Thursday, July 19, 2007

Demokrasi dan sikap Barat

Istilah globalisasi yang dicetuskan barat pada hari ini menunjukkan kesungguhan penerapan sistem tersebut dalam kehidupan manusia. Sistem yang bertujuan menghala ke arah satu kuasa memimpin dunia memberikan impak yang positif sekiranya mereka jujur dengan apa yang dibawa, sebaliknya akan menimbulkan impak negatif jika dasar mereka 'matlamat menghalalkan cara' meskipun ia salah dan dusta, mereka tetap mengiakan.

Demokrasi yang dimaksudkan adalah tidak ubah seperti permainan 'lego' yang kadangkala elok pada pandangan mereka, dibinakan bangunan yang cantik. Jika kurang memuaskan pada pandangan mereka, bila-bila masa akan dibinasakan. Nyawa pula bukanlah satu nilaian yang berharga buat mereka, malahan seperti 'baby doll'. Kekejaman US dan Israel terhadap politik Palestin adalah maksud di atas. Akhir tahun 2006, detik bersejarah di bumi Palestin dengan perjalanan pilihanraya yang disifatkan bersih. HAMAS mengungguli kemenangan dalam pilihanraya tersebut dan memegang kuasa majoriti di majlis legislatif Palestin, sudah pasti keputusan ini mestilah dihormati dengan sepenuhnya tanpa ada pertikaian dan konspirasi untuk menafikan kemenangan tersebut. Namun pada pandangan barat dan Israel, kemenangan itu disifatkan malapetaka dan bala kepada mereka kerana kuasa yang memenangi pilihanraya tersebut adalah 'mereka yang telah berjanji akan menegakkan kalimah Allah di Palestin'. Babak seterusnya, berlaku pertikaian yang membawa kepada pembunuhan Palestin-Palestin sehingga menyukarkan sistem sebenar u
ntuk mentadbir Palestin.

Deklarasi Mekah menyusuli, ternyata membawa keamanan sementara (Palestin-Palestin) apabila berjaya mendirikan Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan HAMAS, FATAH, JIHAD ISLAMI dan parti-parti yang lain. HAMAS mengetuai kerajaan Perpaduan yang mentadbir urusan Palestin tanpa kewangan, kedutaan, media massa kerajaan dan prasarana yang lengkap. Walaupun sedemikian, barat dan Israel memberi tekanan yang cukup dahsyat terhadap kerajaan Perpaduan. Dari semasa ke semasa gelombang fitnah turut menguasai keadaan lantaran dasar kerajaan Perpaduan yang tidak mengiktiraf Israel. Dari sinilah
kerajaan Perpaduan digegarkan dengan pembubaran yang tidak selayaknya dilakukan oleh Mahmoud Abbas dengan mengenepikan kuasa legislatif.

Detik terakhir Kerajaan Perpaduan runtuh menimbulkan tanda tanya, apakah terdapat satu kuasa yang berselindung di sebalik pihak-pihak tertentu dalam usaha meruntuhkan kerajaan Perpaduan?. Alangkah sedihnya, kesan kejatuhan tersebut turut menggadai prinsip-prinsip yang memberi keuntungan kepada pihak musuh. Apa yang pasti pembubaran kerajaan Perpaduan seiring dengan perancangan barat dan Israel yang sememangnya gerun terhadap HAMAS.


Kini, HAMAS dipandang buruk bukan kerana kekurangannya mentadbir Kerajaan Perpaduan tetapi disebabkan keberanian dan kesungguh
an dalam membela dan mempertahankan hak Palestin berbanding kerajaan sebelum ini yang menyokong barat tetapi tiada perubahan untuk membawa keamanan di Palestin.

Tulisan ini adalah untuk menempelak sistem demokrasi barat yang mereka sendiri canangkan, tetapi mereka jugalah yang merosakkannya. Hakikatnya, HAMAS telah memperolehi dokongan suara majoriti rakyat Palestin dalam pilihanraya yang lalu tetapi kenapakah dipandang negatif? Menteri luar Itali, Massimo D'Alema mengkritik sikap barat yang cenderung berpandangan negatif terhadap HAMAS, sedangkan ia telah memperolehi dokongan majoriti rakyat Palestin. Beliau turut berpandangan HAMAS adalah parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkan hak Palestin dan menegaskan supaya masyarakat antarabangsa tidak mempedulikan tuduhan-tuduhan negatif terhadap HAMAS (Palestin-info,17 Julai 2007).

Sebelum ini,
kerajaan Republik Iran turut mempertikaikan pembubaran yang dilakukan oleh Abbas kerana tidak menghormati pendirian rakyat Palestin. Dalam masa yang sama Iran turut mendesak agar menghormati keputusan pilihanraya yang lalu (Al-Jazeerah). Namun, apakah kesudahannya? Kebenaran tersebut terus dinafikan. Di manakah suara-suara lain yang kuat mendokong demokrasi? Tidakkah merasai perjuangan yang mereka bawa selama ini telah dicemari oleh pihak yang mendokong kuat sistem tersebut?

0 comments: