TERKINI - Pengumuman keputusan rasmi peringkat pertama pilihan parlimen Mesir ditangguhkan pada esok hari, Jumaat. Pada asalnya, pengumuman akan dibuat malam ini, namun beberapa masalah teknikal seperti ulangan kiraan undi yang belum selesai dan tuntutan segera dari AJK SPR supaya Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya Mesir membayar insentif kepada mereka yang berjumlah setiap seorang LE1000, malahan SPR tidak dapat menyediakan sepenuhnya kiraan undi dari seluruh UPU.
Keputusan tidak rasmi, parti Hurriyah Wal-Adalah, sayap politik kepada Jamaah Ikhwan Muslimin telah mendahului kiraan undi, diikuti Parti An-Nur(Salafi) dan aliran liberal.
Peringkat pertama, pilihanraya ini berlangsung di 9 buah wilayah dan sebanyak 36 buah parti bertanding. Peringkat kedua pula akan dijalankan pada pertengahan Disember 2011 juga melibatkan 9 buah wilayah yang berbaki dan begitu juga dengan peringkat ketiga melibatkan 9 buah wilayah yang lain pada awal Januari 2012.
Sumber:
01/12/2011, berita AL-JAZEERAH, IKHWANONLINE dan suratkhabar Masry Al-Youm