Monday, March 1, 2010

Arnab lahir gajah di Jenin

Nablus, Tebing Barat - Seorang pemuda Palestin bernama Mohammad Alaunah, 19 tidak mempercayai seekor arnab betina peliharaannya melahirkan arnab seakan gajah. Pada mulanya, Mohammad memerhati dari jarak dekat 9 ekor arnab yang telah lahir dan tidak sangka seekornya teramat pelik dari yang lain.
 
Mohammad yang berasal dari kampung Jabaa', Jenin, Tebing Barat bekerja di Israel.

Ketika menceritakan kepada pemberita(Ma'an News, 01/03/2010), dia merasai takut apabila melihat seekor arnab kecil seakan gajah berwarna kelabu kehitaman yang berada di sebelah sembilan ekor anak arnab yang lain berwarna putih. Bagaimanapun, arnab seakan gajah itu mati setelah 30minit dilahirkan.

Menurut Alaunah bahawa kejadian tersebut amat pelik. Jelasnya lagi, arnab betina yang melahirkan arnab ganjil itu jenis dari 'holland' yang dibeli enam bulan yang lalu daripada seorang penduduk di kampungnya. Seperti biasa, Alaunah mendirikan sangkar khas dan memberi makan  seperti biasa kepada arnab betina itu.

Menurut Alaunah lagi, sembilan ekor arnab berwarna putih yang baru dilahirkan bersama arnab seakan gajah itu dalam keadaan baik. - Ma'an News(Palestine)

0 comments: