Sunday, September 2, 2007

From Palestine With Love di A MIND

Getus hati memecah kepanasan musim ini melihat tindakan ganas Israel yang mendapat sokongan penuh Amerika Syarikat. Saban tahun, berlalunya saat dan masa terus menghimpit Palestin.

Palestin yang di tekan dari sudut ekonomi, politik, sosio masyarakat, kependudukan, geografi dan lain-lain lagi sedikitpun tidak menimbulkan rasa 'bimbang' di hati pemimpin umat Islam. Malah, tindak-tanduk mereka mencerminkan tidak merasai tanggungjawab terhadap tanah umat Islam yang dijajah puluhan tahun lamanya.

Sempena A MIND '07 yang berlangsung di Kaherah, komiti Mini-Pavilion turut digerakkan hati dan kaki tangan mereka untuk mengenengahkan Palestin di khalayak siswa-siswi. Biarpun, A MIND '07 untuk meraikan kemerdekaan Malaysia..tetapi bumi Palestin juga ada haknya di pameran yang di anjurkan oleh PMRAM.







Mini-Pavilion 'From Palestin With Love' seliaan Badan Penerangan dan Penerbitan (BPP PMRAM) turut bergandingan dengan Badan Kebajikan Anak-anak Negeri (BKAN)&Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) yang berlangsung selama 2 hari (28&29 Ogos) di Dewan Haflah Kubra, Kuliah Perubatan, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis.