KAHERAH, 12 Ogos - "Hari ini, kuasa pemerintah memang betul-betul berpindah kepada Presiden yang dipilih rakyat," demikian ulasan Dr. Abdul Mun'im Abul Futuh, bekas calon pemilihan Presiden Republik Arab Mesir.
Tambah beliau lagi menerusi jaringan sosial 'TWITTER', "kehendak revolusi sentiasa dituruti..dan pertempuran kami akan datang adalah dengan perlembagaan yang menjamin hak-hak rakyat ini meskipun sesiapa sahaja yang memerintah."
Beliau mengulas sedemikian setelahmana Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi menetapkan keputusan memindahkan (memecat) Panglima Tentera, Muhammad Hussien Tantawi kepada pesara dan melantiknya sebagai penasihat Presiden. Begitu juga Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir, Al-Fariq Sami Anan juga dipindahkan kepada pesara, kemudian dilantik sebagai penasihat.
SHOROUK: Menteri Pertahanan Mesir yang baru mengangkat sumpah
Memetik dari halaman facebook penulis, hakim Mahmoud Mahmoud Muhammad Makki telah mengangkat sumpah di hadapan Presiden Mesir setelah ditabalkan sebagai Naib Presiden Republik Arab Mesir. Begitu juga, Al-Fariq Al-Awwal Abdul Fattah Khalil As-Sisi mengangkat sumpah sebagai Panglima Umum Angkatan Tentera Mesir dan selaku Menteri Pertahanan Mesir bagi menggantikan Panglima Tentera Mesir, Hussien At-Tantawi. Manakala, jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir digantikan Al-Fariq Sidqi Sobhi.
Tambahan dari berita lain, Presiden Republik Arab Mesir, Dr. Muhammad Mursi telah mengeluarkan satu ketetapan bagi membatalkan pengumuman 'Perlembagaan Lengkap' yang dikeluarkan oleh Majlis Angkatan Tertinggi Tentera menjelang pilihanraya (pemilihan) Presiden peringkat ulangan baru-baru ini.
Seperti yang dimaklumi, Dr. Abdul Mun'im adalah bekas pimpinan Ikhwan Muslimin dan bekas salah seorang anggota Maktab Irshad Ikhwan. Namun beliau digugurkan keanggotaannya disebabkan beliau membuat pengumunan akan sertai pemilihan Presiden Mesir. Pada ketika itu, Ikhwan Muslimin tidak berhasrat untuk mengintai jawatan Presiden dan memutuskan mana-mana anggotanya yang bertindak mencalonkan diri ke dalam pemilihan Presiden akan dipecat. Dari sudut lain kerana ia melanggar keputusan 'syura' Ikhwan. Pun begitu, pencalonan Dr. Mursi adalah disebabkan faktor pergolakan politik yang tidak stabil ekoran ancaman sengit dari saki-baki pemerintah yang lalu (fulul) dan kuasa mahkamah yang menghadang kenaikan As-Shattir.
Sumber utama: 12/08/2012, web berita Paltimes, web berita Shorouk dan pesanan ringkas Rnn
Berikut adalah keputusan undian pilihanraya Presiden Mesir dalam dan luar negara yang mengesahkan kedua-duanya layak ke peringkat pusingan ulangan pada bulan Jun akan datang. Keputusan yang terbaru ini diterbitkan pada jam 08:05 malam, waktu Mesir berdasarkan dari pungutan-pungutan undian dari saluran-saluruan undi. Bagaimanapun, keputusan rasmi akan akan diumumkan pada hari Selasa akan datang.
Admin menukil salinan prt + sc dari web rassd.com untuk tatapan pembaca.
Calon dari Ikhwan Muslimin dan Parti Hurriyah Wal-Adalah, Muhammad Morsey menyatakan bahawa pemerintahan Mesir yang baru tidak akan membiarkan begitu sahaja Palestin yang dirundung sekatan zionis dan penjajahannya. Sebagai seorang Presiden Mesir, tidak boleh tunduk kepada dasar yang telah ditentukan oleh pihak luar.
Pendirian terhadap Tantawi
Muhammad Morsey Presiden Parti Hurriyah Wal-Adalah
Berhubung pendiriannya terhadap Panglima Marshal Tantawi sama ada di pilih menjadi Menteri Pertahanan dalam kerajaan akan datang, kata beliau, "Sebaik sahaja terlantik menjadi Presiden Republik Arab yang dipilih oleh rakyat Mesir untuk membentuk kerajaan, jalan perbincangan merupakan satu mekanisme yang menjadi penyelarasan dan kerjasama bagi memilih Menteri-menteri dalam portfolio yang sesuai, dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera merupakan pihak yang layak untuk berbincang memilih Menteri Pertahanan, namun bukannya dengan cara penentuan."
Antara petikan ucapan beliau
Petikan dari kata-kata beliau,"wujudnya pemerintah adalah dari pilihan masyarakat dalam pilihanraya parlimen, shura dan begitu juga pilihanraya Presiden, juga dalam rombakan perlembagaan, semua ini adalah kali pertama dalam sejarah Mesir tanpa ditentukan oleh satu-satu pihak, " nyata beliau lagi, "Mesir akan membangun dengan kebangkitan yang besar malah kebangkitan ini turut seiring dengan kebangkitan saudara-saudaranya dari Negara-negara Arab yang lain."
..satu perkara yang mesti di ketahui, pada kita adanya sebuah kebebasan malah berupa tanggungjawab.
Kebebasan yang dimaksudkan adalah memberikan pandangan dan menyoalkan tindakan yang menyalahi batas agama, pihak yang melanggar dan menafikan hak-hak yang sedia ada. Juga berhak mengkritik setiap tindakan yang bertentangan dengan nilai moral dan etika kemanusiaan..
Top 10 places you aren't allowed to visit
-
*Top 10 places you aren't allowed to visit*
This are top ten places that are not really allowed to visit especially if
your are general public.click...