RFC
:: giatkan penggunaan produk muslim ::

Thursday, September 29, 2011

Makluman: Pertandingan Penulisan Ilmiah

Penulis dengan sukacitanya memetik satu makluman dari sebuah blog yang membuka peluang kepada semua mahasiswa-mahasiswi menyertai pertandingan penulisan ilmiah. Sedemikian itu, pada hemat penulis, pertandingan seumpama ini mempunyai potensi besar melahirkan jiwa-jiwa yang mengambil berat akan permasalahan dan tujahan isu ke atas umat Islam. Paling tidakpun, sekurang-kurangnya ia memberi galakan kepada mahasiswa-mahasiswi untuk cuba menceburkan diri dalam penulisan.

Tuntasnya, persoalan ini sedang terpundak ke atas diri kita. Semoga pada mahasiswa dan mahasiswi yang berminat, mudahan dapat lahirkan kajian yang memberi manfaat kepada kita semua. Syarat-syarat dan tajuk berkenaan sila lihat dalam paparan iklan di bawah.

Tajuk-tajuk pertandingan yang amat menarik
Syarat-syarat pertandingan
Sumber: 25/09/2011, Blog Rasmi Manhal-PMRAM

Wednesday, September 28, 2011

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI-NEGERI HARUS BERFUNGSI DENGAN LEBIH DINAMIK

Kenyataan MAPIM

Ruangan ini menampilkan kenyataan sebuah badan bukan kerajaan(NGO) yang sebelum ini kerap membantu Palestin khususnya berkaitan polemik sekatan rejim zionis di Semenanjung Gaza. Kenyataan ini diterima semalam, 27/09/2011 melalui emel bertujuan meluahkan momentum penting kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri dengan harapan lebih terkehadapan menangani permasalahan umat Islam di Malaysia tanpa wujud sebarang jurang dengan NGO.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) mengesa agar Majlis Agama Islam negeri-negeri (MAIN) segera mengadakan kerjasama yang lebih akrab dengan pelbagai badan kemasyarakatan(NGO) setempat untuk meningkatkan kedinamikan institusi itu sebagai majlis penghubung antara umat Islam .

MAIN tidak harus hanya berimej terlalu birokratik dan berfungsi hanya sebagai cabang institusi pemerintah semata.

Fungsi MAIN yang dinamik hendaklah berasaskan sikap lebih terbuka terhadap penglibatan badan-badan masyarakat yang sudah sedia bergerak secara sukarela kerana ini akan membantu untuk menyemarakkan rasa dekat dan mesra antara umat Islam dengan pihak MAIN.

Manfaat yang lebih positif akan diperolehi jika MAIN bukan hanya dilihat sebagai badan pengawas dan pelindung agama Islam akan tetapi sebagai sebuah Majlis yang dimiliki bersama oleh umat dan juga bertanggungjawab kepada umat Islam.

Transformasi yang lebih bermakna hendaklah menjurus kepada soal pendekatan MAIN sebagai institusi yang lebih akrab dengan masyarakat dan lebih dinamik dalam urusannya untuk menangani pelbagai persoalan masyarakat Islam.

Persepsi masyarakat kini ialah Majlis Agama Islam hanya dilihat sebagai institusi yang terlalu struktural dan pejal serta kurang peka serta tidak responsif kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam yang menyentuh persoalan kehidupan seharian.

Dalam hal yang secara khusus memang dalam bidangkuasa Majlis Agama Islam itu sendiri, ia maseh belum dilihat oleh masyarakat sebagai institusi berkesan seperti masalah kebajikan, urusan mualaf dan gerakerja da’wah, pengurusan wakaf, tatacara dan perundangan urusan keluarga Islam, pengurusan institusi pendidikan Islam,
pengurusan masjid dan surau dan pengurusan asset Majlis Agama Islam.

Walaupun secara fungsionalnya MAIN lebih dilihat berurusan hanya soal agama secara khususnya, namun ia sepatutnya juga melambangkan sebuah institsui yang menterjemahkan pembinaan masyarakat umat Islam yang berciri khairo ummah secara menyeluruh sebagaimana yang dituntut oleh Al Quran.

