
Palestin yang di tekan dari sudut ekonomi, politik, sosio masyarakat, kependudukan, geografi dan lain-lain lagi sedikitpun tidak menimbulkan rasa 'bimbang' di hati pemimpin umat Islam. Malah, tindak-tanduk mereka mencerminkan tidak merasai tanggungjawab terhadap tanah umat Islam yang dijajah puluhan tahun lamanya.
Sempena A MIND '07 yang berlangsung di Kaherah, komiti Mini-Pavilion turut digerakkan hati dan kaki tangan mereka untuk mengenengahkan Palestin di khalayak siswa-siswi. Biarpun, A MIND '07 untuk meraikan kemerdekaan Malaysia..tetapi bumi Palestin juga ada haknya di pameran yang di anjurkan oleh PMRAM. 


Mini-Pavilion 'From Palestin With Love' seliaan Badan Penerangan dan Penerbitan (BPP PMRAM) turut bergandingan dengan Badan Kebajikan Anak-anak Negeri (BKAN)&Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) yang berlangsung selama 2 hari (28&29 Ogos) di Dewan Haflah Kubra, Kuliah Perubatan, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis.