Friday, April 23, 2010
Isu fitnah Pengerusi: KJ sengaja?
Family isu
Posted by :: JIhbIz :: at 12:33:00 PM 0 comments
Sunday, April 11, 2010
Israel memiliki antara 100-300 peledak nuklear
BET LEHEM - Agensi - Sebuah majalah yang diterbitkan di Britain khusus mengenai strategi pertahanan 'jeans' dalam laporannya hariini mengungkapkan bahawa Israel adalah Negara ke-6 yang membangunkan tenaga nuklear secara besar-besaran.
Menjelang pembukaan Persidangan Keselamatan Nuklear Antarabangsa di Washington minggu hadapan, majalah itu menyatakan mengikut analisis pakar-pakar bahawa Israel memiliki di antara 100 hingga 300 peledak nuklear. Jumlah tersebut menyamai peledak nuklear yang dimiliki Britain.
Menurut majalah tersebut, Israel juga berkeupayaan melengkapkan peledak nuklear dengan peluru berpandu jarak jauh, model (yeriho 2) dan (yeriho 3). Lebih dari itu, Israel juga mampu melancarkan peledak nuklear dari pesawat tempur dan kapal selam.
Disebutkan, setakat ini, Israel tidak mengakui mempunyai senjata nuklear.
Sumber 10/04/2010, web berita maan.net
Family Berita
Posted by :: JIhbIz :: at 11:43:00 AM 0 comments
Saturday, April 10, 2010
Terkini 10.39 pm : Keputusan Rasmi Pilihanraya PMRAM
Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 10:39 PM |
1. Ustaz Muhammad Yusof Abd Kadir : 861 (menang)
2. Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar : 848 (menang)
3. Ustaz Abdul Aziz bin Ali : 826 (menang)
4. Ustaz Muaz bin Syukri : 173
5. Ustaz Aminuddin bin Alias : 226
6. Ustaz Syeikh Mujahid bin Syeikh Nawawi : 860 (menang)
7. Ustaz Mohd Faizuddin bin Ghazali : 877 (menang)
8. Ustaz Mohammad al Hidayat bin Khalid : 861 (menang)
9. Ustaz Hanif bin Haron : 158
10. Ustaz Solehuddin bin Mohd Safien : 852 (menang)
11. Ustaz Ahmad Huzaifah Fauzi : 821 (menang)
12. Ustaz Firdauz bin Noh : 830 (menang)
Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang
Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)
8 Undi Rosak
Family berita setempat
Posted by :: JIhbIz :: at 11:30:00 PM 0 comments
Monday, March 1, 2010
Arnab lahir gajah di Jenin
Mohammad yang berasal dari kampung Jabaa', Jenin, Tebing Barat bekerja di Israel.Ketika menceritakan kepada pemberita(Ma'an News, 01/03/2010), dia merasai takut apabila melihat seekor arnab kecil seakan gajah berwarna kelabu kehitaman yang berada di sebelah sembilan ekor anak arnab yang lain berwarna putih. Bagaimanapun, arnab seakan gajah itu mati setelah 30minit dilahirkan.
Menurut Alaunah bahawa kejadian tersebut amat pelik. Jelasnya lagi, arnab betina yang melahirkan arnab ganjil itu jenis dari 'holland' yang dibeli enam bulan yang lalu daripada seorang penduduk di kampungnya. Seperti biasa, Alaunah mendirikan sangkar khas dan memberi makan seperti biasa kepada arnab betina itu.
Menurut Alaunah lagi, sembilan ekor arnab berwarna putih yang baru dilahirkan bersama arnab seakan gajah itu dalam keadaan baik. - Ma'an News(Palestine)
Family Berita
Posted by :: JIhbIz :: at 4:25:00 PM 0 comments
Hak PMRAM ke atas ARMA
Penulis suka dengan tulisan atau bingkisan malah apa jua yang berkait dengan sejarah. Lebih dari itu,sekiranya hak sejarah dinafikan dari pihak yang sememangnya berkait, mungkin boleh disifatkan tindakan seumpama itu amat tidak 'adil'.
Justeru, peringkat pelajar atau komuniti Melayu di Mesir perlu melihat dan memahami bagaimana hak pensejarahan yang telah termaktub supaya pihak berkenaan mendapat haknya, khasnya PMRAM yang telah dipisahkan dari ARMA.
Selanjutnya, penulis mengajak pembaca untuk meneliti dan memahami tentang hak sejarah ini.
Fakta yang tidak mungkin berubah :

1956 Oktober: Mendaftarkan seramai 65 orang pemuda Melayu menjadi askar sukarelawan manakala yang lain menderma darah dan mahasiswi menjahit pakaian tentera untuk membantu tentera Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel.
Bersambung ke blog Dana Apartment PMRAM
Rujukan: Dana Apartmen
Family Aritkel
Posted by :: JIhbIz :: at 2:32:00 AM 0 comments
Friday, January 22, 2010
Di sebalik Anugerah Juara Lagu 24
Artikel bersumber dari sebuah blog tempatan(Malaysia).
Family Keselamatan
Posted by :: JIhbIz :: at 6:27:00 AM 0 comments
Sunday, December 27, 2009
IKLAN : CPU power dalam genggaman anda
:: HEATSINK ASUS SILENT KNIGHT PURE COOPER(8 COOPER PIPE) ::
:: BIOSTAR 790GX (motherboard) ::
:: RAM HYPER X A DATA(HYPER PERFORMANCE RAM 1066) 6Gb ::
:: PALIT 4870 512mb (grafic card) ::
:: CREATIVE EXTREM MUSIC X-FI (soundcard) ::
:: ASUS DVD WRITER ::
:: GIGABYTE PSU 450w, for system (power supply) ::
:: JUICEBOX PSU 450w, for VGA card ::
:: CASING BARU COOLER MASTER (power supply) ::
(tidak termasuk LCP monitor, keyboard dan gamers mouse)
Tambahan
GAMERS MOUSE
KEYBOARD
Family iklan
Posted by :: JIhbIz :: at 9:45:00 PM 2 comments
Monday, December 21, 2009
Hampir 10,000 mati akibat selsema babi
Sumber 19/12/09, berita al-Jazeerah
Family Berita
Posted by :: JIhbIz :: at 1:28:00 AM 0 comments
Thursday, December 10, 2009
Aktiviti wajib ketika pulang bercuti di Malaysia
Family aktiviti
Posted by :: JIhbIz :: at 8:04:00 PM 0 comments
Hasil iklan produk vemma
Family vemma
Posted by :: JIhbIz :: at 7:58:00 PM 0 comments
Friday, November 27, 2009
Kullu 'Am Wa Antum Bikhair
Sumber : kad raya
Family Islamik
Posted by :: JIhbIz :: at 6:22:00 AM 0 comments
EVO MR 2010
Family automobil
Posted by :: JIhbIz :: at 6:16:00 AM 0 comments
Monday, November 23, 2009
Wabak H1N1 di Kedah masih membimbangkan
Petikan berita yang bertajuk, "Wabak H1N1 di Kedah masih membimbangkan" terbitan WARTA DARUL AMAN keluaran September/Oktober 2009 kembali mengingatkan kita semua tentang kesan yang dibawa oleh virus tersebut. Walaupun virus selsema babi atau Influenza A H1N1 seakan menyepi, namun jangan jadikan wabak ini seperti isu terpinggir. Adalah menjadi peringatan kepada semua, bahawa pemahaman dan cara menangani wabak tersebut perlu diambil perhatian yang tinggi.
Menurut petikan berita itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat Dr.Ismail Salleh telah memanggil semua ketua jabatan dan pegawai daerah seluruh Kedah bagi memberi taklimat kahas berhubung isu Influenza A H1N1 serta membincangkan strategi yang perlu diambil untuk mengatasi wabak tersebut.
Susulan dari petikan di atas, penulis ingin membawa satu produk khas(VeMMA) bagi membangunkan sistem imun badan.
Berikut adalah petikan artikel dari sebuah risalah penerangan berhubung produk tersebut.
Saranan kepada sesiapa yang mempunyai penyakit kronik malah menyebabkan lebih cepat lagi merebaknya virus H1N1 amat perlu kepada minuman buah-buahan bagi menguatkan sistem imun badan/antibodi. Jadi, minuman yang paling berkesan adalah minuman antioksida dari VeMMA, insyaAllah.
1. Apakah produk VeMMA?
VeMMA adalah program nutrisi yang lengkap dengan vitamin, anti oksida dan multimineral yang merupakan makanan tambahan dalam bentuk cecair. VeMMA juga mengandungi lebih daripada 80 kandungan nutrien dalam persediaan ini.
2. Benarkah VeMMA adalah ekstrak buah manggis?
Vemma boleh dikategorikan sebagai makanan berfungsi. Ia bukannya sekadar terdiri daripada buah manggis atau jus manggis sahaja, malah keseluruhan buah manggis di ekstrak (termasuk kulitnya) yang merupakan salah satu daripada 80 bahan-bahan yang lain. Vemma didatangkan dalam dua botol, iaitu:
b. Botol kedua terdiri daripada keseluruhan buah manggis yang diekstrak, daun aloe vera dan teh hijau bebas kafein yang diekstrak.
3. Memang hebat. Apakah keistimewaan buah manggis yang diekstrak?Keseluruhan buah manggis itu sendiri mengandungi anti oksida yang amat tinggi kandungannya. Ini terutamanya terdapat pada kulit buah manggis yang boleh dimakan begitu sahaja. VeMMA adalah keseluruhan buah manggis termasuk kulitnya semasa proses penghasilan.
4. Apakah kandungan bahan-bahan lain yang ada dalam VeMMA?
Untuk lebih tepat lagi, VeMMA adalah kombinasi daripada 65 mikromineral, kesemua 12 jenis vitamin asas (A, B komplek, C, D dan E) dan tiga ekstrak botanik (keseluruhan buah manggis, aloe vera dan teh hijau) yang menyediakan anti oksida, asid amino dan phyto-kimia yang diperlukan oleh badan kita.
Selain itu, 8 Kelebihan dan keunikan yang terdapat dalam produk VeMMA adalah:
1. Cecair anti oksida yang terkuat di dunia dengan nilai ORAC 115,779.
2. Bioaktif yang tinggi walaupun setelah mengambilnya.
3. Memenuhi keperluan harian vitamin, 65 jenis mineral dari sumber tumbuh-tumbuhan yang mengandungi phytonutrient, enzim dan asid amino.
4. Menggunakan teknologi sains terkini, diformulasi untuk tahap pharmaceutical yang berkualiti tinggi mengandungi 30% aloe vera dan 25 gm teh hijau yang telah dikeluarkan kafein dalam satu liter.
5. Dalam bentuk ionic (molekul yang lebih kecil dari sel badan) dan membolehkan badan menyerap sehingga 99.99% khasiatnya.
6. Makanan berfungsi bertaraf dunia yang meningkatkan sistem kalis (immune system).
7. Terdiri lebih daripada 80 bahan termasuk manggis (keseluruhan buah manggis).
8. Spektrum terluas anti oksida, terutamanya Xanthones yang memberi kelebihan nilai kesihatan yang optimum.
Sebab dan mengapa anda memerlukan program nutrisi VeMMA adalah kerana VeMMA mampu :
1. Anti oksida yang hebat
2. Pemangkin tenaga (anti keletihan)
3. Mencegah kebimbangan/kekhuatiran
4. Anti penuaan
5. Merawat kesakitan
6. Mencegah kemurungan
7. Mencegah kegemukan
8. Mencegah cirit-birit
9. Mencegah osteoporosis
10. Mencegah kesan-kesan diabetes
11. Mencegah kelemumur
12. Mencegah pening-pening (gayat)
13. Anti parkinsonism
14. Anti tumor dan mencegah kanser
15. Mencegah ulser (perut, mulut dan dubur)
16. Mencegah bengkak-bengkak
17. Anti katarak (bahagian legap pada kanta mata)
18. Mencegah glaukoma (sejenis penyakit mata)
19. Mencegah lenguh sendi
20. Mencegah batu karang dan buah pinggang
21. Mencegah keanjalan arteri
22. Mencegah penyakit gusi
23. Mencegah dan merawat jangkitan fungus
24. Mencegah alahan dan merawat sakit kulit/masalah kulit
25. Mencegah jangkitan virus dan kuman
26. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
27. Menjaga kesihatan jantung
28. Membantu mengurangkan demam
29. Meningkatkan sistem kalis
30. Mengelakkan jangkitan bakteria
31. Membantu mengurangkan sakit saraf
32. Membantu mencegah dementia (sejenis penyakit otak)
Mampukah anda mendapat semua bahan-bahan di bawah dalam sehari ?
2.66 buah oren untuk sama nilai dengan khasiat vitamin C
9.6 avocado untuk sama nilai dengan khasiat vitamin E
3.09 broccoli untuk sama nilai dengan khasiat zat besi
55.55 telur untuk sama nilai dengan khasiat vitamin D
1.78 cawan bayam untuk sama nilai dengan khasiat vitamin A
3.88 cawan kacang peas untuk sama nilai dengan khasiat thiamin
19.76 pisang sederhana untuk sama nilai dengan khasiat riboflavin
62.5 oz keju untuk sama nilai dengan khasiat vitamin B-12
5.14 kentang besar untuk sama nilai dengan khasiat niacin
61.54 cawan tomato untuk sama nilai dengan khasiat folate
2.46 tembikai besar untuk sama nilai dengan khasiat vitamin B-6
17.89 oz buah ceri untuk sama nilai dengan khasiat nilai ORAC
37.17 cendawan sederhana untuk sama nilai dengan khasiat asid panthothenic
Justeru, selagi ada usaha yang boleh diyakini, maka janganlah abaikan atau terlepas pandang.
Sumber di atas :
1) "Wabak H1N1 di Kedah masih membimbangkan", terbitan WARTA DARUL AMAN, keluaran
September/Oktober 2009. Terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
2) Risalah VeMMA
3) VeMMA.com
Family berita setempat, bisnes, vemma
Posted by :: JIhbIz :: at 2:16:00 AM 1 comments
Sunday, November 22, 2009
Pentadbiran Sifar Rasuah
Sumber : Galeri pameran, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Family Daulah
Posted by :: JIhbIz :: at 2:36:00 AM 0 comments
Friday, November 20, 2009
Slide berceramah di Jubli Emas
Menurut seorang aktivis, Imran Abdullah 27 tahun bahawa pihaknya telah menyediakan 42 gerai jualan dan pameran sekaligus, menarik minat usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga bumiputera untuk turut serta dalam Jubli Emas tersebut.
Selain itu, pada sebelah malamnya pula, diadakan konsert kesenian Islam. Artis-artis yang diundang telah menghiburkan hadirin dengan seni lagu, lirik dan gaya yang tersendiri. Pak Long dengan lagu hitnya yang berjudul Asmaul-Husna, Demi Masa, Al-Jannah, Selagi Ada Rindu, Cinta Pantai Merdeka dan beberapa buah lagu telah menarik minat golongan muda. Selain itu, Seorang artis terkenal yang popular dengan lagunya Cinta Untuk Nabila, bagaimanapun telah digubah kepada Cinta Untuk Nabiku menunjukkan betapa kesedaran ke arah penghayatan Islam menjadi pemangkin kepada golongan artisan. Termasuk juga, pendeklamasian sajak oleh Amni Jagat memaparkan mutu sajak yang puitis dan kritis berkisarkan politikus yang menzalimi mereka. Pun begitu, tiada sorakan yang menggila seolah-olah pemuda dan pemudi tiada akhlak dan moral agama. Kesemuanya disambut dengan penghayatan yang mahukan keredhaan Allah.
Hiburan tanpa mengingati Allah adalah sia-sia dan membawa kecelakaan. Ternyata, pada malam tersebut turut adanya slot dari Ustaz Abdullah Khairi yang menyentuh sanubari hadirin dengan tayangan slide.
Slide yang berceramah (kiasan) yang diharapkan untuk membangkitkan kesedaran selepas mati telah menyentuh tubuh-tubuh yang hadir kerana tayangan tersebut memaparkan seorang pemuda yang lalai dengan kehidupan duniawi.
Saat itu, didatangi malaikat Izrail mencabut nyawanya dalam keadaan kefasikan kerana bertuhankan maksiat. Lebih menyedihkan lagi, rohnya terkapai-kapai dek amalan buruknya yang lebih berat berbanding amalan baik pemuda itu.
Menurut Ustaz Abdullah yang juga seorang penceramah menyatakan, tayangan itu berunsur motivasi untuk menyedarkan jiwa yang lalai.
Jelas beliau, ketika berceramah mungkin mereka yang mendengar ambil sikap acuh tak acuh, tetapi kali ini dengan tayangan slide yang pasti menggegarkan jiwa yang lalai agar kembali kepada Allah Ta'ala. Namun, slide itu dikatakan telah menimbulkan kontroversi.
Diakhir tayangan slide, Ustaz Abdullah Khairi mengejutkan penonton yang memenuhi ruang padang bersebelahan Dewan Serbaguna itu dengan kisah seorang juruterbang berbangsa India memeluk Islam kerana jenazah seorang ulamak haraki dalam kapal terbangnya dinaungi awan dan pernah tersiar di dalam majalah mastika.
Family berita setempat
Posted by :: JIhbIz :: at 4:25:00 PM 0 comments
Tuesday, October 13, 2009
Realiti : Seorang lelaki cina mahu bayar zakat
Bersama dengan beberapa sahabat yang lain, jadual tugasan kami disusun baik dan fleksibel bagi memudahkan kutipan zakat ini berjalan lancar. Jika diselak cerita (bukan membawa cerita) ketika menjaga kaunter zakat, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi memandangkan zakat juga termasuk di dalam fiqh ibadah.
Sebagaimana kebiasaan pada satu ketika, kaunter zakat menerima kebanjiran umat Islam yang rata-ratanya datang membeli-belah di Tesco, namun sedikit sahaja yang datang ke Tesco semata-mata untuk menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat. Tanpa disedari, selesai seorang demi seorang di kaunter zakat, seorang lelaki cina dalam lingkungan umur 50-an tanpa segan silu duduk di kerusi dan kami berjabat tangan. Lantas lelaki itu berkata, 'saya mahu bayar zakat'. Saya terpaku seketika kerana kurang yakin dengan status keislamannya. Kerisauan membayangi diri penulis kerana khuatir jika mulut terpacul kata-kata yang menyentuh atau menimbulkan sensitif, lagipun situasi ini adalah yang pertama baru dilalui. Namun Allah mengatur segalanya.
Penulis merasa lega apabila lelaki cina itu menunjukkan kad pengenalannya tanpa diminta berbuat demikian, sekaligus jawapan tentang status itu terus diketahui, lelaki cina itu belum lagi menemui keislamannya.
Rentetan dari niat lelaki cina itu, penulis menceritakan tentang zakat fitrah kepadanya dengan harapan lelaki cina itu dapat memahami dengan baik tentang zakat dan fungsinya mahupun peranan zakat itu sendiri. Apabila diteliti syarat pengeluaran zakat, status keislaman adalah yang utama bagi menerima pembayaran zakat. Jika lelaki cina itu mahu mengeluarkan zakat sedangkan dia masih belum menyatakan keislamannya, apakah pembayaran itu boleh dikategorikan zakat? Penulis hanya menjelaskan kepada lelaki itu, pembayaran dia adalah sedekah atau derma untuk kebajikan kerana dia belum Islam. Lelaki cina itu kelihatan kurang senang dengan jawapan penulis, mungkin juga mahu mempertahankan tindakannya yang murni lalu dia membalas, 'saya bayar zakat ini ikhlas'. Setelah itu, penulis menerima pembayaran sebanyak RM14 (nilai 2 orang membayar zakat) dari lelaki cina itu. Alhamdulillah selesai urusan tersebut, di akhiri dengan doa yang turut di'ameen'kan oleh lelaki cina itu mengikut kebiasaan selepas masyarakat Islam mengeluarkan zakat. Penulis amat merasa tenang hati sebaik sahaja melalui situasi tersebut.
Kesimpulan dari realiti yang berlaku ini, faktor yang mendorong kempen dan promosi yang agak meluas mengenai zakat telah mendapat perhatian di kalangan masyarakat cina. Bagaimanapun, usaha yang selanjutnya ataupun tindakan susulan sebagai follow-up adalah penting agar majoriti besar masyarakat cina mahupun india dan sebagainya memahami dan meyakini fungsi dan peranan zakat dengan lebih mendalam. Dalam masa yang sama mereka dapat melihat secara direct tentang ajaran Islam. Penulis tidak menolak, bahawa apa yang berlaku ini mungkin permulaan hidayah yang telah diaturkan oleh Allah Taa'la untuk Malaysia. Wallahua'lam
Family Artikel
Posted by :: JIhbIz :: at 10:02:00 PM 0 comments
Friday, June 19, 2009
Penempatan Israel tambah perselisihan Amerika-Israel
___________________
Piket aman di sempadan Rafah
Sumber dari agensi berita Shehab.ps melaporkan 26 aktivis gabungan dari luar, sebahagian dari Mesir dan Palestin telah mengadakan piket aman di hadapan sempadan Rafah Mesir. Dinyatakan, piket yang diadakan semalam adalah hari ke empat bagi mendesak sempadan Rafah dibuka dalam tempoh yang lama dan berpanjangan.
Selain itu, aktivis-aktivis yang mengadakan piket juga mendesak agar bebas keluar-masuk barang dagangan, bahan binaan, makanan dan bantuan perubatan serta individu.
Menurut aktivis Mesir yang terlibat dalam piket, berkata seorang aktivis Amerika bertindak membuat mogok lapar di hadapan sempadan Mesir sebagai tanda bersimpati terhadap penduduk Gaza. Sumber 17/06/09, web berita Shehab.ps
Penempatan haram Yahudi menambahkan lagi perselisihan Amerika dan Israel
Isu penempatan Israel telah mewujudkan perselisihan antara Amerika dan Israel berikutan desakan kepada Israel supaya membekukan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. Bagaimanapun, pembinaan penempatan
Pertembungan tersebut berlaku ketika sesi sidang akhbar bagi dua Menteri Luar, dari pihak Amerika dan Israel semalam di Washington.
Hillary Clinton, Menteri Luar Amerika menyatakan bantahan bagi pembinaan penempatan yang baru di Tebing Barat. Beliau berkata, pandangan Presiden Amerika, Barrack Obama berhubung perdamaian di Timur Tengah yang menetapkan agar aktiviti pembinaan penempatan Yahudi dibekukan . Jelasnya lagi, masalah ini adalah terlalu penting dan mesti dihentikan.
Namun demikian, Clinton berkata, utusan Amerika Syarikat di Timur Tengah, George Mitchell akan menjalankan lagi perbincangan yang berkaitan isu penempatan dengan Israel.
Berkata Avigdor Lieberman, Menteri Luar Israel berkenaan pembinaan penempatan bahawa memang ada persetujuan dengan Pentadbiran Amerika sesi lepas yang juga tidak menerima pandangan Pentadbiran Amerika sekarang yang membekukan pembinaan, malah membenarkan pembinaan yang berkembang dengan normal.
Pun begitu, Lieberman turut mempamerkan sikap Perdana Menteri Israel yang bersedia mengadakan perbincangan secara langsung seberapa segera dengan Palestin.
Berikutan "wujudnya persetujuan dan persefahaman", Clinton berkata dalam sejarah Pentadbiran Amerika yang lalu tidak ada satu jaminan kepada mana-mana persepakatan yang tidak rasmi atau secara lisan yang mesti dilaksanakan.
Sebelum ini, wakil Israel telah menyatakan bahawa Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel akan bertemu dengan Mitchell di Eropah pada minggu akan datang. Dinyatakan lagi, pertemuan itu adalah usaha bagi mencapai persetujuan berhubung pembinaan penempatan Yahudi.
Mitchell ketika perjumpaan dengan wakil Israel pada selasa lepas menjelaskan adanya beberapa pengenalan bagi memahami maksud "pertumbuhan normal" yang selalu dibicarakan oleh Israel. Mitchell berkata, "kami sedang berusaha mencapai persetujuan dan persefahaman bagi membantu menggerakkan usaha perdamaian." Sumber 18/06/09, web berita Al-Jazeerah
Family Berita
Posted by :: JIhbIz :: at 6:14:00 AM 0 comments
Thursday, June 4, 2009
Mangsa selsema babi meningkat
Family Berita
Posted by :: JIhbIz :: at 1:43:00 AM 0 comments
Friday, May 8, 2009
Agar tidak berulang lagi
A big man is not one who makes no mistakes, but one who is bigger than any mistakes he makes. When you make a mistake, there are only three things you should ever do about it:
1) Admit it
2) Learn from it
3) Dont' repeat it
becomes a totalcommitment that gives me the courage and strength to face
the challenges of life"
Sumber :
1) Nasihat kawan
2) Nak Ke Tak Nak, Dr. H.M Tuah Iskandar al-Haj
Posted by :: JIhbIz :: at 4:00:00 AM 0 comments
Thursday, May 7, 2009
Take time ..

Take time to work,
It is pride of success.
It is the source of power.
Take time to play,
It is the secret of perpetual youth.
It is the road to happiness.
Take time to share,
Life is too short to be selfish.
Laughter is the music of the soul.
- Take timE -
Posted by :: JIhbIz :: at 4:59:00 PM 0 comments
Saturday, May 2, 2009
No 2 couple

Firman Allah Taa'la : "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan)."
Di sini, penulis ingin menyampaikan pesanan kepada semua, termasuk diri penulis agar jauhkan diri daripada budaya ini, walaupun ia melambangkan kasih sayang tetapi hakikatnya ia adalah buruk. Jangan gunakan istilah kasih sayang dalam sesuatu yang memberikan keburukan.
Cubalah renung sedalam-dalamnya peringatan ayat di atas. Khususnya penuntut ilmu, sebelum tiba masa mengikat tali perkahwinan..masih terlalu banyak perkara dan kajian yang perlu diselesaikan. Bagaimana mahu membina rumahtangga yang hebat sekiranya, kita asyik memikirkan hendak berkahwin tanpa mendahului isi-isi(ilmu yang utama, termasuk pengamalan) yang akan menghiasi rumahtangga termasuklah diri kita sendiri.
Yakinlah bahawa, jika diri kita sibuk dengan ilmu dan memang itu tujuan kita menuntut ilmu, kita tidak akan mudah terpedaya dengan ikutan hati yang sentiasa terdorong untuk ber'couple'.
Mesej YM untuk mana-mana lelaki : "Lelaki Soleh bagaikan mutiara indah berkilau nan mempersona. Keperibadiannya dihiasi dengan ketulusan, keinsafan, dan kesabaran, kedudukanya juga dimuliakan oleh Allah sebagai Khalifah. Lantaran mereka mempunyai peranan dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mindanya yang kreatif, hati nuraninya yang suci bersih serta budi pekertinya yang luhur mampu menunduk serta menewaskan hasutan nafsu dan tipu daya syaitan yg sentiasa menghasut ke arah kehancuran dan kesesatan. Al-quran dan sunnah Rasul sentiasa tersemat dihatinya sebagai pelita kehidupan dan pegangan dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT."
Family Tazkirah ringkas
Posted by :: JIhbIz :: at 4:48:00 AM 0 comments
Thursday, April 30, 2009
Sajak : ANDAI KU TAK KEMBALI
andai hari ini..
ada 'sesuatu' antara kita..
lantas memori menyimpan tawa dan duka
di hatimu
di hatiku
sebagai zikrayat terindah
keserasian tak tersangka..
maafkanlah aku
kerna tak bisa
memanjangkan waktu..
hidup ini tak pernah jadi milikku
malah tak bisa juga jadi milikmu
percaturan makhluk bukan penentu
kerna hikmahnya
Hanya al-Khalik Maha Tahu
Lalu..
andai esok
aku tak kembali..
kuduskanlah Qadarku
di kalungan maaf dan doa..
iqra' fatihahmu
harumi semadi pusara
kerna..
di pertama kali
ku selalu ingin menghargai
dan mengasihi
meski tak pernah ku akui
namun,
takkan mampu untukku nafi
hadirmu di hujung hayat berbaki
adalah pelangi, bulan, jua mentari
menyeka tangis di pipi,
melupus sendu di qalbi
jua...
memulih ibtisamku tega menghitung hari
dan suatu hari
andai aku tak kembali..
teruskanlah misi pewaris para nabi
berjuanglah demi deen Ilahi
hingga
dalam jasad bidadari
kan ku setia menanti
kedatangan syahidmu
di pintu Syurga Firdausi...
