Tuesday, November 29, 2011

17.5 juta pembang undi peringkat pertama

Keratan akhbar Masrylyoum, muka surat 8
Keratan akhbar dari suratkhabar MASRY AL-YOM pada 28 November 2011 berhubung fakta pilihanraya parlimen Mesir peringkat pertama yang meliputi 9 buah wilayah. Seramai 17.5 juta pengundi akan memilih parti pilihan dari 36 buah parti yang dirasakan terbaik memimpin Mesir pada masa akan datang. Semalam, Majlis Angkatan Tentera Mesir dalam keputusan segera menambahkan waktu tambahan selama dua jam(Jam 07:00 sehingga 09:00 malam) bagi membolehkan penduduk Mesir di zon-zon berkenaan membuang undi. Keputusan ini berikutan sambutan yang terlalu dahsyat dari penduduk Mesir yang berbondong-bondong ke Pusat Pembuangan Undi setelahmana kejatuhan Mubarak. Masing-masing merasa bebas untuk memilih parti pilihan. Hari ini, 29 November 2011, pembuangan undi bersambung lagi dari jam 08:00 pagi sehingga 07:00 malam. 

Sumber:
Suratkhabar Masrylyoum, 28/11/2011

Thursday, November 24, 2011

Akhbar harian Mesir


Paparan utama akhbar harian Mesir hari ini[24/11/2011] berkisarkan tentang pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pihak keamanan semalam di Dataran Tahrir(Tahrir Square) dan Jalan Muhamad Mahmud yang menghala ke bangunan Kementerian Dalam Negeri. 

Antara akhbar, suratkhabar rasmi Hurriyah Wal-Adalah(sayap politik Ikhwan Muslimin di Mesir), Al-Ahram(lidah rasmi Kerajaan), Masry Al-Youm(bebas), Ash-Shorouk(bebas) dan Al-Misriyyun(pertengahan). Apa yang pasti, laporan dan maklumat dalam akhar-akhbar harian ini tidak menjemukan pembaca. Namun, ada yang tidak terlepas dari kritikan pembaca kerana wujudnya kolum iklan yang terlampau banyak.

Sepanjang Kemarahan Rakyat Di Dataran Tahrir