Thursday, August 2, 2007

Tembok pemisah: rantaian mencengkam Palestin


Para penduduk, aktivis, menteri dan anggota dewan undangan mengadakan demonstrasi aman menentang Tembok di Qalqilia


Anggota Kebangsaan dan Umum Menentang Tembok dan Penempatan. Mereka mengadakan demonstrasi aman menentang Tembok Tambahan Israel di perkampungan Izbit Al-Tabeeb, berhampiran Qalqilia, Bandar utara Tebing Barat pada hari Ahad. Beberapa menteri dan anggota dewan undangan terlibat dalam demonstrasi bersama aktivis keamanan kebangsaan.

Jaringan Berita Palestin melaporkan antara peserta-pesertanya adalah Menteri Keadilan Mohammad Al-Aloul, anggota-anggota Dewan Perundangan Rakyat Palestin Hasan Khreisha, Khalida Jarrar, Waleed Assaf, Ahmad Hazza’ dan Abdul Rahman Barham.

Gabenor Qalqilia dan beberapa tokoh kebangsaan turut serta dalam demonstrasi tersebut.

Dr. Mohammad Al-Abboushy, salah seorang pemimpin Inisiatif Kebangsaan Rakyat Palestin turut menyertai demonstrasi itu dan menyatakan bahawa tindakan aman ini timbul untuk menguatkan kesabaran dan pengorbanan rakyat Palestin terhadap pendudukan, penempatan dan Tembok Tambahan.

Al-Abboushy menambah perjuangan rakyat Palestin menentang pendudukan adalah sebuah perjuangan untuk tanah dan timbulnya pendekatan untuk keamanan yang sebenar dengan berakhirnya pendudukan rakyat Israel, memindahkan penempatan dan mendirikan sebuah negara rakyat Palestin yang merdeka di dalam kawasan yang diduduki sejak tahun 1967.

Sementara itu, Menteri Keadilan Mohammad Al-Aloul berkata bahawa kesukaran perjuangan terhadap pendudukan adalah perjuangan untuk tanah dan kewujudan dan Israel sedang mencuba menghalang pembinaan sebuah keagungan negara rakyat Palestin yang merdeka dengan pembinaan Tembok dan penempatan.

Beliau mendesak masyarakat antarabangsa bertindak menentang Tembok Tambahan dan penempatan di Tebing Barat yang diduduki.

Gabenor Qalqilia juga berkata kawasan itu terlibat dengan satu “serangan ganas dengan pembinaan penempatan dan Tembok” sejak Tembok itu menukar Qalqilia dan perkampungan serta bandar di sekelilingnya menjadi penjara yang tertutup.

“Tindakan ini menunjukkan salah satu tindakan diskriminasi bangsa terburuk dalam sejarah moden” beliau menambah.

Beberapa ahli undangan berkata demonstrasi ini juga merupakan satu seruan untuk kesatuan bangsa antara rakyat Palestin dan lawannya untuk bersatu menentang penempatan rakyat Israel dan aktiviti penambahan yang mana menyerang kehadiran rakyat dan kemerdekaan negara Palestin.


Israel menimbang untuk menukar arah Tembok bagi mencipta ‘perimeter’ mengelilingi penempatan


Sumber rakyat Israel melaporkan pada Selasa malam bahawa senior ketenteraan rasmi Israel sedang mengambil kira sebuah plan lain untuk Tembok Haram, dengan menutupnya ke sekeliling penempatan dan penghalangnya untuk membiarkan mereka dalam kawalan Israel di sebelah Tembok.

Online harian Israel, Haaretz, melaporkan bahawa pihak tentera sedang menimbangkan untuk membiarkan satu plan yang memasukkan penambahan penempatan dalam Tembok, tetapi sedang menimbangkan sebuah plan lain yang cenderung untuk menutup Tembok Haram sekeliling penempatan Immanuel dan Kedumin supaya dapat memasukkan kedua-duanya ke sebelah Tembok kepunyaan Israel.

Plan itu juga termasuk menambah lebih banyak tanah rakyat Palestin untuk membina lebih banyak bahagian untuk Tembok tersebut di sekeliling penempatan.

Israel juga merancang untuk membiarkan penempatan kesatuan Ariel, di kawasan utara Tebing Barat dan penempatan lain di dalam sebelah Tembok yang dikawal Israel. Rancangan ini adalah satu penyimpangan yang lengkap dari rancangan kerajaan yang diterima kabinet rakyat Israel pada tahun 2003.

