Showing posts with label PMRAM. Show all posts
Showing posts with label PMRAM. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Sambutan penubuhan DPMT tahun ke-20

الاءنطلاقة للبيت الطلبة الماليزيين بطنطا
 ل 20 عام

      15 Januari 1992 merupakan detik sejarah bermulanya kesatuan mahasiswa Malaysia di Tanta. Mendasari kegemilangan khilafah islamiyah, Dpm Tanta menjadi sayap yang melebarkan perjuangan PMRAM.

[copy DPMT] Kami di Barisan Kepimpinan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(Dpm Tanta) ingin menjemput kepada seluruh warga Tanta(Ikhwah & Akhawat) untuk sama-sama menghadiri Solat Hajat Perdana sempena ulangtahun ke-20 DPMT yang telah ditubuhkan sejak 1992 lagi. Lestarikan Ukhuwwah kita.

Semoga Allah merahmati dan memberkati wadah ini, tidak lain dan tidak bukan demi untuk memperjuangkan kalimahNya serta menyatukan permata-permata Malaysia di Tanta secara khusus, dan umumnya di Mesir melalui persatuan induk, PMRAM. Moga abna' alharakah ini tetap tabah, utuh dan yang paling penting niat yang ikhlas sepanjang melewati jalan juang ini.

الله أكبر ولله الحمد..حسبي الله ونعم الوكيل
لا حرية فوق حرية الله

Thursday, September 29, 2011

Makluman: Pertandingan Penulisan Ilmiah

Penulis dengan sukacitanya memetik satu makluman dari sebuah blog yang membuka peluang kepada semua mahasiswa-mahasiswi menyertai pertandingan penulisan ilmiah. Sedemikian itu, pada hemat penulis, pertandingan seumpama ini mempunyai potensi besar melahirkan jiwa-jiwa yang mengambil berat akan permasalahan dan tujahan isu ke atas umat Islam. Paling tidakpun, sekurang-kurangnya ia memberi galakan kepada mahasiswa-mahasiswi untuk cuba menceburkan diri dalam penulisan.

Tuntasnya, persoalan ini sedang terpundak ke atas diri kita. Semoga pada mahasiswa dan mahasiswi yang berminat, mudahan dapat lahirkan kajian yang memberi manfaat kepada kita semua. Syarat-syarat dan tajuk berkenaan sila lihat dalam paparan iklan di bawah.

Tajuk-tajuk pertandingan yang amat menarik
Syarat-syarat pertandingan
Sumber: 25/09/2011, Blog Rasmi Manhal-PMRAM

Wednesday, September 28, 2011

SOMALIA DI BASAHI HUJAN

Mogadishou, Somalia: Ibu negara Somalia serta beberapa buah bandar di Somalia pada hari jumaat yang lalu dibasahi hujan selepas solat khusus yang telah dianjurkan oleh Amal Qatar.

Hujan yang turun itu memberi nafas lega kepada penduduk Somalia yang telah menghadapi kemarau yang teruk akibat ketiadaan hujan selama empat musim berturut-turut.

Solat yang telah didirikan di dataran Trabenca, Mogadishou telah diimamkan oleh Sheikh Mohammad Hasan Al-Merreikhi, Imam Masjid Omar Bin Khattab di Doha, Qatar. Turut bersama penduduk tempatan mendirikan solat jemaah tersebut ialah CEO Amal Qatar, Yusuf bin Ahmed Al-Kuwari.

Hujan yang turun ketika solat sedang didirikan itu merupakan suatu peristiwa yang amat menggembirakan. "Berkat dan rahmat Ilahi bersama keimanan,kepercayaan dan kepatuhan kepada agama Islam:" kata Sheikh al-Merreikhi dalam khutbah yang singkat yang disampaikan selepas solat tersebut.

Amal Qatar turut menyeru umat Islam di seluruh dunia agar mendoakan kesejahteraan saudara se-Islam mereka di Somalia`. Antara umat Islam yang menyahut seruan tersebut ialah umat Islam di negara Indonesia, Mauritania, Qatar, Kuwait, Somalia, Malaysia, Bosnia, Kosovo, Mali, Australia Comoros, Sudan, Eropah, Albania, Burkina Faso, Niger, Pakistan, Bangladesh, Mauritania, Argentina, Brazil, Mexico, India, Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Kanada, China, Mesir dan Palestin.

Sumber: 26/09/2011, Blog Rasmi map2care

Tuesday, September 27, 2011

PMRAM, MPPMJ & PPMS Selar Tindakan Karikatur Utusan Yang Mempersendakan Hudud

Karikatur Utusan

KAHERAH, 27 Sept - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) dan Persatuan Pelajar Malaysia Syria(PPMS) menyelar tindakan karikatur Utusan Malaysia yang diterbitkan pada hari ini membawa unsur mempersendakan hudud.

Karikatur Utusan tersebut jelas mempersendakan hudud apabila menggambarkan seorang ustaz yang memakai serban sedan berbaring mendengar muzik yang mengeluarkan bunyi hudud dan terdapat di sisi ustaz yang digambarkan tersebut album lagu yang tertulis hudud.

PMRAM, MPPMJ dan PPMS menyatakan pendirian secara tegas bahawa karikatur tersebut merupakan satu unsur yang membawa kepada fitnah serta persendaan kepada hudud yang merupakan hukum daripada Allah.

Sepatutnya tidak timbul karikatur seperti berikut walaupun isu hudud di Malaysia sedang hangat di perkatakan.

Ia seolah-olah menggambarkan rosaknya etika bagi media di Malaysia apabila secara langsung menyentuh sensitivitiyang berkaitan dengan agama Islam bahkan memperlihatkan begitu mudah agama Islam diperlekehkan melalui media.

"PMRAM bersama-sama dengan mahasiswa di Jordan melalui MPPMJ dan Syria melalui PPMS menyelar tindakan karikatur Utusan yang tidak bermoral apabila mempersendakan hudud secara umum. PMRAM dan PPMS mengharapkan isu hangat mengenai hudud di kalangan masyarakat umat Islam Malaysia tidak dijadikan sebagai bahan lawak atau persendaan bagi mana-mana pihak kerana ia menyentuh sensitiviti agama Islam," ujar Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman berhubung isu ini ketika dihubungi.

"PMRAM juga sedang menanti respon daripada rakan-rakan Solidariti Mahasiswa Timur Tengah (SMATT) yang lain berhubung isu ini. Insyaallah dalam masa terdekat SMATT akan mengadakan perbincangan secara conference di antara presiden-presiden persatuan induk di negara-negara Timur Tengah untuk membincangkan isu ini bersama," tambah beliau lagi.

Justeru, PMRAM , MPPMJ dan PPMS menuntut agar Utusan Malaysia dapat menjaga etika dan adab supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama sekaligus mengundang fitnah perpecahan di kalangan masyarakat di Malaysia.

Sumber: 27/09/2011, Web Rasmi PMRAM

Wednesday, September 7, 2011

Jom Balik Kampung!

PMRAM

Bersama memeriahkan Rumah Terbuka & Malam Mahabbah Aidilfitri PMRAM 2011(RAMAH'11) tengahari nanti.  Pelbagai juadah dan persembahan menarik disediakan khususnya sempena lebaran untuk perantau di bumi Anbiya' ini.


Tempat : Dataran Hayyu 'Asyir
Hari      : Rabu
Tarikh   : 9 Syawal 1432 bersamaan 7 September 2011


Tentatif :


Rumah Terbuka        ~ 12:30tgh - 4:30ptg
Malam Mahabbah     ~ 08:30mlm (cabutan bertuah untuk 111 pengunjung terawal) 


Sama-sama kita memeriahkannya.. Semua dijemput hadir !!

Monday, August 29, 2011

Solat Hari Raya E'dul Fitri 1432H

Dengan ini Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ingin mengumumkan pada tahun ini PMRAM akan menganjurkan Solat Hari Raya E'dul Fitri 1432 H bertempat di Masjid Musa, Hayyu Sabi'e pada 1 Syawal 1432H. Dijemput kepada semua mahasiswa/mahasiswi untuk sama-sama hadir beramai-ramai.

Sumber : Web rasmi PMRAM

Monday, December 13, 2010

Usah Lenyapkan Sensitiviti Ke Atas ARMA

    Isu ARMA yang masih diperjuangkan sehingga kini merupakan isu mengenai dengan hak. Ia bukan semata-mata isu menagih simpati di kalangan ahli. Perjuangan yang didokongi abang-abang lama mesti dipertahankan dan dibuktikan kesungguhan perjuangan kita dengan mendapatkan kembali tempat iaitu di anjung ARMA sebagai pejabat tempat beroperasi PMRAM.

Sudah berulang kali isu ARMA ini dilaungkan, namun sensitivti ke atasnya masih kurang dan suram, tidak seperti yang diharapkan. Suasana kebangkitan ahli sebagaimana pada tahun PMRAM mahu diusir daripada ARMA masih belum dapat dirasai kini. Bahkan bahangnya turut tidak dirasai.

Isu ini hanya diperjuangkan oleh segelintir sahaja di kalangan mereka yang benar-benar memahami perjuangan PMRAM selama 80 tahun ini. Bahkan semakin ramai yang membisu walaupun fakta berkenaan dengan ARMA cuba diselewengkan di hadapan mata.

Usah mendabik dada mengatakan kita ahli PMRAM yang mendokongi PMRAM sekiranya isu ARMA tidak dijayakan bersama-sama. Ahli PMRAM semuanya mesti menjayakan menghangatkan kembali suasana cakna dan prihatin ke atas isu ARMA dengan sepenuhnya sebelum ARMA dapat digenggam kembali.

Kini suasana PMRAM di ARMA langsung tiada walau sekali. Sudah bertahun-tahun ARMA semakin menyepi dan jauh daripada kesatuan PMRAM yang merupakan persatuan induk dan gerakan mahasiswa Islam di bumi Mesir ini.

ARMA sebenarnya masih menanti kembalinya semangat 65 sukarelawan terdahulu dan suara yang lantang dalam memperjuangkan isu ini untuk bangkit bersama-sama. ARMA pasti lemah dan tidak berharga tanpa kehadiran mahasiswa/wi Islam yang membawa imej PMRAM. Bertahun-tahun ARMA suram ekoran aura PMRAM yang tidak kelihatan.

Tidak pasti mana kurangnya dan apa lemahnya sehinggakan isu kini yang dahulu hangat diperjuangkan kini semakin suram. Ayuh, hangatkan kembali isu ini di bibir-bibir mahasiswa/wi Islam dan di dada-dada laman maya masing-masing. Usah lenyapkan sensitiviti ke atas ARMA.

Disediakan oleh:
Unit Panitia ARMA 2010

Sumber dan dipetik: Web rasmi PMRAM

Tuesday, April 21, 2009

PMRAM : Kronologi dan sejarah

KRONOLOGI DAN PERISTIWA BERSEJARAH DALAM PMRAM

1930
Penubuhan Persekutuan Putera-putera Semenanjung (PPS)

1932
Berusaha mendapatkan tanah bagi pembinaan rumah Melayu di Abbasiah

1940
Bersama dalam penubuhan Persatuan Pelajar Indonesia. Menyokong pelajar-pelajar Indonesia bagi menuntut kemerdekaan.

1950
Mengadakan tunjuk perasaan menghalau inggeris keluar dari bumi Mesir sebagai rasa simpati terhadap rakyat Mesir.

1952
Menukar nama daripada PPS kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM) dan terus memperjuangkan usaha mendapat tanah untuk pembinaan asrama Melayu dengan melancarkan derma kepada jemaah haji di Mekah.

1954
Menghadiri kongres Pemuda Islam di Karachi.

1955
Mengirim kawat kepada Persidangan Afro-Asia supaya menyokong kemerdekaan Malaysia. Selain itu, Menganggotai Persatuan Pelajar-pelajar Kongres Islam yang berpusat di Kaherah.

Mendapat bantuan khas daripada Kerajaan Malaya sebanyak Le25 sebulan.

Penubuhan Badan Siswi sebagai medium organisasi mahasiswi.

1956
Mendaftarkan 65 orang anak Melayu untuk menjadi askar sukarela menentang pencerobohan Inggeris, Perancis dan Israel sebagai sokongan padu terhadap Kerajaan Mesir. Manakala pelajar puteri menjahit pakaian-pakaian tentera.

Menerima dua telegram khas daripada Presiden Jamal Abdul Nasir yang mengucapkan terima kasih atas pengorbanan anak Melayu di Mesir.

Menghantar surat ucapan tahniah atas perlantikan Jamal Abdul Nasir sebagai Presiden Mesir.

Menghadiahkan sepasang pakaian kebangsaan Melayu dan sebilah keris kepada Presiden Jamal Abdul Nasir sebagai lambang perjuangan bangsa Melayu.

1957
Mengemukakan resolusi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Menyambut kemerdekaan Tanah Melayu dan membuat sambutan bagi memperkenalkan Tanah Melayu kepada semua bangsa dan peringkat.

Dijemput (mendapat jemputan) untuk memperkenalkan adat istiadat bangsa Melayu dan pakaian kebangsaan kepada pelajar Sudan.

1958
PMM menjadi tumpuan bagi memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu kepada wakil-wakil persatuan asing, akhbar dan kedutaan asing.

Mendesak pihak berkuasa di tanahair untuk mewujudkan kedutaan di Mesir.

1959
Memperjuangkan sekeping tanah yang dijanjikan oleh Kerajaan Mesir seluas 2212 meter persegi.

Menguruskan pertukaran passport British kepada passport Persekutuan Tanah Melayu.

1963
Asrama Melayu siap dibina.

*ARMA


1965
Memperbaharui pendaftaran dan menukar nama kepada "Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu" (PMRAB).

1967
√ Bekerjasama menubuhkan Gabungan Asia Tenggara di Mesir.

1969
√ Melancarkan Minggu Pengetahuan bagi menggalakkan pembelajaran ahli(sekarang Majlis Pengetahuan dan Silaturrahim).

1970
√ Mengadakan Kongres Mahasiswa Timur Tengah.

1971
√ Nama PMRAB ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM).

√ Melancarkan kursus dakwah dan berjaya melahirkan 64 kader dakwah.

√ Menerima kunjungan rombongan pengkaji ijazah Timur Tengah yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tun Dr.Ismail.

1972
√ Mengirim kawat takziah di atas kematian Tun Dr.Ismail.

1973
√ Menderma sebanyak 500 pound Mesir di atas kemenangan Mesir di dalam perang 6 Oktober 1973 dan diserahkan melalui Syiekh Al-Azhar, Syeikh Abd Halim Mahmud.

1980
√ Pemulihan pendaftaran PMRAM.

√ Usaha penghayatan Islam dijalankan.

1982
√ Jabatan Penuntut Malaysia(JPM) ditubuhkan.

√ Asrama Puteri dirasmikan oleh Datuk Musa Hitam.

1983
√ Permohonan pembelian sebuah bas diluluskan.

√ Turut serta menyambut Perayaan 1000 tahun Al-Azhar di Dewan Asrama Melayu.

1991
√ Menguruskan penghantaran pertama pelajar siswi Malaysia ke cawangan Al-Azhar di Iskandariah seramai 18 orang dari segi penempatan dan urusan kuliah.

1992
√ Menguruskan penghantaran pelajar ke cawangan baru Al-Azhar di Damanhur, Tanta, Syibin El-Kom dan Mansurah serta menubuhkan empat Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) sebagai cawangan PMRAM di muhafazah.

√ Memperkenalkan sukan badminton kepada Majlis Sukan Mesir.

√ Menyewa khas kapal terbang Sudan bagi membawa jemaah haji PMRAM seramai 150 orang ke Tanah suci.

√ Mengadakan demontrasi yang dibenarkan oleh pihak keamanan Mesir bagi menuntut semula hak-hak PMRAM di hadapan Datuk Dr.Abd Hamid Othman.

1993
√ Menghantar seramai 450 daripada 500 peserta bagi Kursus Kesedaran dan Kepimpinan Pelajar Malaysia anjuran Jabatan Perdana Menteri dan membuat resolusi agar kerajaan berlaku adil terhadap pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

√ Mengadakan pertunjukan dan latihan sepak takraw di Kelab Sukan, Zamalek, Kaherah.

√ Mengadakan hubungan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa.

√ Menghantar wakil ke Kursus Pentadbiran anjuran Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

1994
√ Membantu Pusat Islam memberi penerangan mengenai Jamaah Al-Arqam.

√ Menguruskan penghantaran pelajar ke cawangan baru Al-Azhar di Dumyat dan Zagaziq.

√ Mengadakan Hari Pengetahuan dan Persaudaraan dengan kerjasama JPM sebelum Asrama Melayu dibaik pulih.

1995
√ Keluar dari Rumah Melayu sementara pembinaan dijalankan.

√ Mendapat kebenaran dari Kementerian Kemasyarakatan Mesir untuk membuka pejabat sementara di Madinah Nasr.

1998
√ Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi(JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli yang meruncing ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.

1999
√ PMRAM menguruskan penghantaran mahasiswa ke muhafazah baru cawangan Al-Azhar di Tafahhana Asyraf, Dussuq dan Itai Barut.

√ Ijtimak Tergempar PMRAM menjadi saksi komitmen ahli bagi mendapatkan persetujuan terhadap undang-undang baru Syuun Ijtima'iah.

*Syuuan Ijtima'iah : Kementerian Kemasyarakatan Mesir

2000
√ PMRAM mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu Israel dan melancarkan tabung bantuan kemanusiaan dan umat Islam Palestin.

√ Menghantar beberapa kotak pakaian kepada penduduk Chechen hasil sumbangan ahli PMRAM.

2001
√ Mengadakan sambutan ulangtahun ke-70 PMRAM dengan sambutan yang menggalakkan daripada seluruh bekas pimpinan PMRAM serta ahli.

√ Pelancaran PMRAM Multimedia Centre (PMC).

2003
√ Ijtimak Tergempar PMRAM sebanyak dua kali menjadi saksi dan bukti komitmen ahli yang padu bagi mendapatkan persetujuan terhadap undang-undang baru Syuun Ijtima'iah.


Sumber : PMRAM, wadah perjuangan mahasiswa bumi Kinanah
Terbitan : Badan Penerangan dan Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Pautan Laman web PMRAM (
halaman utama)
Pautan Blog HEWI PMRAM (halaman utama)


Paparan maklumat di atas bukanlah untuk tujuan perniagaan atau mencari populariti. Hanya melahirkan rasa bertanggungjawab seorang ahli terhadap sebuah persatuan induk yang telah lama memberikan jasa, didikan, kebajikan dan seumpamanya kepada anak-anak Melayu di Mesir.