2 p.m 27Apr till 3 a.m 28 Apr 2009
Family Koleksi sajak
Posted by :: JIhbIz :: at 4:26:00 AM 2 comments
Tuesday, April 28, 2009
Selsema Babi
Antara Negara yang dicengkam selsema babi adalah Spain, New Zealand, Australia dan Perancis. Bagaimanapun, di Mesir sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri Kesihatan..bahawa Mesir bebas dari selsema babi biarpun ada laporan media hari ini, melaporkan beberapa kawasan di Kaherah dikelilingi kawasan ternakan babi.
Terkini (28/04/09), laporan akhbar menyatakan jumlah nyawa yang melayang akibat selsema babi di Mexico meningkat ke angka 150. Malah selsema babi ini telah mengancam timur tengah apabila seorang daripada penduduk Israel dipercayai dijangkiti selsema babi. Semalam Mesir, Israel, Palestin dan Jordan telah bersepakat bagi menangani bersama selsema babi dari merebak dan menular ke seluruh Negara di timur tengah.
Sumber berita ringkas :
1) 27/04/09, berita Al-Jazeerah (isu), (isu 2)
2) 27/04/09, suratkhabar Misril-Youm
Sumber lain bagi mengetahui selsema babi :
1) Info Kesihatan Anda (halaman utama), khusus selsema babi (isu)
Family Berita
Posted by :: JIhbIz :: at 4:12:00 AM 0 comments
Monday, April 27, 2009
Digantung kerana tegur iktiraf Israel
KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.
Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.
Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram d
an tidak diiktiraf Malaysia. Mereka juga menegur aktiviti memperagakan pakaian sami yang tidak sesuai dibuat oleh orang Islam.
Family Berita
Posted by :: JIhbIz :: at 4:58:00 AM 0 comments
Tuesday, April 21, 2009
PMRAM : Kronologi dan sejarah
√ Penubuhan Persekutuan Putera-putera Semenanjung (PPS)
1932
√ Berusaha mendapatkan tanah bagi pembinaan rumah Melayu di Abbasiah
1940
√ Bersama dalam penubuhan Persatuan Pelajar Indonesia. Menyokong pelajar-pelajar Indonesia bagi menuntut kemerdekaan.
1950
√ Mengadakan tunjuk perasaan menghalau inggeris keluar dari bumi Mesir sebagai rasa simpati terhadap rakyat Mesir.
1952
√ Menukar nama daripada PPS kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM) dan terus memperjuangkan usaha mendapat tanah untuk pembinaan asrama Melayu dengan melancarkan derma kepada jemaah haji di Mekah.
1954
√ Menghadiri kongres Pemuda Islam di Karachi.
1955
√ Mengirim kawat kepada Persidangan Afro-Asia supaya menyokong kemerdekaan Malaysia. Selain itu, Menganggotai Persatuan Pelajar-pelajar Kongres Islam yang berpusat di Kaherah.
√ Mendapat bantuan khas daripada Kerajaan Malaya sebanyak Le25 sebulan.
√ Penubuhan Badan Siswi sebagai medium organisasi mahasiswi.
1956
√ Mendaftarkan 65 orang anak Melayu untuk menjadi askar sukarela menentang pencerobohan Inggeris, Perancis dan Israel sebagai sokongan padu terhadap Kerajaan Mesir. Manakala pelajar puteri menjahit pakaian-pakaian tentera.
√ Menerima dua telegram khas daripada Presiden Jamal Abdul Nasir yang mengucapkan terima kasih atas pengorbanan anak Melayu di Mesir.
√ Menghantar surat ucapan tahniah atas perlantikan Jamal Abdul Nasir sebagai Presiden Mesir.
√ Menghadiahkan sepasang pakaian kebangsaan Melayu dan sebilah keris kepada Presiden Jamal Abdul Nasir sebagai lambang perjuangan bangsa Melayu.
1957
√ Mengemukakan resolusi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
√ Menyambut kemerdekaan Tanah Melayu dan membuat sambutan bagi memperkenalkan Tanah Melayu kepada semua bangsa dan peringkat.
√ Dijemput (mendapat jemputan) untuk memperkenalkan adat istiadat bangsa Melayu dan pakaian kebangsaan kepada pelajar Sudan.
1958
√ PMM menjadi tumpuan bagi memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu kepada wakil-wakil persatuan asing, akhbar dan kedutaan asing.
√ Mendesak pihak berkuasa di tanahair untuk mewujudkan kedutaan di Mesir.
1959
√ Memperjuangkan sekeping tanah yang dijanjikan oleh Kerajaan Mesir seluas 2212 meter persegi.
√ Menguruskan pertukaran passport British kepada passport Persekutuan Tanah Melayu.
1963
√ Asrama Melayu siap dibina.
*ARMA
1965
√ Memperbaharui pendaftaran dan menukar nama kepada "Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu" (PMRAB).