Menurut Mahkamah Tinggi Keadilan Israel, rancangan asal berjalan mengikut Jalur Hijau, tetapi yang terbaru menyusur lebih dalam melalui kawasan yan diduduki oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun, pembinaan sebenar Tembok pada masa lepas telah menunjukkan tiada kaitan dengan rancangan sebenar, malah Tembok itu telahpun menjalarkan laluannya di sekitar Tebing Barat, menambah tarahan tanah rakyat Palestin secara melampau dan memenjarakan seluruh bandar, pekan dan kampung rakyat Palestin.

Haaretz juga berkata bahawa Perdana Menteri Israel Ehud Olmert, baru-baru ini membenarkan perubahan-perubahan tambahan terhadap arah Tembok untuk menambah dua bahagian penempatan ke dalam Tembok, satu bahagian dari Bait Aryeh hingga Ariel dan satu bahagian lagi dari Alfei Menashe hingga Kedumin.

Bahagian Tembok di kawasan tersebut masih belum lengkap dan di situ masih terbentang 6 kilometer tanah yang terbuka. Hagai Alon, penasihat diplomatik bagi Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz, telah menghubungi Shaul Arieli, seorang pemangku colonel tentera Israel dan meminta beliau untuk menyediakan arah lain bagi Tembok, Haaretz menambah.

Arieli telah menyerahkan usulnya bulan lepas, dan menyatakan bahawa Negara-negara Bersatu menentang arah Tembok terkini yang telah dibenarkan oleh kabinet Israel tahun lepas, semenjak Tembok itu keseluruhannya menghalang sempadan geografi kepunyaan kawasan-kawasan Palestin dan menjadikan negara masa depan Palestin yang berpotensi menjadi mustahil.

Arieli juga menyatakan jika permohonan menentang arah Tembok itu telah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi, permohonan itu menjadi lebih sukar untuk disingkirkan sejak mereka berhadapan dengan masalah kemanusiaan.

Beliau berkata Israel mesti menutup celahan antara penempatan Ofarim dan Elkana dan mencadangkan penempatan tersebut perlu membentuk ‘tiga kawasan keselamatan istimewa’.
Kawasan pertama di sekeliling penempatan kesatuan Ariel, kedua di sekeliling penempatan Immanuel dan Karmei Shomron manakala yang ketiga berhampiran penempatan Bait Aryeh dan Ofraim.

Menurut Arieli, plan ini menutup celahan, mengekalkan keperluan keselamatan Israel dan penduduk Israel dari sebarang konflik di Tebing Barat. Apa yang beliau gagal katakan ialah plan itu keseluruhannya haram.

Bethlehem: para aktivis menanam pokok-pokok sebagai peringatan kepada para pelajar yang terbunuh di Virginia

Penduduk Palestin dan aktivis keamanan antarabangsa, termasuk rakyat Amerika dan Israel, mengadakan sebuah demonstrasi yang diadakan pada hari Jumaat menentang Tembok Tambahan yang mengelilingi dan menyesakkan perkampungan Um Salmouna, berdekatan sebuah bandar Tebing Barat, Bethlehem dan menanam 32 batang pokok untuk memperingati para pelajar yang terbunuh di Virginia-Amerika Syarikat apabila seorang pelajar telah mula menembak rakannya di Virginia Polytechnic Institute and State University.

Para penunjuk perasaan telah menanam pohon zaitun untuk memperingati kehilangan dalam tembakan yang dasyat itu. Semua pohon tersebut telah ditanam di kawasan tentera Israel menyodok tanah dan mencabut pokok-pokok untuk membina Tembok Tambahan.

Tembok itu dibina mengelilingi kampung Um Salmouna bermula dua bulan lepas; Tembok itu akan bertambah dan mengasingkan lebih daripada 1500 Dunam atau kebun kepunyaan para penduduk.

Para penunjuk perasaan juga membawa bendera Palestin dan poster mengutuk segala keganasan dan serangan terhadap penduduk Palestin dan tanah mereka.

Khalid Al-Azza, ketua Anggota Pertahanan Negeri di Bethlehem, menyatakan bahawa idea penanaman pokok itu adalah untuk melahirkan penolakan rakyat Palestin terhadap semua penyembelihan dan jenayah menentang penduduk yang tidak bersalah tanpa mempendulikan warna kulit, bangsa kulit dan etnik.