MAPIM mencadangkan Majlis Agama Islam memberi tumpuan kepada persoalan menjadikan setiap Masjid dan Surau di negara ini sebagai tapak dan paksi membina komuniti qaryah yang mithali dalam semua aspek kehidupan; sosio-budaya, ekonomi, pembangunun sumbert insan, kebajikan, pembinaan keluarga dan generasi muda, pengurusan alam sekitar yang mapan, kepimpinan institusi setempat yang dinamik, kesatuan ummah, pembentukan budaya dan gaya hidup yang Islamiyyah serta penerapan dan pendidikan kesedaran kehidupan berakhlak yang tinggi berbekalkan keutuhan kerohanian yang kukuh dan mantap.

Sebagai sebuah institusi yang berwibawa, masyarakat menaruh harapan yang tinggi agar Majlis Agama Islam menjadi paksi kepada pembinaan masyarakat Islam. Adalah menjadi suatu yang malang jika Majlis Agama Islam dilihat dari kacamata yang penuh prasangka dan berkecenderungan politik akibat campurtangan pihak yang mempunyai agenda yang tidak baik terhadap Islam dan umat Islam di negara ini.

Seharusnya semua Majlis Agama Islam adalah institusi yang amat dihormati malah boleh menjadi sandaran masyarakat Islam seluruh negara.

Untuk itu, secara asasnya yang sangat penting dan genting ialah semua Majlis Agama Islam negeri-negeri perlu melakukan transformasi yang berani untuk melaksankan misi mengarusperdanakan undang-undang syariah.

Dolak-dalik untuk beralasan tidak mahu mengusahakan agar undang-undang syariah Islam secara menyeluruh menjadi tatacara dan peraturan hidup kaum Muslimin di negara ini akibat campurtangan politik tidak harus berlaku dan wajar ditolak.

MAPIM menyarankan agar Majlis Agama Islam negeri-negeri benar-benar menjadi sumber pengembleng masyarakat umat Islam dalam hal usaha pengukuhan dan peningkatan kualiti serta status kehidupan umat Islam.

Majlis Agama Islam tidak seharusnya berbelanja besar hanya dari segi fizikal dan infrastruktur yang membazir. Perhatian lebih mesti diberi kepada fungsi membangunkan status dan kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini.

Disamping memastikan kesucian Islam tidak dicerobohi, Majlis Agama Islam juga sewajarnya memberi fokus kepada persoalan majoriti umat Islam yang maseh banyak berhadapan dengan isu-isu asas seperti kemiskinan, kemunduran dalam pendidikan, kepincangan akhlaq, krisis institusi keluarga, keperluan asasi, pengurusan kebajikan golongan dhu’afa, kualiti perumahan dan khidmat kesihatan .

Adalah menjadi sangat janggal ketika mana menjaga persoalan aqidah tidak turut seiring dengan menjaga maruah ummah dari sudut sosio-budaya dan ekonomi ummah.

MAPIM juga sangat memberi perhatian kepada persoalan kedudukan Islam dan Melayu yang sudah sekian lama tidak diposisikan dengan lebih mantap lantaran Majlis Agama Islam negeri-negeri selama ini tidak cukup memberi respon yang jelas apabila timbul isu-isu yang berkait dengan kepentingan umat Islam.

Sedemikian banyak isu yang berbangkit tidak mendapat reaksi balas dari Majlis Agama Islam dengan tuntas, yang mengakibatkan masyarakat awam berada dalam keadaan keliru dan kehilangan punca untuk mendapat penjelasan. Isu seperti rencana yang menghina Islam dalam media, kedudukan penggunaan kalimah Allah, terjemahan bible dalam bahasa Melayu, tindakan mengheret kes penjagaan anak-anak mualaf ke mahkamah sivil, isu memurtadkan orang Islam dan penyebaran agama lain kepada umat Islam adalah antara isu yang tidak ditangani oleh MAIN dengan berkesan.

MAPIM bertambah kesal bila pihak media secara tidak bertanggungjawab pula mengangkat isu tertentu sehingga menambahkan lagi polemik dan simpang siur perdebatan yang akhirnya memburuk dan menjejaskan imej Islam di kacamata masyarakat.

Ketegasan Majlis Agama Islam Malaysia(MAPIM) untuk memastikan kedudukan dan penguatkuasaan enakmen Islam yang diwujudkan, hendaklah juga diikuti dengan tindakan yang konkrit dan berkesan. Hanya dengan sikap membisu dan tidak mengenengahkan pendirian dengan jelas akan menambahkan lagi kekeruhan dalam masyarakat.

MAPIM mengalu-alukan cadangan agar ahli Majlis Agama Islam diwakili oleh pelabagai kepakaran yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan pengukuhan kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini.

Malah mereka yang dilantik seharusnya mempunyai contoh teladan yang dituntut oleh Islam bukan sahaja dari sudut keilmuan tetapi juga dari segi gaya dan budaya hidup Islam yang dapat dicontohi oleh masyarakat. Perilaku hidup bermewah-mewahan, budaya elit serta tidak menunjukkan gaya hidup sederhana seperti yang diteladani  oleh Rasulullah s.a.w hendakalh ditolak.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

SOMALIA DI BASAHI HUJAN

Mogadishou, Somalia: Ibu negara Somalia serta beberapa buah bandar di Somalia pada hari jumaat yang lalu dibasahi hujan selepas solat khusus yang telah dianjurkan oleh Amal Qatar.

Hujan yang turun itu memberi nafas lega kepada penduduk Somalia yang telah menghadapi kemarau yang teruk akibat ketiadaan hujan selama empat musim berturut-turut.

Solat yang telah didirikan di dataran Trabenca, Mogadishou telah diimamkan oleh Sheikh Mohammad Hasan Al-Merreikhi, Imam Masjid Omar Bin Khattab di Doha, Qatar. Turut bersama penduduk tempatan mendirikan solat jemaah tersebut ialah CEO Amal Qatar, Yusuf bin Ahmed Al-Kuwari.

Hujan yang turun ketika solat sedang didirikan itu merupakan suatu peristiwa yang amat menggembirakan. "Berkat dan rahmat Ilahi bersama keimanan,kepercayaan dan kepatuhan kepada agama Islam:" kata Sheikh al-Merreikhi dalam khutbah yang singkat yang disampaikan selepas solat tersebut.

Amal Qatar turut menyeru umat Islam di seluruh dunia agar mendoakan kesejahteraan saudara se-Islam mereka di Somalia`. Antara umat Islam yang menyahut seruan tersebut ialah umat Islam di negara Indonesia, Mauritania, Qatar, Kuwait, Somalia, Malaysia, Bosnia, Kosovo, Mali, Australia Comoros, Sudan, Eropah, Albania, Burkina Faso, Niger, Pakistan, Bangladesh, Mauritania, Argentina, Brazil, Mexico, India, Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Kanada, China, Mesir dan Palestin.

Sumber: 26/09/2011, Blog Rasmi map2care

Tuesday, September 27, 2011

PMRAM, MPPMJ & PPMS Selar Tindakan Karikatur Utusan Yang Mempersendakan Hudud

Karikatur Utusan

KAHERAH, 27 Sept - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) dan Persatuan Pelajar Malaysia Syria(PPMS) menyelar tindakan karikatur Utusan Malaysia yang diterbitkan pada hari ini membawa unsur mempersendakan hudud.

Karikatur Utusan tersebut jelas mempersendakan hudud apabila menggambarkan seorang ustaz yang memakai serban sedan berbaring mendengar muzik yang mengeluarkan bunyi hudud dan terdapat di sisi ustaz yang digambarkan tersebut album lagu yang tertulis hudud.

PMRAM, MPPMJ dan PPMS menyatakan pendirian secara tegas bahawa karikatur tersebut merupakan satu unsur yang membawa kepada fitnah serta persendaan kepada hudud yang merupakan hukum daripada Allah.

Sepatutnya tidak timbul karikatur seperti berikut walaupun isu hudud di Malaysia sedang hangat di perkatakan.

Ia seolah-olah menggambarkan rosaknya etika bagi media di Malaysia apabila secara langsung menyentuh sensitivitiyang berkaitan dengan agama Islam bahkan memperlihatkan begitu mudah agama Islam diperlekehkan melalui media.

"PMRAM bersama-sama dengan mahasiswa di Jordan melalui MPPMJ dan Syria melalui PPMS menyelar tindakan karikatur Utusan yang tidak bermoral apabila mempersendakan hudud secara umum. PMRAM dan PPMS mengharapkan isu hangat mengenai hudud di kalangan masyarakat umat Islam Malaysia tidak dijadikan sebagai bahan lawak atau persendaan bagi mana-mana pihak kerana ia menyentuh sensitiviti agama Islam," ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman berhubung isu ini ketika dihubungi.

"PMRAM juga sedang menanti respon daripada rakan-rakan Solidariti Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) yang lain berhubung isu ini. Insyaallah dalam masa terdekat SMATT akan mengadakan perbincangan secara conference di antara presiden-presiden persatuan induk di negara-negara Timur Tengah untuk membincangkan isu ini bersama," tambah beliau lagi.

Justeru, PMRAM , MPPMJ dan PPMS menuntut agar Utusan Malaysia dapat menjaga etika dan adab supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama sekaligus mengundang fitnah perpecahan di kalangan masyarakat di Malaysia.

Sumber: 27/09/2011, Web Rasmi PMRAM

Saturday, September 17, 2011

Program DAN'2011


Program mahabbah DAN'2011 khsusus buat anak-anak Jelapang Padi kini menemui anda. Darul Aman Nasturtium atau singkatannya 'DAN' bertemakan 'Semangat di jana, Ukhuwwah di bina' bakal berlangsung pada esok hari, 18 September 2011. Lokasi DAN iaitu Mukhayyam Daim, Hayyu Sadis pasti memberi ketenangan dan semangat mahabbah di kalangan anak-anak Jelapang. Oleh itu, sila hadir ke lokasi program sebelum jam 07:30 pagi. Manakala penyertaan terbuka kepada semua mahasiswa Kedah sahaja.

Lebih menarik, banyak acara-acara sukan sedang menanti anda semua. Sudah pasti lagi tidak dijemu apabila menjelang malam iaitu kemuncak program tiba pula Malam kebudayaan.

Thursday, September 15, 2011

تسجل مابيم اعتراضها الشديد على تقرير لجنة بلمير للامم المتحدة بشأن الهجوم الاسرائيلي على سفينة مرمرة

6 سبتمبر 2011
السيد بان كي مون
الأمين العام للامم المتحدة 

مذكرة  إعتراض
تسجل مابيم اعتراضها الشديد على تقرير لجنة بلمير للامم المتحدة بشأن الهجوم  الاسرائيلي على سفينة مرمرة

يسجل المجلس الإستشاري لمنظمات المجتمع الأهلي الماليزي الإسلامية (مابيم) اعتراضه الشديد على تقرير لجنة بلمير للأمم المتحدة بشأن الهجوم الإسرائيلي على سفينة مرمرة . فلقد توصل التقرير إلى أن  الحصار كان " إجراء أمني مشروع لمنع دخول الأسلحة عبر بحر غزة "
إن مابيم تدين التقرير وترفض نتائجه لانه يبدو  واضحا خضوعه للضغوط الإسرائيلية والأمريكية. وكما يعد التقربر بمثابة إستخفاف صريخ بالمبادئ الأساسية للقانون الدولي وحماية حقوق الإنسان, وكما يمثل أعلى مستويات النفاق من قبل الأمم المتحدة, مستسلما لضغوط إسرائيل والأمم المتحدة .

إن تقرير لجنة بلمير للامم المتحدة عن مجزرة سفينة مرمرة  ينبغي أن يدرك الحقيقة بانه في الواحد والثلاثون من مارس, 2010 , قام الكوماندوز الاسرائليي وبشكل متعمد بمهاجمة  إسطول سفن الحرية  في المياه الدولية  والذي كان يحاول  جلب المساعدات الإنسانية إلى أهل غزة المحاصرين.

وفي ذات السياق, قتل الجيش الإسرائيلي تسعة مواطنين الأتراك الذين كانوا على متن سفينة مافي مرمرة الأم  وجرح العشرات واعتقل كل الذين كانوا على متنها.

لقد كان هجوما مدبرا, ومخططا له جيدا على ناشطين مسالمين وعزل, كانوا يحاولون  كسر الحصار غير القانوني لنقل المساعدات الضرورية,  الأمر الذي أدى إلى القتل  بدم بارد.

