RFC
:: giatkan penggunaan produk muslim ::

Monday, April 26, 2010

Erti tabah, suka dalam derita

"Setiap jiwa pasti menghadapi saat kematian", realiti yang mesti diterima mana-mana insan yang mengaku beriman kepada Allah Ta'ala. Sebalik itu, sedih dan merasai dukacita tidak dapat dikesampingkan lantaran pemergian seseorang yang amat disayangi. Tambahan pula, ahli keluarga, adik kandung.

Penulis bercerita di sini bukanlah mahu mengisi kekosongan masa atau melayani perasaan tatkala sedih dan hiba dengan pemergian kak Jut, tetapi penulis mahu mengajak kawan-kawan termasuk adik-adik dan ahli keluarga yang lain supaya mengambil iktibar bahawa; kematian itu bila-bila masa sahaja akan menjemput dan mengerti sifat tabah ketika berada dalam suasana yang hiba dan duka.

Arwah(kak Jut) sebelum dijemput menemui Allah Ta'ala telah berhadapan dengan ujian yang cukup menguji iman dan sabar. Manakan tidak, dia telah berumahtangga pada 2009. Semestinya mahu mengecapi nikmat hidup bersama suami tercinta, membina mahligai dari taman syurga, namun Allah Ta'ala telah memilih kak Jut dan suaminya untuk membuktikan iman mereka, juga kami sekeluarga. Tempoh masa kak Jut berhadapan dengan ujian(sakit, menghidap kanser tulang) yang agak lama dan teramat perit.

Situasi tersebut membimbangkan emak(gambar bersebelahan dengan arwah, kelihatan wajah sayu mengenangkan anaknya sakit masa itu)dan abah. Semahunya, emak dan abah memikirkan pula adik-adik yang mendatang dengan pengajian dan kehidupan tetapi terpaksa menumpukan sepenuhnya kepada kak Jut yang sakit. Tambahan pula, penulis(sulung) masih belum selesai pengajian dan sewajarnya penulislah yang mesti berkorban segalanya demi keluarga saat ini tanpa memberatkan ma dan abah. Bagaimanapun, emak dan abah terus memberikan layanan kepada kak Jut dan menjaganya sambil disokong suami kak Jut, adik Shauqi.

Kesakitan yang dihadapi kak Jut tidak membungkam kehidupan kami sekeluarga, malah ada sahaja cerita-cerita yang menarik pasti menghiburkan. Walaupun adakalanya sedih memikirkan keperitan yang dilalui kak Jut, tetapi terubat dengan memahami bahawa semua ini adalah ujian dari Allah.

Semasa pertengahan tahun 2009, saya terdorong untuk pulang ke Malaysia melihat dan mengintai derita yang dihadapi kak Jut. Setiap kali call emak, pasti bertanya tentang pulang dan emak berserta abah berharap sedemikian. Ketika itu, kak Jut memang telah terlantar di katil akibat sakit yang dideritai. Awalnya tyroid yang membengkak di leher kemudian berjangkit ke seluruh tubuh, membuatkan sukar bernafas, tidak lalu makan, tak bermaya dan seumpamanya.

Cerita tentang rawatan pula, boleh menyusun daftar ubat dan senarai klinik serta hospital. Adik Shauqi yang bertungkus-lumus 'standby' semua itu juga tidak terlepas menerima ujian ini saat isterinya sakit, betapa Allah membimbinginya menjadi suami yang begitu tabah. Walaupun sibuk dengan kerjanya, guru tetapi masa dan tanggungjawabnya tak pernah lekang bahkan sentiasa kuat. Semasa tempoh pertunangan mereka, Shauqi meminta kepada abah supaya dipercepatkan hari pernikahan mereka. Pada mulanya abah membantah kerana kak Jut dah sakit, tetapi desakan dan kepercayaan kepada Shauqi..emak dan abah membenarkan hari bahagia mereka diadakan. Seperti yang emak cerita, sebelum abah beri kebenaran, Shauqi memberikan janjinya untuk jaga dan bantu sembuhkan kak Jut dengan sedaya-upayanya.

Ketika penulis pulang bercuti di Malaysia dari akhir Julai 2009 hingga akhir November 2009, segala suka-duka kami sekeluarga dikongsi bersama. Saat tiba di muka pintu rumah dari Lapangan Terbang, penulis terus mendapatkan kak Jut yang berada di katil, titisan air mata kak Jut turut menitis tika kami berpelukan. 

Gambar: Ketika bersama arwah di hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar. Giliran adik Yaseer(berkain pelikat) teman kak Jut. Sebelah kiri saya, adik bongsu. 

Walaupun kak Jut sakit, tetapi dia juga berusaha untuk menenangkan semua orang di rumah agar tidak terlalu memikirkan kesakitannya. Mungkinkah dia berlakon gembira meskipun sakit? Along rasa tidak, bahkan dengan cara itu kak Jut mampu merawat dirinya dan mahu menenangkan kami, terutamanya emak dan abah serta suaminya. Akibat terlampau sakit, kak Jut dibawa ke tempat rawatan; hospital Penang, hospital pakar Alor Setar, klinik di Sungai Petani dan tempat sedia merawat secara tetap adalah di hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar memandangkan kemudahan yang lengkap dan selesa untuk kak Jut. Di samping itu, perubatan cara Islam turut dibarisi sebagai usaha mengubati penyakit yang dihadapi oleh kak Jut.

Sepanjang rawatan di hospital Sultanah Bahiyyah, emak selalu berada di sisi kak Jut..adapun kami yang lain saling bergilir menemani kak Jut di hospital. Penulis turut merasa lebih sayu kerana kak Jut cakap pada emak yang alongnya kurang melayaninya ketika sakit(Ya Allah, ampunkan dosa saya kepada arwah). Bagaimanapun, ketika emak berada di hospital, penulis mengambil alih kerja emak di kantin. Dalam kesibukan itu, penulis menjadi driver on-call ulang-alik bergilir dengan abah tiap-tiap hari dari rumah(Bt 16) ke hospital di Alor Setar. Kadang-kadang bersama abah, dan kadang-kadang bersama dengan adik-adik yang lain..pergi melihat, menjenguk, dan bersama kak Jut. Yang kerapnya emak kerana sifat keibuan yang Allah anugerahkan kepadanya langsung tidak rasa keletihan apatahlagi jemu, emak rela bersama kak Jut di hospital. Abah pula mengajar di sekolah dan menemani kami di rumah seharian. Adik-adik yang bersekolah rendah, Hakim dan adik(Khudhari) seakan faham dan tidak menunjukkan karenah. Jika bersama si kakak, Mawaddah..mereka sentiasa bergelak ketawa. Bagi mereka, lebih suka berada di hospital untuk bersama emak menemani kak Jut. Shifa', Saidah, Toyyib(driver on-call jugak, la ni dia la yang conquere) juga antara peneman setia kak Jut. Tambahan pula dengan kepulangan adik Yaseer(Yaman) ketika bercuti di Malaysia menambahkan ceria emak malah juga menemani kak Jut di hospital. Kadang-kala dia menjadi tukang masak di rumah. Adik yang seorang lagi, Huda..meskipun sibuk mengajar waktu itu tetapi tidak reti letih menjalankan tanggungjawabnya, dia peneman penulis ketika sibuk menjalankan bisnes di kantin dan memasak untuk kak Jut dan emak. Adapun adik Farhanah yang belajar di UKM, kerap mahu pulang ke rumah untuk bersama kami.

