RFC
:: giatkan penggunaan produk muslim ::

Sunday, July 29, 2007

Erti Israel kepada saya

Luahan bekas Presiden Amerika terhadap Israel


> Semenjak mencapai kemerdekaan pada 1948, Israel mendapat tempat istimewa di hati rakyat Amerika dan dihati presiden-presiden Amerika. Pada setiap pentadbiran, presiden telah mengakui kepentingan pada negara Amerika.
George W.Bush
> Sudah lebih 40 tahun, Amerika & Israel telah bersahabat berasaskan kesefahaman yang satu dan memberi komitmen yang tinggi kepada prinsip-prinsip demokrasi. Pencarian berterusan kami kepada keamanan di Timur Tengah dimulai dengan ikatan dua negara ini yang tidak mungkin diputuskan.
Jimmy Carter

> Pembentukan Israel bukan sahaja isu politik, bahkan juga kepentingan moral. Ini adalah kepercayaan saya yang berpegangan dengan teguh. Kepercayaan ini dikongsi bersama majoriti besar penduduk Amerika. Membentuk Israel yang kuat dan selamat bukan sahaja menjadi matlamat Israel, tetapi juga menjadi matlamat Amerika Syarikat dan keseluruhan Negara-negara bebas.
Richard Nixon (1915-1994)

> Presiden Amerika menjadikan mereka yang mampu merubah padang pasir kepada sebuah taman. Sebagai idola orang-orang Israel telah menunjukkan kualiti-kualiti yang dipuja rakyat Amerika; semangat, patriotik, idealisma, dan keghairahan kepada kebebasan. Saya pernah melihatnya. Saya tahu dan saya percaya.

Dwight D.Eisen Hower (1890-1969)

> Pihak kami telah menyelamatkan sebilangan orang yahudi dari Eropah untuk kehidupan dan harapan baru dalam kelahiran semula Negara Israel. Seiring dengan orang-orang ini, saya berikan penghormatan dan mengucapkan selamat maju jaya.

Bill Clinton

> Amerika dan Israel berkongsi satu ikatan istimewa. Hubungan kami unik berbanding Negara-negara lain. Sepertimana Amerika, Israel adalah Negara yang berpegang kuat pada demokrasi, dan juga sebagai lubuk kebebasan. Penempatan ini kepada orang-orang yang pernah ditekan dan merana.

Ronal Regan (1911-2004)

> Di Israel, lelaki dan perempuan yang bebas setiap hari menunjukkan pengaruh semangat dan kepercayaan. Pada masa permulaan Israel ditubuhkan (1948), pengkritik-pengkritik mengatakan agama baru itu tidak akan bertahan lama. Sekarang, tiada lagi yang mempersoalkannya lagi. Israel adalah sebuah Negara demokrasi yang stabil di tengah-tengah kawasan yang tidak aman.

Gerald Ford (1913-2006)

> Komitmen saya terhadap keselamatan dan masa depan Israel adalah berasaskan moraliti dan juga minat secara peribadi. Peranan kami dalam menyokong Israel memberi kehormatan kepada budaya kami.

Lyndon B. Johnson (1908-1973)

> Masyarakat kami sememangnya dipengaruhi Nabi-nabi keturunan yahudi. Amerika dan Israel mempunyai persamaan dalam mencintai kebebasan manusia dan juga kepercayaan kepada cara hidup demokrasi.

John Fritzyerald Kennedy (1917-1963)

> Israel tidak ditubuhkan untuk lenyap, bahkan Israel akan hidup berterusan dan membangun. Ia seakan tempat permulaan harapan baru dan rumah kepada orang-orang yang berani. Israel sekali-kali tidak akan berpecah walaupun ditimpa kesusahan ataupun dilemahkan semangat atau dilekakan dengan kejayaan. Ia (Israel) menjadi tanda (kekuatan) demokrasi akan menjadi pedang (tanda) kebebasan.

Harry S.Truman

> Saya percaya dan yakin kepada Israel sebelum ia ditubuhkan. Saya tetap dan lagi percaya bahawa Israel mempunyai masa depan yang cerah. Ia bukan sebagai Negara biasa tetapi juga sebagai sumber idea atau inspirasi tamadun ini.


Tulisan asal dalam edisi bahasa inggeris, telah diterjemah oleh mahasiswa perubatan, Universiti Tanta ke dalam bahasa melayu bagi tujuan pameran.

Rujukan : "Mata Nasrallah"
Salleh Al-Hudaidi


Thursday, July 19, 2007

Demokrasi dan sikap Barat

Istilah globalisasi yang dicetuskan barat pada hari ini menunjukkan kesungguhan penerapan sistem tersebut dalam kehidupan manusia. Sistem yang bertujuan menghala ke arah satu kuasa memimpin dunia memberikan impak yang positif sekiranya mereka jujur dengan apa yang dibawa, sebaliknya akan menimbulkan impak negatif jika dasar mereka 'matlamat menghalalkan cara' meskipun ia salah dan dusta, mereka tetap mengiakan.

Demokrasi yang dimaksudkan adalah tidak ubah seperti permainan 'lego' yang kadangkala elok pada pandangan mereka, dibinakan bangunan yang cantik. Jika kurang memuaskan pada pandangan mereka, bila-bila masa akan dibinasakan. Nyawa pula bukanlah satu nilaian yang berharga buat mereka, malahan seperti 'baby doll'. Kekejaman US dan Israel terhadap politik Palestin adalah maksud di atas. Akhir tahun 2006, detik bersejarah di bumi Palestin dengan perjalanan pilihanraya yang disifatkan bersih. HAMAS mengungguli kemenangan dalam pilihanraya tersebut dan memegang kuasa majoriti di majlis legislatif Palestin, sudah pasti keputusan ini mestilah dihormati dengan sepenuhnya tanpa ada pertikaian dan konspirasi untuk menafikan kemenangan tersebut. Namun pada pandangan barat dan Israel, kemenangan itu disifatkan malapetaka dan bala kepada mereka kerana kuasa yang memenangi pilihanraya tersebut adalah 'mereka yang telah berjanji akan menegakkan kalimah Allah di Palestin'. Babak seterusnya, berlaku pertikaian yang membawa kepada pembunuhan Palestin-Palestin sehingga menyukarkan sistem sebenar u
ntuk mentadbir Palestin.

