Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

TENTERA MESIR TANGKAP ANGGOTA KEAMANAN PENGIKUT DAHLAN DI RAFAH MESIR

Sumber keamanan dan saksi kejadian hari ini (Khamis) menyatakan anggota tentera Mesir telah menangkap seorang individu yang dikenali Syeikh Fathi Al-Falastini di Hayyu As-Safa, bandar Rafah Mesir. Dia merupakan anggota keamanan negara dalam pemerintahan FATAH di Semenanjung Gaza (sebelum 2007).

Tentera Mesir menemui dalam rumahnya di Hayyu As-Safa:

> Dokumen-dokumen bahaya yang merangkumi operasi anasir-anasir yang diupah di Rafah dan Syeikh Zuweid.
> Ditemui fotokopi kem tentera As-Safa dan Al-Ahrash dan sebahagian checkpoint.
> Telefon satelit untuk panggilan antarabangsa.
> Bersamanya ditemui LE 40 ribu dan USD 5 ribu.

Kata saksi, Syeikh Fathi dikenali sebagai seorang pendakwah Islam. Dia telah membuang jambangnya dan menjalani kehidupan bersama rakyat Mesir di Hayyu As-Safa.

Sebagaimana yang disebutkan, seramai 200 anggota keamanan negara dalam pemerintahan FATAH yang sebahagian besarnya pengikut kepada Mohammad Dahlan telah lari keluar ke Sinai selepas HAMAS menguasai sepenuhnya Semenanjung Gaza tahun 2007. Pihak berkuasa Palestin(PA) memberi perlindungan kepada mereka di El-Arish, utara Sinai melalui autoriti Kedutaan Palestin Ke Kaherah. Gaji dan elaun juga diberikan serta kedudukan mereka dalam Mesir mengikut undang-undang ekoran ketetapan dari peringkat politik Mesir dari pemerintahan Mubarak waktu itu.

*Mohammad Dahlan kini menetap di Emirate (UAE).

Sumber:
[Laporan jam 11:48 malam]
Web berita Rassd, 01/08/2013

Wednesday, August 8, 2012

Tentera Mesir lancar operasi ketenteraan di Sinai


Sumber-sumber khas menjelaskan kepada media elektronik IRARAB (Al-Arab Al-An) yang memaparkan pada jam 03:11 pagi, waktu Kaherah pagi ini bahawa Angkatan Tentera Mesir (tentera, polis dan pasukan pencegah keganasan) telah melancarkan operasi besar-besaran buat pertama kali sejak puluhan tahun yang lalu. Operasi ini bertujuan memburu kumpulan bersenjata ekoran serangan yang membunuh 16 orang tentera Mesir pada 05/08/2012.

Berita berkait:
16 tentera Mesir maut, 7 lagi parah diserang kumpulan tidak dikenali
Az-Zayyat tidak menolak Israel terjebak dalam serangan ganas di Sinai


Menurut sumber, buat pertama kali, tentera Mesir menyerang pusat-pusat perkumpulan dan individu bersenjata yang dikehendaki di Bukit Al-Hilal, utara Sinai. Selain itu, El-Arish juga menjadi sasaran tumpuan tentera Mesir.

Serangan kali ini, tentera menggunakan pesawat perang. 

Sejam yang lalu, satu laporan lain menyatakan helikopter tentera Mesir menurunkan anggota-anggota skuad khas 'helang' (قوات الصاعقة) di puncak Bukit Al-Hilal.

Menurut media IRARAB, sekurang-kurangnya 30 individu bersenjata telah terbunuh di Bukit Al-Hilal, manakala dalam serangan dan diserang hendap serta operasi yang lain dari beberapa kawasan yang berlainan di Sinai, 30 lagi terbunuh.

Dalam operasi ini, dua individu bersenjata yang memiliki kewarganegaraan Kanada telah ditangkap.

Seorang penduduk tempatan berkata, Bukit Al-Hilal tempat persembunyian kumpulan bersenjata mempunyai keluasan kira-kira 25 kilometer persegi dan terdapat terowong-terowong bawah tanah yang melintasi ke Israel. 

Laporan terkini di El-Arish yang disahkan sumber keamanan dan perubatan, seorang tentera mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terkena tembakan dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan bersenjata yang cuba merempuh satu lokasi.

Kejadian lain, kedengaran letupan di bandar Rafah Mesir. 

Sebuah kawasan di Syeikh Zuweid pula dilaporkan kedengaran letupan hasil tembakan RPG dan peledak letupan, sambil itu, helikopter Apache tentera Mesir mengikuti rapat setiap pergerakan dan menjejaki buruan.