Aidilfitri 2009 perayaan yang besar bagi umat Islam, namun kami hanya mampu sambut dengan seadanya..pagi sibuk dengan sambutan aidilfitri, petang bergegas ke hospital untuk tukar giliran menemani kak Jut. Tambahan lagi, emak-emak dan ayah saudara, sepupu-sepupu, sanak saudara, kawan-kawan penulis, dan kawan-kawan kak Jut yang juga kerap menziarahi kak Jut.

Penulis juga tidak dapat melupakan saat-saat manis bersama arwah. Walaupun arwah terlantar di katil sepanjang masa, tetapi dia juga menjadi master-mind untuk rehlah seisi keluarga ke Pantai Merdeka pada 25-11-2009(kesilapan tarikh di gambar). Itulah kali terakhir, arwah(tudung purple berkerusi roda. Abah yang berkopiah putih duduk sambil membicarakan sesuatu pada emak, bertudung hitam) berkongsi kegembiraannya bersama kami sekeluarga..'sakit tetapi mahu juga menceriakan orang'.

Saya tiba di Mesir dalam keadaan agak lemah kerana memikirkan kak Jut, dan bagaimana emak dan abah bersendirian memikirkan semua ini. Mujur ada Mak Tam(kakak kepada abah) antara yang kuat memberi semangat kepada emak dan abah.

Sesekali membuat panggilan ke Malaysia, terubat dengan suara emak dan adik-adik..tetapi dengan kak Jut? Kali terakhir bercakap dengan kak Jut pada 29-11-2009. Selebihnya, hanya mengutus salam rindu dan sayang kepada kak Jut melalui emak.

Gambar: Arwah di kerusi malas, tengah adik bongsu, di kerusi roda, suami arwah yang cuba merasai nikmat duduk di kerusi roda.

Tanpa sedari lebih dari 5 bulan, penulis sentiasa dikejutkan dengan berita cemas tentang kak Jut..dua hari sebelum ini, mak cakap paru-paru kak Jut telah ditebuk untuk mengeluarkan air bagi memudahkan pernafasan dicampuri dengan darah yang turut mengalir keluar bersama air membuatkan oksigen ke kepalanya telah berkurangan. Pernafasannya disokong dengan oksigen. Saat-saat akhir, saya sendiri merasai letih tanpa buat apa-apa kerja yang berat, laporan kerja yang dijanjikan 'submit' turut terbengkalai..maafkan saya. Menurut mak, sebelum subuh pada 25-04-2010, tok wan(datuk) di Kuala Kedah merasai pelik berbanding hari lain..dia bingkas bangun dari tempat tidur seraya membaca al-Quran sambil merasai pelik, 'adik-beradik mana yang nak pergi dah ni? aku ka sapa?'.

Ternyata, Allah lebih menyayangi kak Jut. Allah Ta'ala hilangkan derita sakit yang dihadapinya dengan menghentikan nafasnya. Di sisi suami yang tabah, terukir senyuman terakhir isteri yang redha dengan ujian Ilahi. Emak yang berada di hospital menceritakan dari suami kak Jut bahawa saat akhir perpisahan itu..kak Jut menguntumkan senyuman kepada suaminya, bukti redha dengan sebuah cinta kerana Allah meskipun dapat hidup bersama pada waktu yang singkat, juga berterima kasih dengan pengorbanan yang cukup besar dari suaminya. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un..semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beramal soleh. 

"Saya dah selesaikan tanggungjawab saya bantu mengubati arwah, sekarang along banyakkan membaca Al-Quran sebagai hadiah kepada arwah", ujar Shauqi ketika dihubungi.
Jam 9.00 pagi(waktu Malaysia), 25-04-2010

Saat lemah lenggangan tangan menaip dan beberapa pusingan lap(penulis), arwah telah selamat dikebumikan sekitar jam 4.00 petang(waktu Malaysia), 25-04-2010 di tanah perkuburan Islam, Guar Chempedak. Menurut maklumat di dalam facebook adik Huda, semua urusan pengebumian selesai pada jam 5.30 petang. Arwah dikebumikan berdekatan kubur wan dan nenek(Allahyarham Hj.Yahya Junid dan Hajjah Maryam Md Taib). Sekian.

Sunday, April 25, 2010

Menemui Allah

 Assalamualaikum ..

Al-fatihah buat adinda yang disayangi, Pn.Zurqha' Bt Abd Manan (kak Jut, gambar) yang telah pergi menemui penciptaNya. Menurut mak, Kak Jut menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9.00 pagi waktu Malaysia, 25/04/2010.

Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh.

Moga ma, abah, adik Shauqi(gambar, suami kak jut), yaseer, huda, nah, O-yib, saidah, shifa', mawaddah, hakim n adik tabah dan takkan sedih berpanjangan dengan pemergian Kak Jut.

Terima kasih kepada saudara-mara(Mak Tam n anak-anak, ibu dan ayah saudara dari keluarga Yahya Junid ,  tak lupa  Wan di Kuala Kedah, nenek, dan semua  ibu dan ayah saudara dari sana serta keluarga adik Shauqi) dan jiran tetangga yang banyak membantu keluarga, di samping menenangkan perasaan kedua ma dan abah. 


Terima kasih buat sepupu-sepupu, sahabat dan rakan  seperjuangan di bumi Mesir dan ex-student MTKH dan semua yang berkenaan. Dengan sms, call, ym, facebook dan perantaraan lain yang diterima menenangkan seketika perasaan. 


One Ummah
"denga nyawa, pergerakan jasad pasti terhenti tetapi dengan ruh perjuangan ia terus melebari tanpa henti"
[ From Egypt With Love ]
Wassalam

Saturday, April 24, 2010

APCO masuk kacau Malaysia?

Kenapa mahu APCO? kenapa perlu ada APCO? Tak cukup lagika tanah-tanah Palestin depa tibai. Zionis ni pun selalu sangat dok rebiah penduduk Palestin, depa latu Palestin suku nyawa. Dok bagi muka kat penjajah tu pasai pa? Kami tak redha.

Penunjuk perasaan di Sinai kecam ahli parlimen peluru

'ARISH - Beberapa hari yang lalu, seorang ahli parlimen Mesir ketika satu majlis persidangan mendesak supaya pihak keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup kepada para penunjuk perasaan.

Berikutan itu, sejumlah besar penduduk dan isteri-isteri mangsa tahanan mengadakan tunjuk perasaan di bandar 'Arish, Mesir yang turut disertai pemimpin dari dua buah parti, At-Tajammuk dan Al-Karamah. Ketika tunjuk perasaan itu berlangsung, para penunjuk perasaan mendesak supaya ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan sebagaimana di atas dipecat dari dewan rakyat malah digugurkan keanggotaannya dari parti pemerintah(Hizbul-Watani) serta membawanya ke muka pengadilan.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di sebuah kawasan mengangkat kasut dan sepanduk menyeru agar ahli parlimen itu ditembak dan diberkas.

Sementara itu, Asyraf Al-Hafni, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi mempertahankan hak rakyat berkata, 'jika Hizbul-Watani tidak bersalah, sila pecat ahli parlimen itu dari keanggotaan parti dan kemukakan  dia ke pengadilan.' Sumber 24/04/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

Friday, April 23, 2010

Isu fitnah Pengerusi: KJ sengaja?

Belum lagi hilang bahang isu 'kutub sittah', timbul pula isu lain yang sengaja menimbulkan kekeliruan dan memfitnah pelajar.

Lihat lampiran isu di bawah yang diambil dari facebook.


Di sini admin melampirkan keterangan 'situasi' kedudukan isu ini yang menjawab fitnah dan hal sebenar.
________________________________

[ Fitnah Khairi Jalalluddin (KJ) kepada Pengerusi DPMT ]

Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK
Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta

Menurut status KJ di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis  ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".

Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu.