Deklarasi Mekah menyusuli, ternyata membawa keamanan sementara (Palestin-Palestin) apabila berjaya mendirikan Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan HAMAS, FATAH, JIHAD ISLAMI dan parti-parti yang lain. HAMAS mengetuai kerajaan Perpaduan yang mentadbir urusan Palestin tanpa kewangan, kedutaan, media massa kerajaan dan prasarana yang lengkap. Walaupun sedemikian, barat dan Israel memberi tekanan yang cukup dahsyat terhadap kerajaan Perpaduan. Dari semasa ke semasa gelombang fitnah turut menguasai keadaan lantaran dasar kerajaan Perpaduan yang tidak mengiktiraf Israel. Dari sinilah
kerajaan Perpaduan digegarkan dengan pembubaran yang tidak selayaknya dilakukan oleh Mahmoud Abbas dengan mengenepikan kuasa legislatif.

Detik terakhir Kerajaan Perpaduan runtuh menimbulkan tanda tanya, apakah terdapat satu kuasa yang berselindung di sebalik pihak-pihak tertentu dalam usaha meruntuhkan kerajaan Perpaduan?. Alangkah sedihnya, kesan kejatuhan tersebut turut menggadai prinsip-prinsip yang memberi keuntungan kepada pihak musuh. Apa yang pasti pembubaran kerajaan Perpaduan seiring dengan perancangan barat dan Israel yang sememangnya gerun terhadap HAMAS.


Kini, HAMAS dipandang buruk bukan kerana kekurangannya mentadbir Kerajaan Perpaduan tetapi disebabkan keberanian dan kesungguh
an dalam membela dan mempertahankan hak Palestin berbanding kerajaan sebelum ini yang menyokong barat tetapi tiada perubahan untuk membawa keamanan di Palestin.

Tulisan ini adalah untuk menempelak sistem demokrasi barat yang mereka sendiri canangkan, tetapi mereka jugalah yang merosakkannya. Hakikatnya, HAMAS telah memperolehi dokongan suara majoriti rakyat Palestin dalam pilihanraya yang lalu tetapi kenapakah dipandang negatif? Menteri luar Itali, Massimo D'Alema mengkritik sikap barat yang cenderung berpandangan negatif terhadap HAMAS, sedangkan ia telah memperolehi dokongan majoriti rakyat Palestin. Beliau turut berpandangan HAMAS adalah parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkan hak Palestin dan menegaskan supaya masyarakat antarabangsa tidak mempedulikan tuduhan-tuduhan negatif terhadap HAMAS (Palestin-info,17 Julai 2007).

Sebelum ini,
kerajaan Republik Iran turut mempertikaikan pembubaran yang dilakukan oleh Abbas kerana tidak menghormati pendirian rakyat Palestin. Dalam masa yang sama Iran turut mendesak agar menghormati keputusan pilihanraya yang lalu (Al-Jazeerah). Namun, apakah kesudahannya? Kebenaran tersebut terus dinafikan. Di manakah suara-suara lain yang kuat mendokong demokrasi? Tidakkah merasai perjuangan yang mereka bawa selama ini telah dicemari oleh pihak yang mendokong kuat sistem tersebut?

Siapakah yang mempertahankan Palestin?

Pembubaran Kerajaan perpaduan merupakan nilai pertaruhan yang cukup berpotensi dalam usaha memporak-porandakan lagi Palestin. Palestin dari dahulu hingga sekarang sinonim dengan perjanjian damai, namun bagaimanakah bentuk perdamaian yang sepatutnya Palestin nikmati. Tidak kurang usaha mendaulatkan tanah suci itu pula mestilah berdasarkan ketetapan-ketetapan pihak tertentu. Kononnya, mereka menyuarakan keamanan tetapi catatan sejarah membuktikan retorik semata.

Kuasa besar, Amerika Syarikat(US) ternyata mendominasi keadaan di Palestin. Di samping rejim Israel terus menggiatkan perancangan dan konspirasi merampas keseluruhan tanah-tanah Palestin tanpa menghiraukan nyawa-nyawa penduduk Palestin. Mereka dengan ganas dan bangga melakukan sedemikian adalah kerana sikap US yang sentiasa mendokongi mereka, dalam masa yang sama sikap pemerintah umat Islam turut memberi kesan dengan menyebabkan keganasan tersebut tetap berlaku.

Anehnya, setelah kerajaan perpaduan dibubarkan nyawa masyarakat Palestin tetap menjadi taruhan. Bangunan dan tanah Palestin juga masih menjadi eksperimen kemusnahan. Apakah nilai janji Israel terhadap Palestin? Sedangkan mereka mengatakan, tekanan ke atas Palestin akan diringankan kerana kerajaan sementara yang ada sekarang telah mengiktiraf Israel malahan tidak ada anggota HAMAS di dalam kabinet kementerian tersebut. Mungkin juga, keamanan yang dimaksudkan hanyalah kepada pihak yang menjayakan perancangan mereka dan bukan kepada Palestin.

Seandainya, keamanan untuk pihak tertentu..bagaimanakah nasib masyarakat Palestin yang memerlukan pembelaan sewajarnya? Palestin pula..siapa yang pertahankan?.

Sekian.