Monday, April 9, 2012

23 orang calon Presiden Mesir

23 orang telah dicalonkan dalam pilihanraya Presiden Mesir

Kemaskini jam 05:03 petang(waktu Mesir)

- Pencalonan pilihanraya Presiden Mesir telah ditutup.

Memetik laporan dari suratkhabar AL-AHRAM Mesir hari ini(08/04/2012), pencalonan pilihanraya Presiden Mesir telah ditutup pada jam 02:00 petang tadi(waktu Mesir). Selama 30 hari pencalonan dibuka, boleh dikatakan hampir setiap hari Suruhanjaya Pilihanraya menerima permintaan pencalonan.

- Seramai 23 orang calon telah mengemukakan borang pencalonan.

- Turut menyertai dalam pencalonan pilihanraya adalah calon kedua dari Jamaah Ikhwan Muslimin, Muhammad Morsey yang mendaftar pada hari ini.

- Omar Sulaiman, bekas Naib Presiden yang dilantik Mubarak juga mendaftarkan diri hari ini 30 minit sebelum pencalonan ditutup sambil dikawal ketat. Semalam, Omar hanya pergi mendengar taklimat dan syarat-syarat calon, kemudian mengambil borang.

- Dalam senarai calon, seorang sahaja dari kalangan masehi(kristian).

- Badan Kemasyarakatan yang dinamakan Majlis Pemegang Amanah Revolusi mengumumkan bantahan sekeras-kerasnya dengan pencalonan Omar Sulaiman atau mana-mana saki-baki pemerintahan lalu.

- Sumber menjelaskan bahawa pencalonan Morsey merupakan langkah berjaga-jaga(waspada) jika dakwaan mahkamah atau halangan perundangan menyebabkan calon asal Jamaah Ikhwan Muslimin, Khairat As-Shatir tidak boleh bertanding dalam pilihanraya.

- Sumber dari akhbar Mesir menyebut Parti البناء والتنمية sayap politik kepada Jamaah Islamiah beranjak dari keputusannya yang mahu mencalonkan Dr. Safwat Hijazi. Demikian itu melihat kepada beberapa orang calon yang sedia ada dari kalangan mereka yang mendapat penghormatan tinggi.

Dr. Safwat Hijazi salah seorang dari anggota Majlis Pemegang Amanah Revolusi Mesir.

- Bagaimanapun, perdebatan hangat mengenai pencalonan Hazim Salah Abu Ismail dari sudut perundangan setelahmana maklumat yang diperolehi mengatakan ibu beliau memiliki kerakyatan Amerika.

Kata Suruhanjaya Pilihanraya Presiden semalam, pihaknya telah menerima maklumat dari Kementerian Luar Mesir yang menunjukkan kementerian Luar Amerika Syarikat mengakui bahawa ibu kepada Abu Ismail memiliki kerakyatan Amerika sejak tahun 2006.

Mengikut kanun perlembagaan yang diumumkan Majlis Angkatan Tertinggi Angkatan Tentera yang memerintah Mesir sejak bulan Mac tahun lepas bahawa sesiapa yang akan bertanding dalam pilihanraya Presdien mestilah warganegara Mesir dari kedua ibu-bapanya juga Mesir dan tidak sesekali boleh dia atau salah seorang dari kedua ibu-bapanya memiliki kerakyatan negara lain. 

Sumber:
 08/04/2012, web berita AL-JAZEERAH