Wednesday, April 18, 2012

Rasmi: 10 calon telah disingkirkan dari pilihanraya Presiden

Hakim Farouk Sultan

Laporan jam 08:00 malam, waktu Kaherah

KAHERAH - Suruhanjaya Pilihanraya Presiden yang diketuai hakim Farouk Sultan selaku Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya dan Ketua Mahkamah Perlembagaan Tertinggi telah menyetujui sebulat suara petang tadi (Selasa, 17/04/2012) menyokong keputusan yang lepas bagi menyingkirkan 10 pencalonan dalam pilihanraya Presiden Republik Arab Mesir. Dijadualkan pilihanraya ini berlangsung pada 23 dan 24 Mei akan datang. 

Kesemua calon yang disingkirkan, Omar Sulaiman, bekas Timbalan Presiden, Khairat As-Shatir, bekas Naib Murshidul Am Ikhwan Muslimin, Hazim Salah Abu Ismail selaku peguam, Dr. Aiman Nur selaku Presiden Parti Ghad Al-Thaurah, peguam Murtadha Mansur, Ibrahim Ahmad Al-Gharib selaku guru bahasa inggeris, Ahmad Muhammad Audh selaku pakar arkeologi, Mamduh Qutb selaku bekas pegawai Perisikan Am, Husam Khairat dan Asyraf Barumah.

Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya yang dianggotai lima hakim besar memutuskan perkara ini selepas diadakan perjumpaan yang lama iaitu sejak pagi tadi(Selasa). Demikian itu, anggota Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya sebulat suara membantah rayuan yang dikemukakan oleh calon-calon. 

Sumber: 
17/04/2012, web berita Shorouknews.com