Monday, December 31, 2007

OPERASI PENGUASAAN

10 langkah yang mesti dilakukan dan bagaimana untuk menggerakkannya di Gaza

Di bawah adalah kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh panel khas bagi memastikan kejayaan pengoperasian Israel ke atas penduduk Palestin. Khasnya, semenanjung Gaza yang dikuasai HAMAS akan diterjah berbagai-bagai ancaman dari Israel dan kuasa-kuasa luar. Jika mereka (musuh) telah merancang dari semasa ke semasa untuk menghapuskan umat Islam, mengapa kita tidak pula berbuat demikian untuk membebaskan saudara seaqidah dari belenggu yang dicipta oleh pihak musuh.

1. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mesti membatalkan lawatannya ke Amerika Syarikat dan pertemuan dengan Bush yang dijadualkan pada 19 Jun 2007, selasa. Usaha untuk menjatuhkan pemerintahan Palestin dan pentadbiran Abu Mazen di Gaza tidak sepatutnya dua pemerintah ini (Bush dan Olmert) membicarakan terlalu lama sama ada berkaitan Palestin mahupun berkaitan Iran. Sesungguhnya sekarang adalah masa untuk bertindak bukannya masa untuk berbicara.

2. Menangguhkan terlebih dahulu sebarang usaha dan pengoperasian yang dilakukan oleh pasukan tentera Israel di persempadanan Selatan Semenanjung Gaza, kerana operasi tersebut tidak memberikan kesan pada masa ini.

3. Mengerahkan batalion kemasukan tentera pertahanan dan tentera pejalan kaki(Israel) ke Selatan Gaza dan melaksanakan kekacauan. Jangan mengganggu ketenteraman penduduk kampung. Sasarannya untuk sampai ke pos-pos kawalan pasukan keamanan Palestin dan membuka laluan dari selatan bandar Gaza dan memindahkan paling kurang penduduk Palestin yang berhaluan kiri ke tanah jajahan Israel (Sderot). Inilah cara untuk selamatkan kehidupan mereka. Jika pemerintah Israel dan pihak tentera Israel tidak berkemampuan mengosongkan Sderot, maka perlunya bagi penduduk Palestin ke Sderot. Strategi daripada operasi ini adalah untuk menghalang tekanan masyarakat antarabangsa sama ada tekanan dari bentuk sosio-politik atau desakan umum.

4. Untuk merealisasikan apa yang telah dirancang, tentera Israel mesti memasuki semenanjung Gaza dan memerangi pejuang HAMAS melebihi 72 jam, sehinggakan mereka tidak lagi mampu untuk bangkit bahkan tidak dapat tidur walaupun sekejap. Dengan operasi ini, pasti tentera Israel tidak akan mengalami kekalahan atau kerugian yang besar. Juga, tanpa ada jumlah kecederaan yang banyak.

5. Pasukan Israel yang lain pula mesti menggerakkan operasi dari sebelah utara dan menakluk segala logistik, dari Kirom Shaloum sehinggalah laut tengah, yang merupakan terletaknya penempatan membangun Rafih Yam. Jika HAMAS mampu menakluk keadaan seumpama ini dalam masa enam jam, pihak tentera Israel pula tidak sepatutnya mengambil masa yang lama melebihi daripada 3-5 jam untuk menakluk Gaza.

6. Tentera Israel yang menjalankan operasi ketenteraan di Utara dan Selatan Gaza mesti mengerahkan juga tentera udara dan tentera laut. Sebelum apa jua kemungkinan yang bakal berlaku, tentera Israel mesti melemahkan sebarang usaha yang berpusat di Semenanjung. Pengiktibaran daripada gerakan HAMAS yang berdaya menguasai Gaza adalah sepertimana ketangkasan Taliban. Mengikut strategi ketenteraan, ini adalah faktor utama yang membantu ke arah kemenangan. Oleh itu, pasukan tentera udara dan laut Israel mesti memastikan agar HAMAS tidak berdaya untuk bertindak.

7. Menentukan ke atas tentera udara Israel untuk menyerang dan mengebom mana-mana sasaran ketenteraan HAMAS berpandukan maklumat risikan yang diperolehi.

8. Pasukan tentera Israel dalam jumlah yang kecil mesti menguasai pihak di sebelah Palestin yang berada di persempadanan Kourney, Soufa, Eriz dan Kirom Shaloum. Mereka mesti menangkap pasukan HAMAS yang menguasai persempadanan tersebut. Kemudian, menyerahkannya kepada pasukan khas Palestin sebagai tawaran kepada pihak Ramallah.

9. Menjalankan kajian dan penyelidikan setiap perencanaan demi pembebasan Gilad Shalit, tentera Israel yang ditawan. Selepas itu, Israel dan pihak ketenteraan membuat perancangan yang seterusnya.

10. Apabila mendapat arahan mengundurkan tentera pulang ke Israel (pasukan yang telah menguasai selama hampir 48 hingga 72 jam), pastikan hanya pasukan yang akan menjalankan oprasi di Selatan Gaza sahaja dan pihak ketenteraan mesti mengekalkan pasukan yang akan menguasai Muhawwar Philadelphia (Salahuddin).

Inilah 10 langkah yang merupakan penstrategian lengkap untuk masa sekarang yang mesti dilaksanakan oleh pemerintah Israel dan pihak ketenteraan bagi melicinkan operasi dan tindakan.

Sumber : Mukhtarat Israiliah, bilangan 151 Julai 2007 (Khas)
Terbitan : Center For Political & Strategic Studies Al-Ahram

0 comments: