terhadap Israel berikutan serangan yang berterusan dari Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 28 Mei 2007


Jet pejuang Israel mengebom beberapa penempatan di Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 29 Mei 2007


2 pejuang dari KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM syahid setelah bertempur dengan tentera Israel di Rafah, Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 29 Mei 2007


Israel menawan Jamal Thairawi yang merupakan timbalan pengerusi parti FATAH di Mukhayyam Belata.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 29 Mei 2007


Delegasi HAMAS yang berada di Kaherah hari ini dijadualkan menyertai perbincangan berkenaan keamanan Palestin dan serangan Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 30 Mei 2007


Israel menahan 12 penduduk di kawasan yang berasingan di Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 30 Mei 2007


Mahmoud Abbas akan mengadakan pertemuan dengan Ehud Olmert 7 Julai akan datang, beliau menjelaskan pertemuan sebegini mesti diteruskan.
Sumber: Akhbar Al-Masry Al-Youm, 30 Mei 2007


Jet pejuang Israel F-16 membedil beberapa pos kawalan dan bangunan yang ada hubung kait dengan HAMAS, turut musnah bangunan kelab sukan Bait Hanoun. Dalam masa yang sama 4 orang awam cedera parah di Bait Lahiyah akibat serangan Israel.
Sumber: Akhbar Al-Masry Al-Youm, 30 Mei 2007
"Gerhana bulan Mei di Palestin". Ringkasan berita di atas adalah pengumpulan berita dari semasa ke semasa. Ringkasan tersebut pada asalnya berbahasa arab, penulis menterjemahkannya di dalam bahasa melayu untuk memudahkan membuat rujukan berkaitan isu di Palestin. Sumber utama adalah melalui Berita Semasa, Al-Jazeerah. Semoga Allah Ta'ala membantu mereka-mereka yang ikhlas mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan tanahair.