Tanggal Julai 1949, pada minggu yang sama dengan minggu yang termeterainya perjanjian di antara Negara penjajah Israel dengan Syria. Ben Jarion telah menghimpunkan lebih daripada 10 orang. Pakar geografi terutamanya, sejarah (keluasan) satu ahli agamawan mereka(pakar Taurat). Tujuan dari perhimpunan ini adalah untuk menyempurnakan operasi ketiga dan yang terakhir peperangan 1948/1949.
Operasi pertama berbentuk ketenteraan
Operasi ini bermula pada bulan Mac 1948. Matlamat utamanya adalah serangan zionis ke atas penduduk Palestin. Perang ini berakhir pada Mac 1949 setelah Israel berjaya menjajah dan menawan lebih dari 78% dari tanah Palestin. Ini adalah hasil daripada proses ketenteraan secara licik yang dilakukan oleh mereka ke atas bumi Palestin dengan bantuan satu kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Britain sekitar tahun 1920-1948. Pada masa itu, keluasan tanah yahudi tidak melebihi 5% daripada keluasan bumi Palestin secara keseluruhan.
Begitulah strategi licik zionis yang sudah dirancang sebelumnya. Sekitar era tersebut (1920-1948), sedikit demi sedikit mereka (zionis) berjaya menawan bangsa arab Palestin. Lebih-lebih lagi ketika kesatuan Arab sudah retak dan mereka berpecah belah mengikut pemimpin kesukaan mereka masing-masing. Lebih drastik mereka lebih tragis lagi bilamana zionis berjaya menawan 4/5 daripada bumi Palestin dengan menggunakan kekuatan ketenteraan tanpa sandaran undang-undang yang betul. Malah lebih dahsyat dari itu, tentera zionis tidak berhati perut.
Operasi kedua bergerak selari dengan operasi pertama
Operasi ini masih berterusan sehinggalah ke hari ini. Matlamat utama operasi peringkat kedua ini ialah bagi melenyapkan terus penduduk asal bumi Palestin ini. Jalan yang mereka gunakan adalah dengan menghalau keluar penduduk-penduduk asal bumi Palestin dan merampas hak milik mereka seperti tanah-tanah, kebun mahupun kediaman mereka.
Negara penjajah zionis (Israel) telah berjaya mengusir keluar penduduk Palestin dari 670 bandar serta kampung-kampung sekitarnya. Lebih buruk mereka telah melakukan lebih daripada 73 kali pembunuhan beramai-ramai. Kawasan-kawasan penempatan penduduk asal Palestin dirobohkan, hasil tanaman serta kebun mereka dibakar, manakala sumber-sumber air penduduk diracun. Lebih ganas, tindakan mereka membunuh sesiapa sahaja di kalangan penduduk Palestin yang cuba kembali ke rumah mereka, di anggap penceroboh.
Negara penjajah Israel telah melakukan berbagai-bagai bentuk kekejaman serta jenayah perang sebagaimana yang digambarkan oleh undang-undang antarabangsa. Malah tindakan ketenteraan, serta kekejaman mereka bolehlah di anggap sebagai operasi pembersihan (penyahan) yang paling lama, paling besar malah paling terancang dalam sejarah moden. Atas alasan ini, maka tidak peliklah jika penduduk-penduduk Palestin khasnya, bangsa arab dan orang-orang Islam umumnya menganggap keganasan zionis sebagai satu malapetaka.
Ben Jorion tidak berhenti setakat itu sahaja. Malah, keunggulan sejarah Islam dan rentetan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku lebih dari 5 ribu tahun di bumi Palestin cuba dirobek. Nama-nama dalam bahasa arab, tempat-tempat bersejarah di Palestin ditukar ke dalam bahasa ibrani. Tempat-tempat suci baik di kalangan ummat Islam walaupun Nasrani juga ditukarkan namanya ke dalam bahasa mereka. Lebih licik, beliau cuba mengada-adakan sejarah palsu dengan mengaitkan tempat-tempat tersebut dengan sejarah yahudi.
Walaubagaimana pun usaha beliau tidak menemui kejayaan bila mana cuma 5% sahaja dari bumi Palestin berjaya ditukar nama ke bahasa ibrani. Selebihnya, nama-nama tempat tersebut adalah dakwaan serta rekaan yahudi semata-mata malah nama-nama tempat tersebut diterjemah ke dalam bahasa mereka dari bahasa arab.
Rentetan dari itulah, maka perlulah sejarah arab Palestin yang tertimbus, dan geografi mereka yang dibenam ditimbulkan semula. Usaha perlu digandakan untuk membongkar semula hakikat yang disembunyikan. Maklumat-maklumat serta bukti-bukti sebenar perlu dihimpun semula bagi menjayakan proses pengeluaran "Atlas Palestine 1948".
Secara dasarnya, usaha ini bukanlah sesuatu yang rumit. Bumi Palestin sentiasa saja menjadi dambaan penjajahan baik di kalangan yahudi mahupun penjajah Barat.
Tulisan Dr.Salman Abu Sitta ini dipetik dari majalah Al-Arabi, bilangan 582, Mei 2007M. Penterjemahan ke dalam bahasa melayu oleh Ustaz Wan Zamri (guru kepada saya) yang bertujuan untuk mempamerkan di pameran Mini-Pavilion "From Palestine With Love". Sebelum ini, Mini-Pavilion telah dipamerkan semasa berlangsungnya Konvensyen DPM III, SEJAK 15 tahun di Mansurah, Egypt. Mini-Pavilion seterusnya dijadualkan akan dipamerkan dalam program AMIND PMRAM 2007 di Kaherah.
0 comments:
Post a Comment