Beliau juga mengutuk dasar-dasar Amerika, pendudukan Iraq dan dasar-dasar Negara-negara Bersatu di Afghanistan dan negara-negara lain. Beliau selanjutnya berkata bahawa Negara-negara Bersatu sebenarnya tidak berminat dalam memberhentikan pertumpuhan darah di Palestin dan terus menyokong pendudukan Israel.

Sami Awad, ketua Yayasan Harapan Tanah Suci, menekankan kepentingan perjuangan aman menentang dasar-dasar Israel, pendudukan, penempatan dan Tembok.

Beliau menyatakan bahawa rakyat Palestin semakin kuat daripada pendudukan sejak mereka mempertahankan keadilan dan berjuang untuk kebebasan dan kemerdekaan, yang merupakan keadilan yang dijanjikan oleh kebiasaan dan peraturan antarabangsa.

Tambahan lagi, Mahmoud Rasheed, ketua majlis kampung Um Salmouna, berkata bahawa Tembok ini adalah sebuah bencana terhadap kampung ini dan perkampungan sekitarnya sejak Tembok tersebut mengasingkan 1500 Dunam serta menghalang jalan utama yang menghala ke perkampungan tersebut.

Beliau menambah bahawa Tembok ini akan mempengaruhi kawasan Bethlehem secara keseluruhannya kerana perkampungan tersebut membekalkan kawasan sayur-sayuran dan buah-buahan, tetapi kini ribuan kediaman menghadapi keadaan ekonomi yang buruk selepas mereka tidak dapat masuk ke tanah mereka secara kerap dan tidak dapat menjual hasil pertanian mereka.

Mahmoud Zawahra, ketua anggota penentang Tembok di perkampungan selatan Bethlehem, memohon badan-badan antarabangsa dan Bangsa-bangsa Bersatu, supaya campur tangan dalam menyingkirkan Tembok kerana Tembok tersebut mengasingkan kediaman mereka dari kebun-kebun, sekolah-sekolah, kemudahan-kemudahan perubatan dan memutuskan perhubungan mereka dengan negeri lain.

Serena, aktivis keamanan Amerika, berkata aktiviti seperti ini memberikan beliau perasaan yang bercampur antara kelegaan dan kesedihan kerana aktiviti tersebut menghubungkan penduduk-penduduk yang berbeza dalam perpaduan dan memperingati penyembelihan di Virginia untuk membuktikan bahawa darah manusia adalah berharga dan tidak seharusnya ditumpahkan.

Beliau juga berkata rakyat Palestin menderita disebabkan pendudukan, berdarah dari senjata-senjata dan tembok-tembok dan penderitaan tersebut perlu ditamatkan.



Kediaman Barta’a dan kawasan sekelilingnya terasing dan kerap diserang

Wasfy Qabha, Menteri Palestin yang bertanggungjawab dalam tugas Penempatan dan Tembok melaporkan bahawa Israel telah meningkatkan serangannya terhadap penduduk Palestin dan institusi-institusi serta Tembok Tambahan juga telah keseluruhannya mengasingkan kediaman-kediaman di kampung Barta’a dan kawasan sekelilingnya.

Qabha menyatakan kediaman-kediaman di Barta’a, Um Al-Reehan, Khirbit Abdullah Younis, Al-Mintar Al-Sharqy dan Al-Mintar Al-Gharby sepenuhnya diasingkan oleh Tembok dan penduduk-penduduk dipaksa melalui sebuah pintu yang dikawal oleh pengawal Israel yang kerap menutupnya tanpa sebarang sebab atau notis awal.

Beliau menambah para penduduk diseksa dan diserang oleh askar-askar di pintu tersebut dan serangan dan keganasan tersebut meningkat secara mendadak apabila pihak tentera mula memindahkan tanggungjawab ‘keselamatan’ terhadap pintu tersebut kepada sebuah syarikat keselamatan persendirian Israel.

Qabha berkata Israel tidak berminat terhadap keamanan dan mahu meneruskan keganasannya sehingga menjadi kehidupan harian bagi para penduduk yang tidak mampu menanggungnya untuk memaksa mereka meninggalkan rumah dan tanah.

“Israel mahu tanah tanpa penduduknya,” Qabha menyatakan, “Kami perlu mendedahkan pengharaman tindakan dan serangan Israel, Israel sedang memaksa para penduduk keluar dari tanah mereka.”

Qabha menyeru Bangsa-bangsa Bersatu, Setiausaha Umumnya dan masyarakat antarabangsa supaya melaksanakan keputusan antarabangsa dan beliau menambah bahawa dunia perlu ingat keputusan ahli penasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memutuskan Tembok Tambahan sebagai haram sejak Tembok tersebut dibina di atas tanah rakyat Palestin dan mengasingkan para penduduknya.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa supaya mendedahkan keganasan, penyerbuan, pembunuhan, serangan dan rampasan tanah oleh Israel.

Qabha menambah lagi, masyarakat antarabangsa perlu menghantar pemerhati untuk menyaksikan keganasan Israel terhadap penduduk Palestin serta keganasan di tempat pemeriksaan dan pintu-pintu Tembok Tambahan.


Israel akan membina bahagian Tembok yang akan menambah ribuan Dunam di Bethlehem

Pihak Berkuasa Israel telah memulakan pembinaan satu bahagian baru bagi Tembok Tambahan di atas tanah Beit Jala, pekan Palestin berdekatan Beithlehem yang akan membawa kepada barlanjutnya penambahan dan kemusnahan kebun-kebun rakyat Palestin.

Lingkungan Tembok tersebut terletak berdekatan ‘Jalan Terowong’ yang menghubungkan antara penempatan Jerusalem dan Israel di bahagian selatan Tebing Barat.

Para saksi melaporkan bahawa askar-askar telah menyodok dan mencabut ribuan pohon zaitun yang mana telah ditanam lebih 100 tahun dahulu.

Jurutera Majlis Perbandaran Beit Jala, Samia Zeit menyatakan bahawa Tembok tersebut akhirnya akan mengasingkan 6 ribu Dunam di dalam kawasan tersebut, termasuk tanah milik Kristian ‘Covent of Cremisan’, dan akan mengasingkan rumah-rumah paderi dan biarawan wanita, dengan tambahan pengasingan sepenuhnya kebun-kebun rakyat Palestin yang memanjang hingga ke perkampungan Al-Khader.

Ziet menambah pihak berkuasa Israel permulaannya menyiapkan pembinaan satu bahagian Tembok tersebut di dalam kawasan Makam Rachel, utara Bethlehem, dan kawasan Jalan Terowong, kawasan penempatan Har Gilo dan sekarang sedang membina bahagian baru ini selepas menyediakan struktur dalaman seperti paip kumbahan dan jalanraya.

Datuk Bandar Beit Jala, Jurutera Rajee Zeidan, berkata bahawa apa yang sedang berlaku adalah suatu kecelakaan sebenar yang sedang mempengaruhi pertanian, perpecahan masyarakat dan sector-sektor ekonomi, dan Tembok tersebut akhirnya akan mengasingkan Beit Jala sepenuhnya dari Jerusalem, dan akan mengasingkan Bandar tersebut dari kebun-kebunnya dan tanah pertanian.

Zeidan memohon kumpulan-kumpulan hak-hak kemanusiaan antarabangsa dan Bangsa-bangsa Bersatu supaya bertindak menghentikan keganasan dan perlakuan-perlakuan haram Israel.


Israel mula membina tembok haram berdekatan Bandar Beit Jala di dalam kawasan Beithlehem

Bermula minggu ini, askar Israel telah mula membina satu bahagian tembok haram yang sangat besar di atas tanah yang telah dirampas dari rakyat Palestin berdekatan Bandar Beit Jala, berdekatan Bandar Bethlehem di selatan Tebing Barat.

Tembok tersebut yang melingkungi jalanraya untuk ‘penduduk’ sahaja yang menghubungkan penempatan haram Israel di bahagian selatan dengan Jerusalem, akan menambah 6000 Dunam (1500 ekar) untuk tanah pertanian milik rakyat Palestin dari Beit Jala.

Bulldozer Israel telah memusnahkan tanah dan mencabut pohon-pohon zaitun yang berusia sejak seribu tahun dahulu, menurut petani tempatan.

Samiah Zeit, jurutera perbandaran Beit Jala, berkata bahawa penyempurnaan bahagian tembok haram ini bermakna Bandar tersebut tidak akan mempunyai sebarang tanah lagi untuk diperluaskan, dan hal ini juga membawa kepada kemusnahan sepenuhnya industri pertanian di dalam Bandar tersebut kerana semua tanah pertanian telah berada di dalam tembok tersebut, di bahagian Israel.

Beliau menambah bahawa pihak perbandaran sedang berusaha bersama penduduknya untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Keadilan Israel untuk menyelamatkan tanah mereka. Ziet telah memberitahu IMEMC bahawa askar Israel telahpun membina tembok tersebut mengikut bahagian dan berlainan peringkat supaya laluan terakhir tembok tersebut tidak akan jelas hingga peringkat terakhir. Datuk Bandar Beit Jala, Rajee Zeidan, memberi amaran Bandar tersebut akan menghadapi kecelakaan yang sebenar kerana Bandar itu mengalami kehilangan seluruh tanahnya kepada tembok haram Israel.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang berpangkalan di Hague, Netherlands, telah menguatkuasakan pada Julai 2004 bahawa tembok tersebut adalah haram dan Israel mesti berhenti membinanya dan membuka bahagian-bahagian tersebut yang mana telahpun lengkap, untuk mengimbangi bahagian yang dipengaruhinya.

PLO menuntut agar kes Tembok dibincangkan di Majlis Keselamatan

Jabatan Kebangsaan dan Antarabangsa, Badan Pembebasan Palestin (Palestinian Liberation Organization-PLO) menerbitkan sebuah akhbar yang menandakan ulang tahun ketiga satu perintah nasihat dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague, mahkamah yang membuat kenyataan bahawa Tembok Tambahan Israel adalah haram.

PLO menuntut supaya fail Tembok Tambahan perlu dibincangkan di Majlis Keselamatan kerana Israel sedang membinanya di atas kawasan pendudukan rakyat Israel dan tembok tersebut mengasingkan para penduduk antara satu sama lain serta tanah mereka.

Bangsa-bangsa Bersatu menyokong perintah nasihat mahkamah antarabangsa tersebut pada Julai 2004.

PLO menyatakan bahawa Israel telah menolak perintah itu dan meneruskan pembinaan tembok yang akan memanjang 700 kilometer, dan menambah hingga kini lebih 300,000 Dunam, di tambah lagi mengasingkan berdozen-dozen kebun Dunam di sebalik tembok tersebut.

Tambahan lagi, PLO menyatakan bahawa Israel sedang cuba untuk menzahirkan perlakuan-perlakuan baru di atas tanah tersebut untuk menghalang kemungkinan-kemungkinan terciptanya potensi Negara Palestin dengan kesinambungan geografi.

Jabatan PLO menambah bahawa Tembok Tambahan tersebut adalah suatu jenayah menentang kemanusiaan dan suatu kejahatan terhadap rakyat Palestin yang memanjangkan tangan mereka demi keamanan sementara Israel sedang membina Tembok tersebut dan melakukan lebih banyak jenayah terhadap para penduduk.

Jabatan tersebut menyeru masyarakat antarabangsa supaya campur tangan dan mengeluarkan resolusi-resolusi dalam majlis keselamatan untuk mendesak Israel menamatkan keganasan yang masih berlaku terhadap rakyat Palestin, dan mengganti kerugian mereka.


Tentera Israel menghalang petani dari mendapatkan tanah mereka di Al-Zawia

Askar-askar Israel mengawal sebuah pintu di Tembok haram Israel yang mengasingkan perkampungan Al-Zawia di utara Tebing Barat dari tanah pertaniannya. Mereka enggan memberi para petani mendapatkan tanah mereka pada hari Khamis.

Para petani melaporkan bahawa, ketika mereka menghampiri pintu tersebut, askar-askar menutupnya, enggan memberi mereka masuk dan memaksa mereka meninggalkan kawasan tersebut. Sumber tempatan menambah bahawa hampir kesemua tanah terperangkap di belakang Tembok merupakan satu-satunya sumber pendapatan petani-petani tersebut, dan tidak dapat mengumpul zaitun dan buah badam yang ditanam di situ bermakna mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan. Sumber-sumber tersebut menyeru golongan hak-hak kemanusiaan, tempatan dan antarabangsa supaya campur tangan dalam menghentikan penderitaan para petani tersebut.

Laporan Bangsa-bangsa Bersatu: “Tembok Tambahan akan mengasingkan Jerusalem dari Tebing Barat”

Bangsa-bangsa Bersatu mengeluarkan satu laporan pada hari Isnin menyatakan Tembok Tambahan Israel yang sedang dibina di pendudukan Tebing Barat akan mengasingkan sepenuhnya kawasan kediaman rakyat Palestin di Timur Jerusalem dari kawasan lain Tebing Barat.

Laporan tersebut menambah bahawa hal ini bermakna rakyat Palestin akan dihadkan dari berhubung dengan tempat-tempat kerja, hospital-hospital, kemudahan-kemudahan pendidikan dan tempat-tempat ibadat.

Online harian Israel, Haaretz, melaporkan bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan oleh pejabat Bangsa-bangsa Bersatu yang bertanggungjawab terhadap Penyelarasan Kebajikan Manusia (Coordination of Humanitarian Affairs-OCHA), dan laporan tersebut mendedahkan bahawa Israel telah menyiapkan lebih dari separuh haluan Tembok yang dirancang. Tembok tersebut telah mula dibina pada tahun 2003.

Menteri Pertahanan Israel tidak membuat sebarang ulasan terdekat tentang laporan tersebut. Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah mengeluarkan satu perintah pada tahun 2004 mengharamkan Tembok Tambahan yang menanggalkan kawasan pendudukan kepunyaan rakyat Palestin, tetapi Israel tidak mengendahkan perintah tersebut dan meneruskan pembinaan Tembok, jelas laporan tersebut.

Bangsa-bangsa Bersatu juga menyatakan Israel kini sedang membina bahagian lain Tembok tersebut berdekatan Bethlehem yang akan sepenuhnya mengasingkannya dari Jerusalem. Tembok tersebut juga menghadkan kemungkinan-kemungkinan pembinaan sebuah negara Palestin yang berkesinambungan di dalam penempatan yang dihuni sejak tahun 1967 termasuk Timur Jerusalem. Tambahan lagi, Haaretz melaporkan bahawa Menteri Luar Netherlands, Maxime Verhagen, memberi amaran pada bulan lepas sebuah syarikat pembinaan Denmark kerana penglibatannya dalam pembinaan Tembok haram tersebut dan menuntutnya menamatkan penglibatan tersebut dalam pembinaan itu.

Syarikat Riwal sedang membekalkan Israel dengan kren-kren untuk Tembok tersebut; Verhagen berkata bahawa kerajaannya akan memantau tindakan syarikat tersebut.

Haaretz juga menyatakan bahawa laporan Bangsa-bangsa Bersatu tersebut telah membongkar 50,000 rakyat Palestin yang akan sepenuhnya terasing dari kediaman 2.5 juta penduduk Palestin di Tebing Barat. Laporan tersebut menambah penduduk tersebut tidak dapat berhubung dengan sekolah-sekolah, klinik-klinik dan kedai-kedai dan tidak akan dapat memasuki Israel atau kediaman Tebing Barat tanpa kebenaran khas yang dikeluarkan oleh Yahudi.

Laporan Bangsa-bangsa Bersatu juga mendedahkan bahawa terdapat 10 bandar di bahagian utara Tebing Barat kurang berhubung dengan kemudahan keselamatan sejak mereka diasingkan oleh Tembok tersebut.

Tetapi, apabila rakyat Palestin memohon kebenaran itu, mereka akan ditolak dalam hampir kesemua kes terutamanya selepas Israel mengetatkan prosedurnya, dan hanya akan membenarkan 40% petani Palestin mendapatkan tanah mereka sendiri yang terasing di sebelah dalam Tembok.

Walaupun Israel mengaku bahawa pembinaan Tembok ini untuk kepentingan keselamatan, lebih dari 80% dari Tembok tersebut dibina di atas tempat kediaman Tebing Barat yang melingkungi lebih banyak tanah serta mengasingkan lebih banyak kebun dan tempat-tempat tinggal.

Sumber rujukan:

The Wall,
http://www.imemc.org/

Artikel kolum ini telah diterjemahkan oleh mahasiswi perubatan, Universiti Tanta bagi tujuan pameran di Mini-Pavilion 'From Palestin With Love' yang bertempat di Dewan Zahbiah, Mansurah. Pameran tersebut dijadualkan berlangsung pada 4 & 5 Ogos 2007 dianjurkan oleh PMRAM yang menggabungkan DPM-DPM sempena konvensyen SEJAK 15 tahun. Semoga Allah memudahkan segala urusan yang berkaitan.

0 comments: