Sunday, November 22, 2009

Pentadbiran Sifar Rasuah

1) Hasil pelaksanaan polisi tender terbuka, Kerajaan Negeri memperolehi pendapatan sebanyak RM16.3 juta dari kawasan pembalakan seluas 1,000 hektar berbanding sebelum ini RM3 juta di kawasan yang sama.


2) Proses menyelesaikan masalah tanah di Kedah jauh lebih baik kerana ia hanya mengambil masa selama 30 hari sahaja berbanding di Negeri-negeri lain proses yang sama mengambil masa selama 140 hari.


3) Polisi mesra pelabur dan menolak konsep 'kos bawah meja' menyebabkan Kerajaan Negeri mendapat pertanyaan yang banyak dari para pelabur luar (luar Negara dan domestik) untuk melabur di Kedah.


4) Penyata kira-kira kewangan Negeri telah menunjukkan lebihan sebanyak RM28 juta selepas 6 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pemerintahan.


5) Mengadakan kursus kemantapan integriti dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INM) kepada semua ADUN dan ahli Parlimen seluruh Kedah.


6) Memberi kerjasama yang penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana anggota pentadbiran Negeri Kedah yang disyaki menerima rasuah.

Sumber : Galeri pameran, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

 "KEDAH SEJAHTERA"

Friday, November 20, 2009

Slide berceramah di Jubli Emas

GUAR CHEMPEDAK, 19 Nov - Satu perayaan Jubli Emas telah dilangsungkan hari ini di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak sehingga 22 November. Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan PAS kawasan Jerai mendapat respon dan sambutan yang baik daripada seluruh penduduk di Guar Chempedak.


Menurut seorang aktivis, Imran Abdullah 27 tahun bahawa pihaknya telah menyediakan 42 gerai jualan dan pameran sekaligus, menarik minat usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga bumiputera untuk turut serta dalam Jubli Emas tersebut.


Selain itu, pada sebelah malamnya pula, diadakan konsert kesenian Islam. Artis-artis yang diundang telah menghiburkan hadirin dengan seni lagu, lirik dan gaya yang tersendiri. Pak Long dengan lagu hitnya yang berjudul Asmaul-Husna, Demi Masa, Al-Jannah, Selagi Ada Rindu, Cinta Pantai Merdeka dan beberapa buah lagu telah menarik minat golongan muda. Selain itu, Seorang artis terkenal yang popular dengan lagunya Cinta Untuk Nabila, bagaimanapun telah digubah kepada Cinta Untuk Nabiku menunjukkan betapa kesedaran ke arah penghayatan Islam menjadi pemangkin kepada golongan artisan. Termasuk juga, pendeklamasian sajak oleh Amni Jagat memaparkan mutu sajak yang puitis dan kritis berkisarkan politikus yang menzalimi mereka. Pun begitu, tiada sorakan yang menggila seolah-olah pemuda dan pemudi tiada akhlak dan moral agama. Kesemuanya disambut dengan penghayatan yang mahukan keredhaan Allah.


Hiburan tanpa mengingati Allah adalah sia-sia dan membawa kecelakaan. Ternyata, pada malam tersebut turut adanya slot dari Ustaz Abdullah Khairi yang menyentuh sanubari hadirin dengan tayangan slide.


Slide yang berceramah (kiasan) yang diharapkan untuk membangkitkan kesedaran selepas mati telah menyentuh tubuh-tubuh yang hadir kerana tayangan tersebut memaparkan seorang pemuda yang lalai dengan kehidupan duniawi.


Saat itu, didatangi malaikat Izrail mencabut nyawanya dalam keadaan kefasikan kerana bertuhankan maksiat. Lebih menyedihkan lagi, rohnya terkapai-kapai dek amalan buruknya yang lebih berat berbanding amalan baik pemuda itu.


Menurut Ustaz Abdullah yang juga seorang penceramah menyatakan, tayangan itu berunsur motivasi untuk menyedarkan jiwa yang lalai.


Jelas beliau, ketika berceramah mungkin mereka yang mendengar ambil sikap acuh tak acuh, tetapi kali ini dengan tayangan slide yang pasti menggegarkan jiwa yang lalai agar kembali kepada Allah Ta'ala. Namun, slide itu dikatakan telah menimbulkan kontroversi.


Diakhir tayangan slide, Ustaz Abdullah Khairi mengejutkan penonton yang memenuhi ruang padang bersebelahan Dewan Serbaguna itu dengan kisah seorang juruterbang berbangsa India memeluk Islam kerana jenazah seorang ulamak haraki dalam kapal terbangnya dinaungi awan dan pernah tersiar di dalam majalah mastika.


Kisah ini boleh dirujuk dalam blog berikut :

Tinjau-tinjau

Rakan-rakan

Jumlah Terkini Mangsa keganasan US di Iraq
Just Foreign Policy Iraqi Death Estimator
Perang Gaza :Al-Qassam mampu