18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang)

Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah  berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta. Kami seterusnya bergerak ke hotel berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Sesampainya di hotel, kami bertanya kepada pihak hotel lalu dimaklumkan kebenaran akan berita yang disampaikan oleh wakil Amnu Daulah tersebut.

Pengerusi  terus menghubungi nombor pihak Safarah yang tercatat dalam buku hotel tersebut. Lalu Puan Salwa (salah seorang pegawai JPMK) menjawab dan mengesahkan bahawa mereka akan datang ke Tanta untuk berurusan dengan pelajar pengajian Islam dan Perubatan pada keesokan harinya (19 April 2010) pada jam 8:30 pagi.

Selang beberapa minit, wakil Amnu Daulah sampai di hotel berkenaan lalu bertanyakan kepada Pengerusi kenapa tidak memaklumkan kepadanya mengenai kehadiran pihak Safarah ke Tanta. Wakil Amnu Daulah telah memarahi Pengerusi kerana tidak memaklumkan perkara tersebut kepadanya. Pengerusi menjelaskan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Safarah untuk menafikan kesalahan tersebut berpunca daripadanya. Pengerusi meminta Puan Salwa bercakap sendiri dengan wakil Amnu Daulah dalam telefon dan memohon maaf atas perkara tersebut. Rentetan daripada itu, KJ juga ada menghubungi Pengerusi dan memaklumkan bahawa beliau hendak bertemu dengan Pengerusi sekitar jam 8:30 pagi esok (19/4/2010).

Persoalannya, adakah terlalu sukar bagi mereka menghubungi Pengerusi DPMT untuk memaklumkan kehadiran mereka ke Tanta? Jika kedatangan mereka untuk berurusan dengan pelajar, semestinya perkara tersebut perlu ada dalam makluman Amnu Daulah. Pengerusi DPMT adalah ketua pelajar Malaysia di Tanta yang berada di bawah naungan PMRAM dan berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Jika Pengerusi Perubatan boleh dihubungi, kenapa tidak kepada Pengerusi DPMT?


19 April 2010 (sekitar jam 8:30 pagi)

Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan KJ. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, KJ mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu:

•    Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta.

Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya? Ini adalah prosedur biasa di peringkat Amnu Daulah. Pegawai-pegawai sebelum ini pun tiada masalah dengan prosedur tersebut. Mungkin KJ orang baru di Mesir. Sepatutnya perlu belajar dan bertanya kepada yang lebih tahu, bukan membuat tuduhan yang melulu dan tidak matang. Pelajar-pelajar yang hendak membuat urusan di Safarah pun ada peraturan, pelajar pergi ke Safarah pun kena ikut peraturan. Jadi, kenapa KJ datang ke sini  tidak mahu mengikut prosedur? Berurusan dengan orang yang banyak alasan sudah tentu kita akan menjadi BOSAN!!!

Pada bulan Februari 2010, rombongan daripada Malaysia (JASA) hadir ke Tanta untuk kempen 1MALAYSIA dan program tersebut di buat di markaz PMRAM Cawangan Tanta. Kami ahli-ahli Tanta menyambut baik walaupun pihak Safarah berbohong ketika menghubungi Pengerusi DPMT. Mereka menyatakan bahawa telah pun memaklumkan kepada Presiden PMRAM (Ustaz Abdul Muiz Muhammad), tetapi apabila Pengerusi menghubungi Presiden, Presiden menyatakan tiada mendapat sebarang maklumat tentang program 1MALAYSIA tersebut.

Dalam situasi ini pula, tuduhan KJ seolah-olah menggambarkan Pengerusi mengaku menjadi wakil Safarah untuk ambil tahu tentang kehadiran tersebut sepatutnya tidak timbul. Siapa yang mengaku jadi wakil Safarah? Pengerusi pun tidak tahu apa-apa jika tidak dimaklumkan oleh wakil Amnu Daulah. Wakil Amnu Daulah dapat maklumat tersebut pun daripada pihak hotel. Jadi, kenapa KJ nak berang kepada Pengerusi DPMT? Kenapa sampai menulis status di  Facebook? Bila menulis di Facebook semua orang boleh membaca (macam budak-budak daaa). Kenapa nak ugut dengan menyatakan bahawa Pengerusi telah melakukan kesalahan yang besar? Kenapa mahu dibawa perkara tersebut kepada Encik Saiful (Pemangku Duta Malaysia Kaherah).

Jadi, kami ahli-ahli Tanta mendesak supaya KJ memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi serta ahli DPMT di atas tuduhan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tulisan KJ di Facebook menyebabkan semua orang dapat membacanya lantas menyebarkan fitnah. Ini soal maruah dan jangan pandang perkara ini sebagai perkara yang kecil! Diharapkan agar perkara tersebut tidak berlaku di muhafazah lain.

Sekian, wassalam.

Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
Rujukan : web dpmt
__________________________________

Walaupun beliau(KJ) mengatakan paparan di facebook adalah pendapat peribadinya tetapi mahasiswa-mahasiswi kenal dia adalah pegawai JPMK dan isu ini berlaku bukannya sembang-sembang di padang bola sepak, kolam renang, shopping complex atau sebagainya tetapi bermula ketika KJ berada di Tanta untuk menjalankan kerja rasmi. Penulis tak ingin nak pertikaikan kerja KJ, kerana itu memang kerja rasmi KJ. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, kami mendesak supata KJ mohon maaf atas keterlanjuran beliau di facebook kerana di situ bermulanya fitnah.

Sunday, April 11, 2010

Israel memiliki antara 100-300 peledak nuklear

BET LEHEM - Agensi - Sebuah majalah yang diterbitkan di Britain khusus mengenai strategi pertahanan 'jeans' dalam laporannya hariini mengungkapkan bahawa Israel adalah Negara ke-6 yang membangunkan tenaga nuklear secara besar-besaran.


Menjelang pembukaan Persidangan Keselamatan Nuklear Antarabangsa di Washington minggu hadapan, majalah itu menyatakan mengikut analisis pakar-pakar bahawa Israel memiliki di antara 100 hingga 300 peledak nuklear. Jumlah tersebut menyamai peledak nuklear yang dimiliki Britain.

Menurut majalah tersebut, Israel juga berkeupayaan melengkapkan peledak nuklear dengan peluru berpandu jarak jauh, model (yeriho 2) dan (yeriho 3). Lebih dari itu, Israel juga mampu melancarkan peledak nuklear dari pesawat tempur dan kapal selam.

Disebutkan, setakat ini, Israel tidak mengakui mempunyai senjata nuklear.

Sumber 10/04/2010, web berita maan.net

Saturday, April 10, 2010

Terkini 10.39 pm : Keputusan Rasmi Pilihanraya PMRAM

Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 10:39 PM  |

Keputusan telah diumumkan oleh Pengarah SPR. Berikut ialah senarai calon dan bilangan undian mereka :

1. Ustaz Muhammad Yusof Abd Kadir : 861 (menang)

2. Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar : 848 (menang)

3. Ustaz Abdul Aziz bin Ali : 826 (menang)

4. Ustaz Muaz bin Syukri : 173

5. Ustaz Aminuddin bin Alias : 226

6. Ustaz Syeikh Mujahid bin Syeikh Nawawi : 860 (menang)

7. Ustaz Mohd Faizuddin bin Ghazali : 877 (menang)

8. Ustaz Mohammad al Hidayat bin Khalid : 861 (menang)

9. Ustaz Hanif bin Haron : 158

10. Ustaz Solehuddin bin Mohd Safien : 852 (menang)

11. Ustaz Ahmad Huzaifah Fauzi : 821 (menang)

12. Ustaz Firdauz bin Noh : 830 (menang)

Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang 
Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%) 
8 Undi Rosak