'ARISH - Beberapa hari yang lalu, seorang ahli parlimen Mesir ketika satu majlis persidangan mendesak supaya pihak keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup kepada para penunjuk perasaan.
Berikutan itu, sejumlah besar penduduk dan isteri-isteri mangsa tahanan mengadakan tunjuk perasaan di bandar 'Arish, Mesir yang turut disertai pemimpin dari dua buah parti, At-Tajammuk dan Al-Karamah. Ketika tunjuk perasaan itu berlangsung, para penunjuk perasaan mendesak supaya ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan sebagaimana di atas dipecat dari dewan rakyat malah digugurkan keanggotaannya dari parti pemerintah(Hizbul-Watani) serta membawanya ke muka pengadilan.
Penunjuk perasaan yang berkumpul di sebuah kawasan mengangkat kasut dan sepanduk menyeru agar ahli parlimen itu ditembak dan diberkas.
Sementara itu, Asyraf Al-Hafni, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi mempertahankan hak rakyat berkata, 'jika Hizbul-Watani tidak bersalah, sila pecat ahli parlimen itu dari keanggotaan parti dan kemukakan dia ke pengadilan.' Sumber 24/04/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)
0 comments:
Post a Comment