وعلينا هنا أن نتسائل عن مدى مصداقية التقرير في الوقت الذي شهد فيه العالم على كل ما حدث .  إن مشاهد العنف  واطلاق النار وضرب المدنيين على متن سفينة مرمرة من قبل الوحدات العسكرية الاسرائيلية, كان  وقد وثق في الوقت المناسب بما لا يدع مجالا لاي شخص ذو عقل سليم أن ينكر المجزرة التي وقعت.
فلا يوجد أساس لكي يخلص المفوضون إلى أن اسرائيل لها الحق في الدفاع عن نفسها وتبرير أعمالها على أنها إجراء أمني مشروع.
فإذا تم  التسليم بهذا , فهل يعني ذلك  بأن الأمم المتحدة  الاّن تؤيد الحصار المفروض على غزة من قبل اسرائيل والتي في الواقع تقوم بكل ذلك  بينما نسمع البيانات المتكررة عن  مشروعية الأفعال و الإجراءات  الاسرائيلية بخصوص غزة .
فجوهر القضية واضح جدا. أولا وقبل كل شئ هو أن  الحصار غير شرعي على قطاع غزة و يتعارض مع القانون الدولي. ثانيا, إن الإعتداء الإسرائيلي الوحشي والبربري تم بشكل واضح في المياه الدولية. ثالثا, الهجوم نفذ ضد مدنيين عزل على متن سفينة مرمرة .
إن التقرير الذي استغرق ما يقارب العام ليصل الى هذه الخلاصة, ترفع عنه الشرعية فيما لوتم  قبوله كتقرير موثوق به. فالإقرار بأن إسرائيل إستخدمت العنف المفرط  ما  هو إلا وصف وديع للفظائع والسياسة الوحشية التي تصبها إسرائيل على غزة و على كل سلسلة  المحاولات الإنسانية  لتحرير غزة من عتق الحصار.

فالحصول على شهادات الناجين فيه ما يكفي ليدلل على أن كل المفاوضات التي جرت بغرض  السماح بمرور أّمن لمهمة  مساعدات إنسانية منزوعة السلاح , جوبه  بإستخدام القوة الوحشية من قبل الوحدات العسكرية الإسرائيلة مع اعطائهم أوامرمسبقا بإطلاق النار بغرض القتل.

إن أحد الناجين الماليزيين بامكانه حتى أن يشهد وبأدلة مسجلة كيف تم قتل ثمانية أتراك وقتل شاب أمريكي صغير من مسافة قريبة بأكثر من إثنى عشر طلقة  في المقدمة والخلف, كما أن التسجيل يثبت أيضا كيف أنه  تعرض للتعذيب والضرب والركل والدوس بالأقدام قبل اطلاق النار عليه .

علاوة على ذلك, فان دليل الطب الشرعي الذي بين  بان غالبية  القتلى  إطلق عليهم النار عدة مرات, بما في ذلك الجزء الخلفي, ومن مسافة قريبة  لم يكن كافيا لان ياخذ في حسبان  المواد التي قدمت من قبل اسرائيل.
لقد تجاهل التقرير القضية الأساسية  المتمثلة في الحصار غير القانوني من قبل إسرائيل على قطاع  غزة.  فبموجب  القانون الدولي وقوانين الولايات المتحدة فان الحصار يعتبر عمل حربي وعرف على النحو التالي :

- إحاطة دولة أو هدف بقوات معادية ;
-  اجراءات لعزل عدو;
- التطويق والحصار;
- منع مرور أو خروج المعدات والقوات العسكرية أو المساعدات في الوقت المحدد أو فعل الحرب  و
- عمل من أعمال الحرب البحرية لمنع الوصول إلى سواحل العدو ومنع دخول السفن والطائرات.

إن فلسطين المحتلة لا تشكل اي تهديد لإسرائيل,  وذلك باعتراف اسرئيل في وقت سابق , ولذلك فان فرض الحصار يعد انتهاك لميثاق الأمم  المتحدة والقوانين الدولية الأخرى بما فيها قوانين الولايات المتحدة , بل عمل عدواني غير قانوني  ويعتبر  بموجب ميثاق نورمبرغ  "جريمة دولية كبرى ضد السلام "

و في سبتمر الماضي, خلص  مجلس حقوق الإنسان التابع للامم المتحدة إلى أن  اسرائيل ارتكبت سلسلة  من الانتهاكات للقانون الدولي ,بما في ذلك القانون الدولي الانساني و قانون حقوق الانسان , وذلك عند إعتراض الإسطول  وحجز الركاب في اسرائيل قبل ترحيلهم.

وكان بنبغي على التقرير أن يوضح بانه بموجب قوانين النزاعات المسلحة , فان الحصاريعتبر ايضا غير قانوني إذا :
أ- هدفه الوحيد هو تجويع السكان المدنيين أو  حرمانهم من الضروريات الأساسية للحياة  أو :
ب – الحاق ضرر بالمدنيين أو يتوقع أن يلحق بهم  ضرر كبير  بالمدنيين مقارنة بالإنجازات العسكرية المباشرة والمتوقعة
 بمعنى اّخر, لا حصار يسمح به  إن كان يؤذي المدنيين بشكل غير متكافئ , ولكن إسرائيل فرضت الحصار بشكل خبيث لأكثر من أربع سنوات, معاقبة أهل غزة عقابا جماعيا بشكل غير قانوني رغم اعترافها بعدم وجود تهديد أمني.
ووفق لتقرير مجلس حقوق الإنسان التابع للام المتحدة , فان الإعتراض الإسرائيلي لإسطول السفن كان غير قانوني بما انه لا يوجد اي أساس قانوني لكي تقوم القوات الإسرائلية بتنفيذ الإعتداء في المياه الدولية .
علاوة على ذلك , فانه  بفعل ذلك فان اسرائيل ملزمة  لان تحترم القانون الدولي والالتزام  أيضا بالتزامات حقوق الإنسان الدولية .

ولقد خلص تقرير الامم المتحدة إلى أن استخدام القوة كان غير ضروري, وغير متكافئ ,ومفرط وغير مناسب ,ونجم عنه القتل الذي كان بالامكان تجنبه بشكل كامل  وتجنب عرقلة  أعداد كبيرة من الركاب المدنيين. أضف إلى  ذلك, فان إسرائيل حاولت بشكل مدروس لمحو كل ما يدل على جريمتها , علاوة على اختلاق رؤيتها للاحداث و تلفيق مقاطع فيديو  ومواد اخرى زائفة .

ومما يدعو للأسف هو أنه رغم القرصنة والجرائم التي لا جدال فيها ضد الإنسانية, أن ينعت  الامين العام للأمم المتحدة نفسه بكل وقاحة  على أنه مؤيد لإسرائيل بشكل كبير, مستهزءا من العدالة  ومصداقيته في العملية .
كما لا بد أن ياخذ في الاعتبار بان رئيس الوزراء النيوزلندي جوفري بلمير كان قد ترأس فريق التحقيق مع رئيس كولمبيا السابق الفاردو البرت كنائب رئيس , وأن سجله المروع في العمل واحتقاره لحقوق الانسان فيه ما يكفي لان يبطل تقريره تلقائيا.

وجدير بالذكر بأن البرت شخص ملطخ بقضايا الفساد والفضائح وعلى صلات وثيقة  بعصابات المخدرات في بلاده وفرق الموت, ولذلك فهو يتحمل المسؤولية المباشرة عن قتل الالاف من النقابيين والمزارعين والعاملين في مجال حقوق الإنسان والصحفيين وغيرهم ممن يعارضون كولومبيا كدولة المخدرات والارهاب والعلاقات مع الامبريالية الامريكية.
وبالرغم من ذلك, فلقد عين  غير اّبهين بتاريخه ليقرر ما إذا كان الكوماندوز الإسرائيلي ارتكب جرائم كبيرة , علما بانه  منذ أن كان رئيس لكولومبيا وما زال إلى الاّن يدعم بولاء أسوأ الجرائم الإسرائلية والأمريكية .
و كان التقرير قد كشف "انه عندما نزل الكوماندوز الإسرائيلي على متن سفينة مرمرة , جوبهوا بمقاومة عنيفة ومنظمة من  مجموعة من الركاب  الأمر الذي تطلب إستخدام القوة لاجل الدفاع عن النفس" ومع ذلك, فلقد حدد التقرير بان إستعمال القوة من قبل إسرائيل كان "مفرط وغير منطقي" , ناعتا  القتل  والإصابات التي سببت و طريقة معاملة اسرائيل للركاب بالسيئة

وينتقد التقرير بشدة منظمي القافلة, معتبرا بان الركاب تصرفوا بشكل متهور في محاولة لاختراق الحصار البحري " مضيفا بانه "يوجد تساؤلات كبيرة حول سلوك وطبيعة وأهداف منظمي القافلة, وخاصة الجمعية التركية الخيرية (اي اتش اتش). مؤكدا بان تركيا كان بامكانها أن تفعل الكثير لاقناع مواطنيها بان لا يشاركوا في القافلة.

وبالرغم من ذلك , لا بد من التأكيد  على ما يلي وذلك كما بين بشكل جزئي فيما سبق :

1- حصار غزة غير قانوني والقول بغير ذلك  لا يمت للحقيقة بصلة , فلا حماس ولا المجموعات الفلسطينية المقاومة  ولا السلطة الفلسطينية تشكل تهديد لإسرائيل إلا في حالة الدفاع عن النفس  وصد الهجمات الانتقامية  الإسرائيلية والتي يسمح بها القانون الدولي.
2- جميع المشاركين في إسطول الحرية كانوا عزل من السلاح ونشطاء حقوق إنسان مسالمين, ومع ذلك فلقد هجموا بشكل خبيث في المياه الدولية. أضف إلى ذلك فان الكماندوز الإسرائيلي  لديه صور للمواطنين الأتراك الذين تم وضع العلامة عليهم بهدف إغتيالهم, لقد تعرفوا عليهم  وقتلوهم بدم بارد  ومن مسافة قريبة .
3- لقد تحققت لجنة حقوق الإنسان التابعة للأمم المتحدة من نفس الأدلة, وتوصلت إلى إسرئيل تتحمل المسؤولية عن جرائمها وتستحق العقوبة على تلك الجرائم .
وإذ نطالب بأن تتخذ الإجراءات القانونية ضد المسؤولين الإسرائيليين, بما فيهم نتياهو ووزير الدفاع ايهود باراك , ورئيس اركان الجيش غابي اشكنازي , وقائد البحرية الأميرال اليعازر ماروم نؤكد ما يلي.
إن تبرئة إسرائيل هو أمر غير مقبول, وعلى الرغم من ذلك فان إسرائيل فلتت مرة أخرى من ورطتها واطلق لها اليد لكي ترتكب المزيد من جرائم الحرب ضد الانسانية,  إلى جانب الجرائم اليومية  التي ترتكبها في قطاع غزة والضفة الغربية والقدس الشرقية.
فالمسألة – اذن - واضحة وتتطلب اجراءات حاسمة تتمثل في إنهاء حصار غزة والاحتلال الإسرائيلي, ومنح دولة فلسطينية للفلسطينيين مع  اعطائها عضوية كاملة في الإمم المتحدة  في وقت لاحق من هذا الشهر عندما تجتمع الجمعية العامة للامم المتحدة .

وكما نطالب بوقف الانفلات والتعالي الإسرائيلي على القانون عن طريق المحكمة الدولية,  وأن يتم محاكمة إسرائيل عبر المحكمة الدولية لاي عمل ترتكبه ضد دولة ذات سيادة  وذلك تحقيقا للعدالة .

محمد عزمي عبد الحميد
السكرتير العام للمجلس الإستشاري الماليزي لمنظمات المجتعع الأهلي الماليزي الاسلامية (مابيم)
ملاحظة : مترجم من اللغة الانجليزية إلى اللغة العربية 

Wednesday, September 7, 2011

Jom Balik Kampung!

PMRAM

Bersama memeriahkan Rumah Terbuka & Malam Mahabbah Aidilfitri PMRAM 2011(RAMAH'11) tengahari nanti.  Pelbagai juadah dan persembahan menarik disediakan khususnya sempena lebaran untuk perantau di bumi Anbiya' ini.


Tempat : Dataran Hayyu 'Asyir
Hari      : Rabu
Tarikh   : 9 Syawal 1432 bersamaan 7 September 2011


Tentatif :


Rumah Terbuka        ~ 12:30tgh - 4:30ptg
Malam Mahabbah     ~ 08:30mlm (cabutan bertuah untuk 111 pengunjung terawal) 


Sama-sama kita memeriahkannya.. Semua dijemput hadir !!