Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

TINDAKAN AMERIKA BIADAB


Kenyataa Media MAPIM
23 September 2012

Saya yang turut bersama untuk menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika mengenai penghinaan keatas Nabi menegaskan bahawa tindakan Kedutaan yang hanya menghantar Ketua Keselamatan bernama Chris adalah suatu tindakan biadab.

Jelas Amerika tidak menghormati sentimen masyarakat Islam dan rakyat ini di seluruh negara kerana melihat reaksi yang sangat jelas pada demonstrasi yang ditunjukkan oleh ribuan rakyat Malaysia.

Amerika perlu diajar untuk menghormati perasaan rakyat dengan menerima memorandum ini oleh Duta Amerika sendiri. Isu yang sudah menjadi isu dunia akibat penerbitan filem yang menghina Nabi bukan isu kecil malah akan mempengaruhi hubungan dunia Barat dan Islam.

Saya menegaskan bahawa Kedutaan Amerika perlu ingat akibat dari keangkuhannya ia bakal mencetuskan kebencian umat Islam yang lebih meningkat lataran umat Islam sudah mempunyai persepsi buruk terhadap negara tersebut dalam banyak isu yang berkaitan dengan Islam.

Jika benar Amerika mahu menunjukkan sikap terbukanya, kami menegaskan mereka mesti menghormati tindakan rakyat untuk menghantar memorandum dan memberi respon yang sewajarnya terhadap tuntutan yang ada dalam memorandum tersebut.

Rakyat Malaysia tidak akan terperangkap dengan strategi dan gimik komunikasi diplomatik yang cuba ditunjukkan oleh pegawai keselamatan itu malah menuntut supaya mereka bertindak menyatakan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khususnya.

Sehingga ini jelas tidak ada maklumbalas dari pihak Amerika terhadap bantahan keras umat Islam. 

Kami menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh berhenti dengan demonstrasi semata-mata. Malah tindakan memboikot semua perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan Amerika seharusnya cuba dilaksanakan. Boikot ekonomi dan budaya hendaklah menjadi senjata berkesan kepada Rakyat untuk menundukkan keangkuhan Amerika.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Friday, April 23, 2010

Isu fitnah Pengerusi: KJ sengaja?

Belum lagi hilang bahang isu 'kutub sittah', timbul pula isu lain yang sengaja menimbulkan kekeliruan dan memfitnah pelajar.

Lihat lampiran isu di bawah yang diambil dari facebook.


Di sini admin melampirkan keterangan 'situasi' kedudukan isu ini yang menjawab fitnah dan hal sebenar.
________________________________

[ Fitnah Khairi Jalalluddin (KJ) kepada Pengerusi DPMT ]

Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK
Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta

Menurut status KJ di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis  “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".

Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu.

18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang)

Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah  berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta. Kami seterusnya bergerak ke hotel berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Sesampainya di hotel, kami bertanya kepada pihak hotel lalu dimaklumkan kebenaran akan berita yang disampaikan oleh wakil Amnu Daulah tersebut.

Pengerusi  terus menghubungi nombor pihak Safarah yang tercatat dalam buku hotel tersebut. Lalu Puan Salwa (salah seorang pegawai JPMK) menjawab dan mengesahkan bahawa mereka akan datang ke Tanta untuk berurusan dengan pelajar pengajian Islam dan Perubatan pada keesokan harinya (19 April 2010) pada jam 8:30 pagi.

Selang beberapa minit, wakil Amnu Daulah sampai di hotel berkenaan lalu bertanyakan kepada Pengerusi kenapa tidak memaklumkan kepadanya mengenai kehadiran pihak Safarah ke Tanta. Wakil Amnu Daulah telah memarahi Pengerusi kerana tidak memaklumkan perkara tersebut kepadanya. Pengerusi menjelaskan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Safarah untuk menafikan kesalahan tersebut berpunca daripadanya. Pengerusi meminta Puan Salwa bercakap sendiri dengan wakil Amnu Daulah dalam telefon dan memohon maaf atas perkara tersebut. Rentetan daripada itu, KJ juga ada menghubungi Pengerusi dan memaklumkan bahawa beliau hendak bertemu dengan Pengerusi sekitar jam 8:30 pagi esok (19/4/2010).

Persoalannya, adakah terlalu sukar bagi mereka menghubungi Pengerusi DPMT untuk memaklumkan kehadiran mereka ke Tanta? Jika kedatangan mereka untuk berurusan dengan pelajar, semestinya perkara tersebut perlu ada dalam makluman Amnu Daulah. Pengerusi DPMT adalah ketua pelajar Malaysia di Tanta yang berada di bawah naungan PMRAM dan berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Jika Pengerusi Perubatan boleh dihubungi, kenapa tidak kepada Pengerusi DPMT?


19 April 2010 (sekitar jam 8:30 pagi)

Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan KJ. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, KJ mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu:

•    Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta.

Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya? Ini adalah prosedur biasa di peringkat Amnu Daulah. Pegawai-pegawai sebelum ini pun tiada masalah dengan prosedur tersebut. Mungkin KJ orang baru di Mesir. Sepatutnya perlu belajar dan bertanya kepada yang lebih tahu, bukan membuat tuduhan yang melulu dan tidak matang. Pelajar-pelajar yang hendak membuat urusan di Safarah pun ada peraturan, pelajar pergi ke Safarah pun kena ikut peraturan. Jadi, kenapa KJ datang ke sini  tidak mahu mengikut prosedur? Berurusan dengan orang yang banyak alasan sudah tentu kita akan menjadi BOSAN!!!

Pada bulan Februari 2010, rombongan daripada Malaysia (JASA) hadir ke Tanta untuk kempen 1MALAYSIA dan program tersebut di buat di markaz PMRAM Cawangan Tanta. Kami ahli-ahli Tanta menyambut baik walaupun pihak Safarah berbohong ketika menghubungi Pengerusi DPMT. Mereka menyatakan bahawa telah pun memaklumkan kepada Presiden PMRAM (Ustaz Abdul Muiz Muhammad), tetapi apabila Pengerusi menghubungi Presiden, Presiden menyatakan tiada mendapat sebarang maklumat tentang program 1MALAYSIA tersebut.

Dalam situasi ini pula, tuduhan KJ seolah-olah menggambarkan Pengerusi mengaku menjadi wakil Safarah untuk ambil tahu tentang kehadiran tersebut sepatutnya tidak timbul. Siapa yang mengaku jadi wakil Safarah? Pengerusi pun tidak tahu apa-apa jika tidak dimaklumkan oleh wakil Amnu Daulah. Wakil Amnu Daulah dapat maklumat tersebut pun daripada pihak hotel. Jadi, kenapa KJ nak berang kepada Pengerusi DPMT? Kenapa sampai menulis status di  Facebook? Bila menulis di Facebook semua orang boleh membaca (macam budak-budak daaa). Kenapa nak ugut dengan menyatakan bahawa Pengerusi telah melakukan kesalahan yang besar? Kenapa mahu dibawa perkara tersebut kepada Encik Saiful (Pemangku Duta Malaysia Kaherah).

Jadi, kami ahli-ahli Tanta mendesak supaya KJ memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi serta ahli DPMT di atas tuduhan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tulisan KJ di Facebook menyebabkan semua orang dapat membacanya lantas menyebarkan fitnah. Ini soal maruah dan jangan pandang perkara ini sebagai perkara yang kecil! Diharapkan agar perkara tersebut tidak berlaku di muhafazah lain.

Sekian, wassalam.

Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
Rujukan : web dpmt
__________________________________

Walaupun beliau(KJ) mengatakan paparan di facebook adalah pendapat peribadinya tetapi mahasiswa-mahasiswi kenal dia adalah pegawai JPMK dan isu ini berlaku bukannya sembang-sembang di padang bola sepak, kolam renang, shopping complex atau sebagainya tetapi bermula ketika KJ berada di Tanta untuk menjalankan kerja rasmi. Penulis tak ingin nak pertikaikan kerja KJ, kerana itu memang kerja rasmi KJ. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, kami mendesak supata KJ mohon maaf atas keterlanjuran beliau di facebook kerana di situ bermulanya fitnah.