RFC
:: giatkan penggunaan produk muslim ::

Wednesday, August 1, 2007

Mini-Pavilion From Palestine With Love


Sempena SEJAK 15 tahun (aktiviti:1)

Akhirnya, apa yang diimpikan memberi kesan dengan usaha yang bersungguh-sungguh supaya isu Palestin diketengahkan. Sempena Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) sejak penubuhannya 15 tahun yang lalu, kini mendapat reputasi cemerlang membawa mahasiswa menuju hala-tuju dalam arus massa.

DPM-DPM yang dinaungi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan platform mahasiswa-mahasiswi menterjemahkan ilmu yang dipelajari, di samping mengasuh dari sudut politik kemahasiswaan ianya juga memberikan input serta soft skill yang tersendiri.


Berbalik kepada Mini-Pavilion From Palestine With Love, ianya bertujuan mendedahkan isu-isu yang berkaitan Palestin di khalayak mahasiswa-mahasiswi. Semoga apa yang dilakukan mendapat bimbingan serta pimpinan daripada Allah Taa'la mudahan mencapai matlamat, iaitu kesatuan yang utuh dikalangan mahasiswa kesan pengajaran dengan apa yang berlaku ke atas Palestin.


Justeru, dari semasa ke semasa..gugusan doa terus-menerus memohon agar Allah Taa'la membantu pejuang yang ikhlas membawa Palestin jauh dari konflik tipu-daya pihak musuh yang ternyata memusuhi umat Islam. Palestin hak kita, Palestin hak umat Islam. Jika pihak rejim Israel mahukan perdamaian jangan cuba mencabul setiap perjanjian yang dimeterai.


Sempenan A MIND '07 (aktiviti:2)
InsyaAllah, 28 & 29 Ogos bertempat di Dewan Haflah Kubra, Universiti Al-Azhar, Kaherah..pameran Palestin turut mendapat jemputan untuk bersama-sama memeriahkan A MINd '07 sempena menyambut hari kemerdekaan tanah Melayu ke-50. Jika warga Palestin ada di situ, mungkin mereka bertanya bilakah pula mereka akan merdeka? Kita akan berkongsi kemerdekaan ini bersama mereka.

0 comments: