(Terjemahan ucapan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu)
> Bismillahirrahmaanirrahim
> Tamhid/selawat dan salam buat Rasulullah SAw
> Ucapan hormat diakhiri penghormatan kepada saudara-saudara Palestin yang ada dalam majlis ini.
Dewan Kem Pembentukan Kepimpinan siri ke-5 |
'Sebelum ini kita telah bertemu di tanah Palestin, iaitu Semenanjung Gaza, namun pada hari ini, kita telah bertemu pula di tanah Mesir setelahmana kalian dapat melintasi tanah al-fayrouz (Sinai), ini adalah keberkatan dari revolusi 25 Januari yang merupakan pembuka ruang kepada islamiyyin muncul secara jelas di setiap penjuru; politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain lagi'. Maka, ini adalah nikmat daripada kesemua nikmat yang Allah Ta'ala beri kepada manusia yang membincangkan tentang Islam tidak sahaja dari kata-kata, akan tetapi juga dalam tindakan.
Kegelapan (kezaliman) itu telah berlalu, dan sekarang lahirnya sebuah kebangkitan meskipun banyak ancaman berada di hadapannya.
Dan jangan kita lupa saudara (ditegur jangan sebut kawan-kawan) kita di Syria dan Burma .. sehingga hari ini, mereka hidup bawah ancaman bom dan penyembelihan. Tambahan lagi, apa yang berlaku kepada sahabat-sahabat pelarian Syria, meskipun telah memasuki Mesir, namun mereka diburu orang-orang Asad (rujuk: suratkhabar Al-Masryoon, 25/09/2012) yang membawa misi penghapusan dan bunuh mana-mana anggota pembangkang mahupun pemuda revolusi Syria, menurut kenyataan Syeikh Mahmud Al-Ghamrawy, salah seorang anggota Rabitah An-Nahdhah Wal-Islah Syria.
Peduli kami terhadap permasalahan kalian meliputi setiap peringkat; golongan pelajar dan juga politik serta masyarakat.
Kedatangan saya hari ini membawa mesej 'sayang' daripada masyarakat melayu secara umumnya dan kiriman salam daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Pada waktu yang sama, saya Koresponden Media MAPIM Rantau Asia Barat .. di antara NGO Malaysia yang menjalankan program bantuan kepada sahabat-sahabat kami di Semenanjung Gaza (saya telah jelaskan sebentar tadi kepada Ketua Pengurusan Kem bahawa banyak NGO-NGO Malaysia yang terlibat membantu rakyat Palestin, satu persatu saya menyebut nama NGO).
Simpati kami terhadap isu Palestin bukan semata-mata dasar kemanusiaan dan bantuan sahaja, bahkan ianya berkaitan dengan akidah yang didasari dengan pemahamanan Islam dan inilah faktor kenapa dan mengapa isu Palestin dapat muncul dalam masyarakat kami di Malaysia.
dari pentas utama |
Ingin saya sebutkan dari pemerhatian, beberapa unsur yang membantu isu Palestin muncul di tengah-tengah masyarakat kami adalah berdasarkan kepada beberapa krisis besar seperti perang Gaza (akhir 2008 - awal 2009), sekatan Gaza yang berkaitan dengan Mavi Marmara, Al-Aqsa yang sentiasa berada dalam hati-hati kami, dan juga nama HAMAS yang saya tidak boleh nafikan, saya perlu menyebutnya dengan jujur bahawa ianya juga menaikkan isu Palestin di Malaysia. Tetapi yang tidak kurang penting, istilah 'zionis/Israel' juga memainkan peranan kerana ini adalah musuh disebabkan kezaliman mereka.
Apa yang saya harapkan di sini, walaupun kita orang Arab, Arab Palestin, Arab Mesir, melayu, dan mana-mana lagi tetapi kita adalah umat Islam bermakna kita adalah satu umat. Apabila timbul isu ini, ianya tidak sahaja berlegar-legar di kalangan kalian, namun ia juga adalah isu dan permasalahan kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada kalian yang juga mewakili kami selaku barisan utama yang mempertahankan tanah-tanah Palestin, mudah-mudahan kami sentiasa berada bersama kalian agar sentiasa tabah mempertahankan semua ini.
Buat yang terakhir, kami bersedia membantu kalian selagimana ada kudrat yang mampu dilakukan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Abu Ubaidah
Jam 02:00 petang
Kem Pembentukan Kepimpinan siri-5
(pemuda Palestin)
Mukhayyam Abu Qeir
26/09/2012