TANTA, 31 Disember - Kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku pada waktu petang Sabtu hari ini(31/12/2011) selepas waktu Asar apabila sebuah kumpulan samseng 'Arab' masuk secara tiba-tiba ke dalam syarikat HUMMER yang membekal internet dari rumah ke rumah(pra bayar bulanan).
Syarikat terbabit terletak di penghujung simpang jalan Al-Azhar menembusi ke jalan utama. Dikalangan mahasiswa-mahasiswi Malaysia, sama ada pengajian Islam mahupun perubatan, kawasan ini lebih popular dengan julukan nama Ma'radh.
Berbalik kepada kejadian, "Kumpulan samseng(البلطجية) ni dalam lingkungan dari empat ke lima orang, semua bekas banduan yang pernah meringkuk dalam penjara dari tiga hingga lima tahun," Kata Mohamad As-Sokari, salah seorang rakan kongsi syarikat.
Sewaktu menemui Mohamad, dia(mangsa) menerangkan, kumpulan samseng tersebut ketika bercakap menggunakan nada bahasa yang kasar dan wajah mereka juga sedikit mengerikan, mana tidaknya, wajah mereka kelihatan bercoreng parut. Tambahan lagi, mereka mengugut supaya bayaran bulanan khidmat internet yang diterima dari pengguna dibahagi dua, sejumlah kepada syarikat HUMMER sendiri dan sejumlah lagi kepada mereka.
"Nak bayar Le1,500(RM788.40, xe) sebulan kepada kami atau internet kawasan ini putus?," ugut salah seorang samseng kepada Mohamad sambil mengacukan pisau.
Mohamad hanya menjawab, "Internet kawasan ni adalah kawasan kami dan kami hanya bekal internet dari jambatan Ma'radh sehingga menemui lorong Salam, kalau nak buat juga bisnes ni, ambillah kawasan lain, dari lorong Salam ke Kafral-Asom."
Sebagaimana yang diketahui, lorong Salam tempat terletaknya pejabat PCT(Perubatan Cawangan Tanta), restoran U-Cafe, restoran Haita, kilang roti 'Eish dan beberapa buah rumah mahasiswa-mahasiswi yang kebanyakannya mengambil jurusan bidang perubatan. Begitulah penyelesaian dari Mohamad yang berakhir tanpa mengakibatkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Mangsa ugutan hanya berkata, saya lebih rela rugi Le1,500 sebulan dari menyerahkan wang tersebut kepada kumpulan samseng.
"Jika mereka nak duit, kerjalah sendiri, buat apa saya pula yang mesti beri duit kepada mereka yang tak kerja, ini titik-peluh saya," getus Mohamad.
Menjawab soalan berhubung aduan kepada polis, Mohamad berkata, "polis mana ada sekarang, jikalau ada dan saya hubungi, belum tentu lagi pihak polis datang."
Berhubung kejadian ini, mahasiswa-mahasiswi Malaysia khususnya di Tanta diingatkan berjaga-jaga dan mengambil serius mengenai keselamatan. Lebih-lebih lagi, indeks kadar jenayah yang tertinggi adalah di kawasan Ma'radh sebagaimana makluman dari pegawai polis kepada Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta cawangan PMRAM, Saudara Ilyas Yusof sewaktu pertemuan kedua-dua pihak pada Oktober 2011 di Balai Polis, Seksyen 1, Medan Sa'ah, Tanta.
0 comments:
Post a Comment