Friday, November 20, 2009

Slide berceramah di Jubli Emas

GUAR CHEMPEDAK, 19 Nov - Satu perayaan Jubli Emas telah dilangsungkan hari ini di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak sehingga 22 November. Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan PAS kawasan Jerai mendapat respon dan sambutan yang baik daripada seluruh penduduk di Guar Chempedak.


Menurut seorang aktivis, Imran Abdullah 27 tahun bahawa pihaknya telah menyediakan 42 gerai jualan dan pameran sekaligus, menarik minat usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga bumiputera untuk turut serta dalam Jubli Emas tersebut.


Selain itu, pada sebelah malamnya pula, diadakan konsert kesenian Islam. Artis-artis yang diundang telah menghiburkan hadirin dengan seni lagu, lirik dan gaya yang tersendiri. Pak Long dengan lagu hitnya yang berjudul Asmaul-Husna, Demi Masa, Al-Jannah, Selagi Ada Rindu, Cinta Pantai Merdeka dan beberapa buah lagu telah menarik minat golongan muda. Selain itu, Seorang artis terkenal yang popular dengan lagunya Cinta Untuk Nabila, bagaimanapun telah digubah kepada Cinta Untuk Nabiku menunjukkan betapa kesedaran ke arah penghayatan Islam menjadi pemangkin kepada golongan artisan. Termasuk juga, pendeklamasian sajak oleh Amni Jagat memaparkan mutu sajak yang puitis dan kritis berkisarkan politikus yang menzalimi mereka. Pun begitu, tiada sorakan yang menggila seolah-olah pemuda dan pemudi tiada akhlak dan moral agama. Kesemuanya disambut dengan penghayatan yang mahukan keredhaan Allah.


Hiburan tanpa mengingati Allah adalah sia-sia dan membawa kecelakaan. Ternyata, pada malam tersebut turut adanya slot dari Ustaz Abdullah Khairi yang menyentuh sanubari hadirin dengan tayangan slide.


Slide yang berceramah (kiasan) yang diharapkan untuk membangkitkan kesedaran selepas mati telah menyentuh tubuh-tubuh yang hadir kerana tayangan tersebut memaparkan seorang pemuda yang lalai dengan kehidupan duniawi.


Saat itu, didatangi malaikat Izrail mencabut nyawanya dalam keadaan kefasikan kerana bertuhankan maksiat. Lebih menyedihkan lagi, rohnya terkapai-kapai dek amalan buruknya yang lebih berat berbanding amalan baik pemuda itu.


Menurut Ustaz Abdullah yang juga seorang penceramah menyatakan, tayangan itu berunsur motivasi untuk menyedarkan jiwa yang lalai.


Jelas beliau, ketika berceramah mungkin mereka yang mendengar ambil sikap acuh tak acuh, tetapi kali ini dengan tayangan slide yang pasti menggegarkan jiwa yang lalai agar kembali kepada Allah Ta'ala. Namun, slide itu dikatakan telah menimbulkan kontroversi.


Diakhir tayangan slide, Ustaz Abdullah Khairi mengejutkan penonton yang memenuhi ruang padang bersebelahan Dewan Serbaguna itu dengan kisah seorang juruterbang berbangsa India memeluk Islam kerana jenazah seorang ulamak haraki dalam kapal terbangnya dinaungi awan dan pernah tersiar di dalam majalah mastika.


Kisah ini boleh dirujuk dalam blog berikut :