1967
√ Bekerjasama menubuhkan Gabungan Asia Tenggara di Mesir.
1969
√ Melancarkan Minggu Pengetahuan bagi menggalakkan pembelajaran ahli(sekarang Majlis Pengetahuan dan Silaturrahim).
1970
√ Mengadakan Kongres Mahasiswa Timur Tengah.
1971
√ Nama PMRAB ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM).
√ Melancarkan kursus dakwah dan berjaya melahirkan 64 kader dakwah.
√ Menerima kunjungan rombongan pengkaji ijazah Timur Tengah yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tun Dr.Ismail.
1972
√ Mengirim kawat takziah di atas kematian Tun Dr.Ismail.
1973
√ Menderma sebanyak 500 pound Mesir di atas kemenangan Mesir di dalam perang 6 Oktober 1973 dan diserahkan melalui Syiekh Al-Azhar, Syeikh Abd Halim Mahmud.
1980
√ Pemulihan pendaftaran PMRAM.
√ Usaha penghayatan Islam dijalankan.
1982
√ Jabatan Penuntut Malaysia(JPM) ditubuhkan.
√ Asrama Puteri dirasmikan oleh Datuk Musa Hitam.
1983
√ Permohonan pembelian sebuah bas diluluskan.
√ Turut serta menyambut Perayaan 1000 tahun Al-Azhar di Dewan Asrama Melayu.
1991
√ Menguruskan penghantaran pertama pelajar siswi Malaysia ke cawangan Al-Azhar di Iskandariah seramai 18 orang dari segi penempatan dan urusan kuliah.
1992
√ Menguruskan penghantaran pelajar ke cawangan baru Al-Azhar di Damanhur, Tanta, Syibin El-Kom dan Mansurah serta menubuhkan empat Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) sebagai cawangan PMRAM di muhafazah.
√ Memperkenalkan sukan badminton kepada Majlis Sukan Mesir.
√ Menyewa khas kapal terbang Sudan bagi membawa jemaah haji PMRAM seramai 150 orang ke Tanah suci.
√ Mengadakan demontrasi yang dibenarkan oleh pihak keamanan Mesir bagi menuntut semula hak-hak PMRAM di hadapan Datuk Dr.Abd Hamid Othman.
1993
√ Menghantar seramai 450 daripada 500 peserta bagi Kursus Kesedaran dan Kepimpinan Pelajar Malaysia anjuran Jabatan Perdana Menteri dan membuat resolusi agar kerajaan berlaku adil terhadap pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.
√ Mengadakan pertunjukan dan latihan sepak takraw di Kelab Sukan, Zamalek, Kaherah.
√ Mengadakan hubungan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.
√ Menghantar wakil ke Kursus Pentadbiran anjuran Kementerian Kemasyarakatan Mesir.
1994
√ Membantu Pusat Islam memberi penerangan mengenai Jamaah Al-Arqam.
√ Menguruskan penghantaran pelajar ke cawangan baru Al-Azhar di Dumyat dan Zagaziq.
√ Mengadakan Hari Pengetahuan dan Persaudaraan dengan kerjasama JPM sebelum Asrama Melayu dibaik pulih.
1995
√ Keluar dari Rumah Melayu sementara pembinaan dijalankan.
√ Mendapat kebenaran dari Kementerian Kemasyarakatan Mesir untuk membuka pejabat sementara di Madinah Nasr.
1998
√ Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi(JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli yang meruncing ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.
1999
√ PMRAM menguruskan penghantaran mahasiswa ke muhafazah baru cawangan Al-Azhar di Tafahhana Asyraf, Dussuq dan Itai Barut.
√ Ijtimak Tergempar PMRAM menjadi saksi komitmen ahli bagi mendapatkan persetujuan terhadap undang-undang baru Syuun Ijtima'iah.
*Syuuan Ijtima'iah : Kementerian Kemasyarakatan Mesir
2000
√ PMRAM mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu Israel dan melancarkan tabung bantuan kemanusiaan dan umat Islam Palestin.
√ Menghantar beberapa kotak pakaian kepada penduduk Chechen hasil sumbangan ahli PMRAM.
2001
√ Mengadakan sambutan ulangtahun ke-70 PMRAM dengan sambutan yang menggalakkan daripada seluruh bekas pimpinan PMRAM serta ahli.
√ Pelancaran PMRAM Multimedia Centre (PMC).
2003
√ Ijtimak Tergempar PMRAM sebanyak dua kali menjadi saksi dan bukti komitmen ahli yang padu bagi mendapatkan persetujuan terhadap undang-undang baru Syuun Ijtima'iah.
Terbitan : Badan Penerangan dan Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Pautan Laman web PMRAM (halaman utama)
Pautan Blog HEWI PMRAM (halaman utama)
Family PMRAM
Posted by :: JIhbIz :: at 1:16:00 AM 4 comments























