
Di benua Afrika, kini berlangsung Piala Afrika di Ghana. Apa yang menarik? Laporan yang bersumber dari akhbar harian Al-Ahram, 28/01/08 mengatakan bintang bola sepak Mesir dari Kelab Ahli, Abu Tarikah telah mendapat amaran keras kerana tindakannya dikatakan melanggar undang-undang Federation of International Football Associations (FIFA).
Perlawanan bola sepak yang berlangsung antara Mesir dan Sudan mendapat tumpuan umum, tambahan pula rakyat Mesir yang amat gemar dengan bola seiring temanya makan bola, tidur bola..minum coca-cola telah menjadi realiti bukan sahaja di kalangan dewasa malah kanak-kanak turut
FIFA! ke mana tema Piala Dunia tahun sebelum ini yang memperjuangkan hak insani? Mungkin kerana melibatkan politik Israel dan Amerika, penduduk Palestin tidak mendapat h
ak sewajarnya? Dalam keadaan runcing yang melibatkan nyawa, apatahlagi cengkaman musim sejuk sebegini masih tidak memberikan hak-hak sewajarnya kepada penduduk Palestin khususnya di Semenanjung Gaza. Semasa artikel ini ditulis, penduduk Gaza masih berada di Rafah dan 'Arish bagi mendapatkan keperluan asasi. Sepatutnya nyawa manusia lebih diutamakan dari bola. Jangan kerana bola, manusia berpecah dan lupa tanggungjawab. Bagaimana dengan pembaca dan peminat setia bola sepak, anda sanggup mencintai bola dan menyisihkan mereka yang dizalimi?

Ingatlah, saat kita memberi tepukan dan bersorak bak guruh gempita kerana pemain yang kita minati menyepak bola dan menunjukkan skill yang kononnya ‘best’, kita juga mesti sedar bahawa saudara seagama kita di Palestin juga disepak, ditendang oleh rejim Israel malah hak-hak mereka juga dikoyak-rabak tanpa rasa belas.
0 comments:
Post a Comment