Sumber:
08/08/2012, web berita Irarab, pautan Ahram, dan halaman facebook Gaza Sekarang

Thursday, July 5, 2012

Merangkak ke Tanah Palestin


Aura 'Revolusi Arab' @ 'Arab Spring' @ 'الثورات العربية' mula merangkak masuk ke tanah Palestin setelahmana bertahun-tahun Oslo mengikat 'intifadhah'. 

Gelombang yang sudah terbit .. 'Rakyat Mahu Gugurkan Oslo', dan laungan 'Kenapa ada kerjasama keselamatan'..'Bebaskan Tahanan Politik' serta 'Hukum Pembunuh Bukan Menyambut Sebagai Tetamu' juga telah mula meniup semangat pemuda-pemudi. Sebelum tanah-tanah ini dibebaskan sepenuhnya, catatan sejarah 2007 iaitu rampasan bersenjata(ambil alih pemerintahan) di Semenanjung Gaza(قطاع غزة) mungkin boleh menjadi 'kata kunci' bagaimana mahu menunjuk cara membebaskan tanah dan hak Palestin dari cengkaman rejim zionis. Kesannya, Semenanjung Gaza hari ini meskipun masih di bawah sekatan zalim Israel(حصار الاسرائيلي) tetapi mereka telah mewujudkan benteng kukuh menghadang kekejaman zionis selepas 'pembantu setia' zionis diterajang keluar, namun berlainan di Tebing Barat(West Bank) @ tanah-tanah jajahan tahun 1967, sudahlah ahli-ahli parlimen dan parlimen yang dipilih rakyat telah di'gari' malah pejuang-pejuangnya juga diserkap zionis dengan bantuan Palestin sendiri, apa lagi yang tinggal untuk mereka? perpaduan Palestin(المصالحة الفلسطينية)? Gula-gula Oslo Accord? Tebu yang dijanjikan Obama?. 

Tidak kasar, boleh jadi ada pihak yang mahu memakai gelaran saki-baki pemerintahan(فلول النظام). 

Tuesday, July 3, 2012

[Wallpaper] The Road To Jerusalem


Mereka bertiga telah melalui zon yang begitu rumit dan penuh sengsara bukannya zon yang 'selesa'. 

Minda 'beku' mungkin melihat kekejaman Mustafa At-Tarturk takkan mampu lagi mewujudkan era pemerintahan khilafah, namun dari rakyat Turki sendiri telah membina kekuatan sehingga hari ini menampilkan beberapa pendirian teguh dan berpengaruh. Begitu juga, Ghazzah Al-Izzah(غزة العزة), 'firasat dangkal' berpesta apabila algojo zionis menghentam penjuru tanah Palestin kononnya pejuang-pejuang di situ bakal terkubur, namun mereka bangkit dengan kemenangan, ini pun selepas setahun lebih pejuang-pejuang membalun 'kaki dan tangan' makhluk durjana yang menjadi ejen setan zionis. Langkah seterusnya, kekebalan simbol 'piramid' selepas puluhan tahun mencengkam tanah-tanah dan isi Mesir turut terhumban atas katil meskipun kebangkitan rakyat tidak bermain dengan kereta kebal, cukup sekadar laungan 'الشعب يريد اسقاط النظام' dan melepak di Tahrir Square, akhirnya muncul seorang Presiden yang menjadi 'pilihan' rakyat tanpa bekal set kalis peluru ditubuhnya meletakkan janji kepada Allah dan berjanji kepada rakyatnya .. agar selepas ini, wujud lagi ketumbukan kekuatan yang akan membela Islam keseluruhannya. 

Selagi rumit, selagi sengsara .. jalan dan lorong ke Al-Quds semakin terbuka, maka pada hari itu takkan sesiapa mampu menentang ketentuan Allah. Doa serta 'amal yang bersungguh-sungguh moga jalan ini dihuni oleh para pemuda dan pemudi hari ini.

الله اكبر ولله الحمد

Saturday, May 12, 2012

Mesej MAPIM peringati Nakbah Palestin


MESEJ MAPIM UNTUK PERINGATAN HARI NAKBAH PALESTIN 15 Mei 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengimbau sekali lagi peristiwa hari tragedi kemanusiaan yang luar biasa iaitu hari Nakbah Palestin 64 tahun yang lalu bertepatan dengan pengistiharan tertegaknya negara haram Israel.

Pada 15 Mei 1948, rakyat Palestin menerima musibah paling menyiksakan iaitu apabila 700,000 di usir dari bumi asal mereka iaitu Palestin.

Sehingga ke saat ini lebih 5 juta rakyat Palestin menjadi pelarian di luar bumi Palestin sementara puluhan ribu maseh berada di kawasan yang ditakluki Israel. Kem pelarian Palestin kini masih wujud di Lebanon, Syria, dan Jordan. 

Sejak 64 tahun dunia menyaksikan kesengsaraan rakyat Palestin yang bertubi-tubi menghadapi tekanan pelbagai bentuk : ditangkap, ditahan tanpa bicara, disiksa, dibunuh, diperkosa, diusir dari kampung halaman, dirampas kebun dan tanah, dimusnahkan rumah kediaman, dinafi hak mendapat bantuan makanan dan perubatan, disekat dari mendapat bekalan air dan minyak, dibina tembok pemisah untuk mendera keluarga rakyat Palestin, dikenakan sekatan darat, laut dan udara di Gaza, di serang melalui bedilan bom dan serangan udara, dibeku aset bantuan luar, dan disekat aliran wang bantuan dari dunia.

Di atas kesengsaraan semua di atas, rakyat Palestin dinafikan hak yang paling asasi yang menjadi isu utama dalam konflik Israel-Palestin iaitu hak untuk kembali ke tanah air sendiri (Palestine right of return).

Semua ini berjaya dilakukan oleh Israel hanya  kerana satu faktor sahaja iaitu sokongan kepada Israel oleh US(Amerika Syarikat) dan konco-konconya di Barat dan di kalangan beberapa negara Arab. 

Lebih malang lagi ujud negara- negara Islam yang bersekongkol mengadakan perdagangan dengan Israel termasuk mengguna syarikat Israel sebagai perunding untuk membina imej pemimpin.

Kami mengingati hari Nakbah ini bukan sekadar suatu ulangan sejarah melontarkan retorika kata-kata kesat dan kecaman, tetapi adalah kerana komuniti dunia semacam lumpuh untuk menyelesaikan isu Palestin secara tuntas, pada hal isunya sangat jelas.

MAPIM kesal pemimpin- pemimpin negara umat Islam dalam kelompok Pertubuhan Kerjasama Islam(OIC) termasuk dari kalangan pemimpin negara Liga Arab ternyata tidak bersungguh memperjuangkan hak rakyat Palaestin. 

Peristiwa nakbah pada 1948 yang menyebabkan jutaan rakyat Palestin masih menjadi pelarian sepatutnya boleh diselesaikan jika seluruh negara umat Islam bersatu dan menekan Israel untuk menyerah kembali tanah Palestin yang dirampas pada 1967.

Namun pengkhianatan pemimpin-pemimpin Islam itulah yang menyebabkan nasib buruk pelarian Palestin sehingga hari ini maseh berterusan.

Isu pencerobohan penduduk Yahudi yang mendidirikan rumah kediaman di atas tanah penduduk Palestin secara haram maseh terus berlaku dan tidak dapat dibendung walaupun ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan.

MAPIM berpendirian bahawa seluruh organisasi Ngo Islam dan Hak Asasi Manusia serta badan dunia menetapkan tahun 2012 ini sebagai tahun pengistiharan negara Palestin yang bebas dan merdeka.

Kami menuntut agar kerajaan Malaysia menjadikan hari peringatan Nakbah sebagai hari mengistiharkan tuntutan khusus mengembalikan hak rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah dan harta mereka seperti sebelum 1967.

Sempena Hari Peringatan Nakbah 2012, MAPIM juga mengumumkan pelancaran kempen BDS Ke Atas Israel (Boycott, Divestment, Sanctions) iaitu kempen Boikot, Alih Pelaburan dan Sanksi ke atas Israel.

MAPIM
MAPIM akan mewujudkan kumpulan kerja Malaysia untuk kempen BDS disetiap negeri untuk menerangkan betapa penting rakyat Malaysia turut serta dalam kempen ini dan kenapa rakyat perlu menyokong perjuangan Palestin untuk dibebaskan dan didaulatkan.

Kempen ini yang telah dimulakan pada 2005 di persidangan di Brazil telah mengariskan tujuannya untuk membebaskan tanah Palestin yang dirampas sejak 1948 dan mengembalikan hak rakyat Palestin keatas tanah air mereka.

Kami juga menuntut supaya kerajaan Malaysia menamatkan semua hubungan perdagangan yang diwujudkan antara syarikat Malaysia dan Israel. Kami mengecam dasar hipokrit yang menyatakan sokongan kepada Palestin tetapi dalam masa yang sama menjalin hubungan perdagangan dengan Israel.

MAPIM juga mendesak supaya diwujudkan sebuah Kaukus Palestin di Parlimen Malaysia agar ahli Parlimen Malaysia boleh mengusulkan sebarang sikap dan tindakan yang boleh dilaksanakan  oleh kerajaan Malaysia.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM 

Sunday, April 22, 2012

[Ringkasan] Pemerintahan Mesir yang baru tidak akan membiarkan Palestin begitu sahaja

Calon dari Ikhwan Muslimin dan Parti Hurriyah Wal-Adalah, Muhammad Morsey menyatakan bahawa pemerintahan Mesir yang baru tidak akan membiarkan begitu sahaja Palestin yang dirundung sekatan zionis dan penjajahannya. Sebagai seorang Presiden Mesir, tidak boleh tunduk kepada dasar yang telah ditentukan oleh pihak luar.


Pendirian terhadap Tantawi

Muhammad Morsey
Presiden Parti Hurriyah Wal-Adalah
Berhubung pendiriannya terhadap Panglima Marshal Tantawi sama ada di pilih menjadi Menteri Pertahanan dalam kerajaan akan datang, kata beliau, "Sebaik sahaja terlantik menjadi Presiden Republik Arab yang dipilih oleh rakyat Mesir untuk membentuk kerajaan, jalan perbincangan merupakan satu mekanisme yang menjadi penyelarasan dan kerjasama bagi memilih Menteri-menteri dalam portfolio yang sesuai, dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera merupakan pihak yang layak untuk berbincang memilih Menteri Pertahanan, namun bukannya dengan cara penentuan."

Antara petikan ucapan beliau

Petikan dari kata-kata beliau,"wujudnya pemerintah adalah dari pilihan masyarakat dalam pilihanraya parlimen, shura dan begitu juga pilihanraya Presiden, juga dalam rombakan perlembagaan, semua ini adalah kali pertama dalam sejarah Mesir tanpa ditentukan oleh satu-satu pihak, " nyata beliau lagi, "Mesir akan membangun dengan kebangkitan yang besar malah kebangkitan ini turut seiring dengan kebangkitan saudara-saudaranya dari Negara-negara Arab yang lain."

Sumber:
21/04/2012, web berita Safa.ps

Friday, October 12, 2007

Gerhana Mei di Palestin

From Palestine With Love
73% daripada penduduk Israel menuntut supaya Ehud meletakkan jawatan berikutan peperangan yang dilancarkan ke atas Lubnan yang lalu.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 3 Mei 2007


Ismail Haniah : Pasukan keamanan Palestin akan memberi tentangan sengit terhadap sebarang kemasukan atau pencerobohan Israel ke Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 4 Mei 2007


3 pejuang dari kumpulan JIHAD ISLAMI syahid di dalam pertempuran bersenjata memerangi penceroboh Israel di barat Jenin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 5 Mei 2007


Pertemuan di antara Mahmoud Abbas, Ismail Haniah dan beberapa kepimpinan bahagian keamanan Palestin hari ini di Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 5 Mei 2007


Menteri Luar Jerman melakukan lawatan rasmi ke Palestin, merupakan lawatan permulaannya.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 5 Mei 2007


Abu Radinah: Pertemuan antara Mahmoud Abbas dan Ismail Haniah membincangkan tentang kedudukan politik dan keamanan di Palestin.
Sumber :Berita Al-Jazeerah, 6 Mei 2007


Anggota Parlimen Eropah menuntut supaya Kesatuan Eropah memberi semula bantuan ke atas Palestin seperti sebelum ini ketika Palestin dipimpin FATAH
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 9 Mei 2007


Bank Dunia : Penduduk Palestin diharamkan hak setengah daripada tanah di wilayah Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 9 Mei 2007


Bank Dunia: Tembok yang dibina Israel telah membahagikan wilayah Tebing Barat menjadi penempatan yang terasing.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 9 Mei 2007


Pertemuan rasmi antara HAMAS dan FATAH malam ini membincangkan keamanan di Ghaza sambil diperhatikan wakil dari Kerajaan Mesir yang juga sebagai perantaraan antara kedua belah pihak.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 13 Mei 2007


4 terbunuh, 12 cedera dalam pertempuran bersenjata yang dipercayai antara FATAH dan HAMAS.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 13 Mei 2007


HARAKAH JIHAD ISLAMI menyeru supaya HAMAS dan FATAH mengawal keadaan agar tidak saling berbunuhan kerana 'peluang sebegini sentiasa dinantikan oleh pihak musuh'.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 13 Mei 2007


Beberapa anggota pasukan khas di bawah kawalan FATAH terbunuh dalam pertempuran bersenjata yang tercetus di barat Gaza dengan pasukan bersenjata dari HAMAS. Turut tercedera 15 orang, pertempuran ini adalah kali pertama tercetus setelah gencatan senjata antara kedua belah pihak bulan lalu.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 14 Mei 2007


Berikutan pengeboman Israel ke atas Gaza, HAMAS turut mengancam akan melancarkan serangan balas terhadap Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Mahmoud Abbas membatalkan lawatannya ke Gaza disebabkan keadaan yang tidak menjamin keselamatan beliau. Menurut AFP, antara sebab lain di dapati ada cubaan untuk membunuhnya.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Beberapa peluru Palestin yang dilancarkan telah mengenai Israel, tetapi tiada kecederaan berlaku.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


32 penduduk mengalami kecederaan setelah Israel menyerang pos kawalan pasukan keamanan Palestin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Sebilangan besar tentera Israel berhimpun di sempadan timur Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Israel menyerang sekumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS di timur Jabaliya.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Beberapa buah Kereta kebal Israel menyerang timur Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Bush dan Blair bimbang dengan keadaan (kekacauan) yang berlaku di Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 17 Mei 2007


Serangan tentera Israel ke Gaza hari ini turut menggunakan senjata berat dan alat pertahanan yang terkini.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Washington : Pengeboman dan serangan Israel ke atas Gaza adalah sebagai langkah "mempertahankan diri".
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Washington menyalahkan HAMAS dan pergerakan bersenjata yang lain sebagai punca meletusnya serangan di Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Washington bersetuju menyalurkan bantuan kewangan dalam pentadbiran Kementerian Kewangan Palestin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


7 pejuang 'Kataib Al-Qassam' syahid dalam serangan Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Universiti Islamiah, Gaza turut dibom menyebabkan sebuah dari bangunannya terbakar.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


20 jentera perang Israel merempuh masuk penempatan 'Qaryah Kafr Dan' di barat Jenin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Lefni (Menteri Luar Israel) : Kerajaan Israel akan membincangkan dalam terdekat ini berkenaan serangan peluru di Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Tentera Israel : Sejumlah 5 peluru dari pelancar roket Palestin yang dilancarkan mengenai utara Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Tentera penceroboh melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan penunjuk perasaan yang membantah pembinaan tembok pemisah di Bal'ein.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 18 Mei 2007


Ketetapan Israel menumpukan 'operasi buru sasaran' sebagai usaha menentang HAMAS dan JIHAD ISLAMI.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 20 Mei 2007


Amir Peretz(Menteri Pertahanan Israel) mengumumkan persediaan yang rapi dari pihak ketenteraan Israel untuk menjalankan sebarang operasi.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 20 Mei 2007


HAMAS Iraq menyeru HAMAS dan FATAH menghentikan pertelingkahan dan tidak lagi saling berbunuhan antara satu sama lain.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 20 Mei 2007


8 nyawa terkorban, 14 cedera dalam serangan Israel ke atas kediaman Khalil Al-Haya salah seorang pimpinan HAMAS di Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 20 Mei 2007


Jam 1.00 pagi, serangan terbaru Israel di timur Gaza menyebabkan 5 cedera.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 21 Mei 2007


Jam 1.10 pagi, Ismail Haniah (Perdana Menteri Palestin) berucap melalui Al-Jazeerah khusus untuk rakyatnya dan umum untuk masyarakat dunia. Beliau menyeru kepada penduduk Palestin supaya bergabung kekuatan menghadapi pencerobohan Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 21 Mei 2007


Haniah mendesak Liga Arab dan US supaya memainkan peranan dan tanggungjawab berikutan pencerobohan Israel ke atas Palestin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah,21 Mei 2007


Haniah: "Tekanan yang dihadapi rakyat Palestin sekali-kali tidak akan membuatkan kami tunduk kepada kemahuan mereka"
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 21 Mei 2007


'Kataib Abou Reish' mengebom bandar Sderot, Israel mengakui yang menyebabkan sebuah kilang di bandar tersebut terbakar.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 21 Mei 2007


Cabinet decides to continue strikes against Hamas.
Source: Ha'aretz (Israel), 21 Mei 2007


Presiden Mahmoud Abbas melawat Gaza hari ini untuk menghentikan sebarang ancaman yang menggugat keamanan di sana.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


4 anggota SARAYAL-QUDS syahid dalam serangan Israel yang tersasar mengenai sebuah kereta di timur Jabaliyah.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Berikutan ancaman Israel terhadap HAMAS, KATAIB AL-AQSA turut mengancam pemimpin Israel juga akan dijadikan sasaran.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Liga Arab hari ini mengadakan perjumpaan tergempar membincangkan keadaan yang berlaku di Palestin dan Lubnan. Antara kenyataan rasmi yang dikeluarkan Liga Arab menjelaskan kumpulan FATH AL-ISLAM tiada kaitan dengan Palestin.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Penduduk Israel di Sderot menggesa supaya 'kerajaan Israel menguatkan kawalan di kawasan penempatan tersebut' berikutan serangan peluru dari Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Menteri Keamanan Dalam Negeri, Israel mengumumkan bahawa Khalid Mash'al adalah sasaran utama.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Haniah : Antara sebab masyarakat awam Palestin menjadi sasaran Israel kerana tindakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI yang menggugat Israel.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


2 serangan Israel mensasarkan 2 buah bangunan memproses besi di Gaza, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


HAMAS : Alternatif kita sekarang adalah bersifat terbuka, dan perang juga diistiharkan terbuka terhadap Israel di mana saja kita menjumpai mereka.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


REUTERS melaporkan : Timbalan Menteri Pertahanan Israel memberi ancaman untuk membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


HA'ARETZ melaporkan : Kerajaan Israel menghadapi tekanan apabila masyarakatnya di Sderot bertindak untuk berpindah ke tempat lain berikutan serangan peluru dari pejuang Palestin. Maklumat lanjut, sila lawati Ha'aretz.com (web berita Israel)
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Serangan terbaru Israel ke atas penempatan 'Haiyyu Nasr barat' di timur Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Abu Marzouq : Ancaman Israel terhadap pimpinan Kerajaan Palestin semenjak tahun 1948 berterusan hingga kini.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Israel kerap kali melancarkan operasi bunuh terhadap pimpinan kerajaan Palestin dari berbagai-bagai sudut.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 22 Mei 2007


Abbas mengadakan perjumpaan bersama Haniah di Gaza hari ini tanpa mendapat liputan dari pihak media.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 23 Mei 2007


Pasukan penceroboh Israel hari ini melakukan serangan secara mendadak ke atas beberapa yayasan dan penempatan yang ada hubungkait dengan HAMAS di Jenin dan Ariha.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 23 Mei 2007


Israel terus melancarkan serangan dengan mensasarkan beberapa buah rumah di timur Jabaliyah, Gaza.
Sumber : Berita Al-Jazeerah, 23 Mei 2007


Tentera Israel menawan 33 pemimpin HAMAS, salah seorang darinya adalah Menteri Pendidikan, Nasiruddin Sha'ir di Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Seorang terkorban apabila penceroboh Israel melepaskan tembakan di Bait Lahiyah, Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Perjumpaan Mahmoud Abbas bersama pejuang pembebasan Palestin untuk menghentikan pertempuran senjata di Wilayah Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Pejuang pembebasan Palestin bertegas tidak akan menghentikan serangan ke atas Israel meskipun diminta oleh Mahmoud Abbas, dalam masa yang sama mereka turut mendesak supaya Israel hentikan operasi dari menceroboh Gaza dan Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


2 serangan Israel mensasarkan pos kawalan 'Kataib Al-Qassam' di timur Rafah.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


13 pejuang 'Kataib Al-Aqsa' ditawan tentera Israel di Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Ahmadi Najad memberi ancaman ke atas Israel, jika menceroboh Lubnan dalam musim panas ini, masyarakat sekitar Timur Tengah akan menghancurkan Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 24 Mei 2007


Dalam usaha mengadakan gencatan senjata , tentera Israel terus memperhebatkan serangan ke atas Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 26 Mei 2007


5 orang penduduk Palestin terkorban dan 11 lagi cedera dalam sepuluh serangan yang dilancarkan tentera Israel yang mensasarkan pos kawalan pasukan keamanan.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 26 Mei 2007


Kataib Syuhada Al-Aqsa di Tebing Barat menolak sebarang 'gencatan senjata' dengan tentera Israel. Zakaria Al-Zabidi yang merupakan ketua Kataib tersebut menjelaskan gencatan dengan Israel hanyalah sebahagian sahaja bukan bersifat keseluruhan.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 26 Mei 2007


Seorang penduduk Israel terbunuh dan yang lainnya cedera parah disebabkan peluru dari pelancar roket dari Gaza mengenai bandar Sderot.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 27 Mei 2007


Olmert mengancam akan menyerang balas terhadap sesiapa yang ada kaitan melancarkan peluru ke penempatan Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 27 Mei 2007


Olmert : Operasi tentera Israel akan berterusan, sesekali tidak akan terkesan dengan ancaman pihak luar.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 27 Mei 2007


Delegasi parti FATAH tiba di Kaherah semalam. Sumber mengatakan lawatan delegasi tersebut dalam rangka pertemuan dengan bahagian perisikan Mesir.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 27 Mei 2007


KATAIB AL-QASSAM yang merupakan sayap tentera HAMAS mengakui mengebom beberapa penempatan di Sderot, Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah 27 Mei 2007


Sumber Kerajaan Palestin menafikan propaganda dari siaran televisyen Israel berikutan desas-desus yang mengatakan Ismail Haniah akan meletakkan jawatan dalam masa 72 jam akibat serangan yang berterusan Israel di Gaza.
Sumber: Al-Masry Al-youm, 27 Mei 2007


Ismail Haniah: Pencerobohan Israel di Gaza disebabkan kebuntuan arah politik Israel, juga keruntuhan akhlak sebagai lambang peribadi Israel
Sumber: Al-Masry Al-youm, 27 Mei 2007


Tentera Israel menawan beberapa anggota pejuang KATAIB SYUHADA AL-AQSA setelah berjaya mengepung pejuang tersebut di hospital Ariha.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 28 Mei 2007


Azam Ahmad: Delegasi HAMAS sampai ke Kaherah esok dalam rangka pertemuan serta dialog bersama delegasi FATAH.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 28 Mei 2007


JIHAD ISLAMI mengumumkan menolak sebarang gencatan senjata terhadap Israel berikutan serangan yang berterusan dari Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 28 Mei 2007


Jet pejuang Israel mengebom beberapa penempatan di Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 29 Mei 2007


2 pejuang dari KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM syahid setelah bertempur dengan tentera Israel di Rafah, Gaza.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 29 Mei 2007


Israel menawan Jamal Thairawi yang merupakan timbalan pengerusi parti FATAH di Mukhayyam Belata.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 29 Mei 2007


Delegasi HAMAS yang berada di Kaherah hari ini dijadualkan menyertai perbincangan berkenaan keamanan Palestin dan serangan Israel.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 30 Mei 2007


Israel menahan 12 penduduk di kawasan yang berasingan di Tebing Barat.
Sumber: Berita Al-Jazeerah, 30 Mei 2007


Mahmoud Abbas akan mengadakan pertemuan dengan Ehud Olmert 7 Julai akan datang, beliau menjelaskan pertemuan sebegini mesti diteruskan.
Sumber: Akhbar Al-Masry Al-Youm, 30 Mei 2007


Jet pejuang Israel F-16 membedil beberapa pos kawalan dan bangunan yang ada hubung kait dengan HAMAS, turut musnah bangunan kelab sukan Bait Hanoun. Dalam masa yang sama 4 orang awam cedera parah di Bait Lahiyah akibat serangan Israel.
Sumber: Akhbar Al-Masry Al-Youm, 30 Mei 2007
"Gerhana bulan Mei di Palestin". Ringkasan berita di atas adalah pengumpulan berita dari semasa ke semasa. Ringkasan tersebut pada asalnya berbahasa arab, penulis menterjemahkannya di dalam bahasa melayu untuk memudahkan membuat rujukan berkaitan isu di Palestin. Sumber utama adalah melalui Berita Semasa, Al-Jazeerah. Semoga Allah Ta'ala membantu mereka-mereka yang ikhlas mempertahankan kesucian Islam dan kedaulatan tanahair.

Monday, September 10, 2007

Pemansuhan Khilafah 'Uthmaniah, perginya Palestin

Khilafah 'Uthmaniah 1683m
(empayar kekuatan umat Islam)
Sekarang, di mana tempat mengadu umat Islam?

Tulisan ini sengaja mengimbau catatan sejarah sebelum pemansuhan Khilafah Islamiah yang berpusat di Turki. Walaupun di akhir tampuk pemerintahan tersebut di katakan sultan-sultan terakhir Khilafah 'Uthmaniah mula 'lemah', namun perlu juga diperhatikan sudut lain yang menyebabkan pemansuhan Khilafah, sekaligus memberi kesan negatif terhadap umat Islam hingga ke saat ini.
Dalam hal ini, penulis hanya meng'high-light'kan kesan ke atas Palestin yang berpanjangan sehingga ke hari ini yang masih dalam jajahan rejim pengganas Yahudi-Israel. Sebelum akta pemansuhan diwar-warkan, Khilafah Islamiah berhadapan dengan fitnah yang cukup dahsyat. Kemunculan 'Young Turks'(di bawah Freemason) mengikut telunjuk Yahudi-Dunnama yang merupakan penyebab keruntuhan Khilafah, lebih menghibakan segala taburan fitnah juga dari mereka yang bertujuan untuk memburukkan sistem Khilafah. Namun secara umumnya, propaganda-propaganda yang dilakukan bagi memburukkan Islam.

Hakikat di sebalik kelemahan Sultan 'Uthmaniah secara dasarnya masih mampu menjaga tanah Palestin dari dibaham Yahudi-Israel kerana berpendirian teguh. Jika hendak dibandingkan pada hari ini ternyata cukup jauh, rata-rata Negara umat Islam kurang sedar dengan tanggungjawab yang ada di bahu mereka.

Ketika Sultan Abdul Hamid didatangi Theodor Hetzl, baginda ditawarkan seluruh kekuasaan Rothschlid asalkan sultan membenarkan Yahudi tinggal di Palestin yang ketika itu masih lagi berada di bawah naungan Empayar 'Uthmaniah. Namun, Sultan tidak tunduk kepada pujukan Yahudi tersebut. Sebaliknya, baginda berani berkata:
"Walaupun kamu membayar emas sepenuh dunia ini, jangan 150 juta pound sterling emas, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu minta. Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun.

Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, bapa-bapaku, nenek moyangku, sultan-sultan dan khalifah-khalifah 'Uthmaniah..kerana dengan itu saya tidak pasti akan mengkabulkan permintaan kamu."

Akibatnya Sultan Abdul Hamid telah dijatuhkan pada 1909, baginda turut dipenjarakan di Salonika hingga akhir hayatnya. Peristiwa-peristiwa ini telah disaksikan oleh watikah bersejarah berbentuk surat-menyurat yang diutuskan oleh Sultan Abdul Hamid dari penjara kepada Salah seorang dari syeikhnya, iaitu Syeikh Mahmud Afendi Abu Al-Syamat. Di bawah ini dinyatakan kandungan surat baginda.
Surat yang terkandung kekecewaan baginda:

"Beta bentangkan kepada tuan yang mulia dan mereka yang sependirian dengan tuan, orang-orang yang sentiasa mengamalkan sikap toleransi serta juga mempunyai pemikiran-pemikiran yang mantap, masalah yang penting ini sebagai satu amanah di sepanjang perjalanan sejarah.

Sebenarnya beta tidak mengundurkan diri dari memegang Khilafah Islamiah oleh sesuatu sebab tertentu sebaliknya beta menghadapi tekanan hebat dari para pimpinan pertubuhan yang dikenali dengan nama "Young Turk" itu. Dengan ancaman mereka ini beta telah dipaksa meninggalkan tampuk Khilafah. Pihak pertubuhan tersebut telah memaksa beta menyetujui pembentukan sebuah Negara perkauman Yahudi di bumi suci Palestin. Walaupun berulang menolaknya dan beta telah mengemukakan jawapan yang jelas ini untuk mereka:
"Sekiranya kamu membayar dengan wang emas sepenuh dunia ini sekalipun-apalagi wang yang ditawarkan oleh pertubuhan yahudi tersebut kepada Sultan Abdul Hamid hanya berjumlah 150 juta sterling Inggeris-beta sekali-kali tidak akan tunduk kepada tekanan kamu. Beta telah berkhidmat untuk agama Islam dan umat Muhammad selama lebih dari 30 tahun, tidak pernah ada dari kalangan nenek moyang beta yang terdiri dari sultan-sultan dan khalifah-khalifah 'Uthmaniah yang pernah menghitamkan lembaran sejarah kaum muslimin. Beta tidak sekali-kali tunduk kepada kemahuan kamu."
Selepas mengemukan jawapan ini, mereka telah sebulat suara memecat beta dan mereka telah menyampaikan kepada beta yang mereka akan kembalikan kepada beta kawasan Salonik. Beta menerima tawaran mengembalikan Salonik ini. Beta bersyukur kepada Allah kerana beta tidak sampai ke tahap mencontengkan arang terhada Daulah 'Uthmaniah dan dunia Islam dengan semata-mata tekanan yang memalukan ini yang wujud bagi tujuan membentuk sebuah Negara Yahudi di bumi suci itu (Palestin). Apa yang berlaku selepas itu berlaku di luar pengetahuan beta. Beta sekali lagi mengulangi kesyukuran beta kepada Allah dan juga puji-pujian kepadaNya. Beta yakin apa yang beta bentangkan ini sudah cukup untuk menjelaskan persoalan yang penting ini. Cukuplah di sini risalah beta ini."(halaman 2, Abu Barkat 1-dirdiri)

Detik 3 Mac 1924, menyaksikan bergelimpangan titisan airmata ummah apabila sistem Khalifah Islamiah telah dimansuhkan dengan rasminya. Sebelum itu, gagasan Republik Turki telah dilaksanakan secara rasmi pada Ogos. 1923.

Betapa licik strategi mereka menghancurkan kekuasaan umat Islam!!

Sunday, September 2, 2007

From Palestine With Love di A MIND

Getus hati memecah kepanasan musim ini melihat tindakan ganas Israel yang mendapat sokongan penuh Amerika Syarikat. Saban tahun, berlalunya saat dan masa terus menghimpit Palestin.

Palestin yang di tekan dari sudut ekonomi, politik, sosio masyarakat, kependudukan, geografi dan lain-lain lagi sedikitpun tidak menimbulkan rasa 'bimbang' di hati pemimpin umat Islam. Malah, tindak-tanduk mereka mencerminkan tidak merasai tanggungjawab terhadap tanah umat Islam yang dijajah puluhan tahun lamanya.

Sempena A MIND '07 yang berlangsung di Kaherah, komiti Mini-Pavilion turut digerakkan hati dan kaki tangan mereka untuk mengenengahkan Palestin di khalayak siswa-siswi. Biarpun, A MIND '07 untuk meraikan kemerdekaan Malaysia..tetapi bumi Palestin juga ada haknya di pameran yang di anjurkan oleh PMRAM.







Mini-Pavilion 'From Palestin With Love' seliaan Badan Penerangan dan Penerbitan (BPP PMRAM) turut bergandingan dengan Badan Kebajikan Anak-anak Negeri (BKAN)&Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) yang berlangsung selama 2 hari (28&29 Ogos) di Dewan Haflah Kubra, Kuliah Perubatan, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis.