Monday, August 13, 2007

Enjin 'power', kereta ok

Gambar hiasan (enjin Mitsubishi Lancer Evo), Mitsubishi Lancer EVO IX MR & Satria NEO

Apa jua jenis enjin, masing-masing ada kelajuan dan kepantasan yang tersendiri. Kelajuan dan kepantasan pula mesti berterusan dan tidak 'blow' di tengah jalan yang boleh mengakibatkan perjalanan terhenti dan tidak sampai ke destinasi yang dituju.

Apa yang penting, pemeriksaan rapi mesti dilakukan sepanjang masa kerana kemungkinan yang kita tidak pasti akan berlaku kerosakan. Sehebat mana enjin sekalipun, kalau tidak terjaga tetap akan rosak kerana disebabkan faktor-faktor yang memberi kesan.

Antara faktor-faktor, minyak enjin yang terlalu lama tanpa ditukar, 10 tahun sekali servis, jika menukar spare-part..pemiliknya lebih senang dengan spare-part yang murah dan 'tiruan', dan lain-lain lagi.

Begitulah keadaan umat Islam tetapi secara khususnya terhadap pemimpin umat Islam. Ibarat sebuah enjin, jika 'power' dan bertenaga pasti Negara-negara umat Islam yang ditindas tidak akan berpanjangan malahan dasar-dasarnya juga tidak mudah di permainkan sewenang-wenangnya oleh musuh. Lebih menarik, apabila enjin (kerajaan) bakal ditukar spare-partnya (menteri-menteri) melalui pilihanraya..ada saja perkara serta adegan yang tidak sepatutnya berlaku seperti beli undi, ugut, bunuh, sekat pengundi, mengancam pengundi dan menangkap calon pilihanraya.

Sudut lain, parti yang dianggap pembangkang bagi sesebuah Negara umat Islam yang diibaratkan enjin yang 'power' turut menerima musibah seperti 'pengharaman' dari bergerak bebas. Biasanya, Negara yang bersistem sosialis yang mengamalkan perlakuan sebegini kerana kewujudan kereta lain (Negara kuasa besar) yang berhasrat meletakkan spare-partnya dalam kereta kita. Walhal, spare-part kereta mereka tidak sesuai untuk kereta kita.

Kereta kita (Negara umat Islam) ada spare-partnya yang tersendiri, sesuai untuk kita. Jika kita menggunakan spare-part lain pasti, kelajuan serta ketahanan enjin kereta kita tidak bertahan lama. Akan datang tunggu masa untuk menukar enjin yang lain pula.

Justeru, untuk memastikan kereta kita benar-benar 'power' dan tahan lama, pilihlah dan jaga enjin dengan baik supaya faktor yang merosakkan tidak mudah memberi kesan. Di samping, jangan parking kereta kita rapat dan bersebelahan kereta (Kuasa besar) kerana pintunya tidak mampu dikawal, jika dibuka..pintu kereta kita turut terkemek. Tika itu, barulah hendak melenting. Apa pun, enjin mesti 'power'..kereta turut ok.

Sempat lagi kah kita?

Palestin dari semasa ke semasa menjadi hidangan yang cukup melazatkan
Pemimpin Arab dan pemimpin umat Islam teruji dengan perancangan musuh, bukannya tidak sedar akan perancangan tersebut tetapi masing-masing berkepentingan