Showing posts with label MAPIM Mesir. Show all posts
Showing posts with label MAPIM Mesir. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Persidangan antarabangsa dokong kesihatan Gaza di Kaherah

Terjemahan:

Koresponden media MAPIM rantau Asia Barat

KAHERAH - Pertubuhan Kerjasama Islam(OIC) akan mengadakan sebuah persidangan antarabangsa di Kaherah hari ini untuk menyokong sektor kesihatan di Semenanjung Gaza. Demikian itu, setelah lebih lima tahun Israel mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza.

Menukil dari koordinator Hal-Ehwal Kemanusiaan OIC dalam salinan keterangan akhbar yang diterima agensi berita SAFA pada hari Isnin, 23/04/2012, persidangan yang akan berlangsung pada 29 April 2012(hari ini) bertujuan untuk memberi sokongan kepada sektor kesihatan di Semenanjung Gaza dengan menyediakan keperluan perubatan segera(pusat bantuan), menyumbang bekalan dan peralatan penting(pusat pemulihan), dan latihan mobilisasi kakitangan perubatan bagi mempertingkatkan kecekapan teknikal(pusat pembangunan).

Kordinator ini menerangkan bahawa persidangan ini mendapat tajaan eksklusif dari syarikat Rayah Saudi Antarabangsa. Jelas lagi, syarikat berkenaan telah melaksanakan banyak program-program bantuan dan kemanusiaan di Tebing Barat(Palestin), Semenanjung Gaza(palestin), Somalia, dan kem-kem pelarian Palestin di Lubnan.

Berhubung persidangan, koordinator ini menjelaskan melalui persidangan ini, kumpulan pertama dari sekumpulan doktor hospital Putera Nayef di Gaza akan dipilih dan syarikat Rayah Saudi mencari kelayakan para doktor menjalankan khidmatnya di hospital yang dikhususkan merawat tumor.

Jelas lagi, koordinator OIC menjangkakan sebilangan besar dari pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan yang rasmi dan antarabangsa, juga termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan akan turut serta dalam persidangan yang bertujuan untuk melepaskan kesengsaraan pesakit-pesakit Gaza yang berada dalam sekatan. Turut dijangkakan lagi, wakil-wakil pertubuhan yang menyumbang dari Negara-negara anggota OIC dan antarabangsa juga hadir.

Kata koordinator, sewaktu persidangan, sebuah kumpulan yang menyediakan program-program OIC dengan kerjasama Persatuan doktor-doktor Arab(اتحاد الأطباء العرب), Pertubuhan Kebajikan Islam dan kumpulan kesihatan antarabangsa akan membentangkan penyelidikan dan membincangkan kajian itu secara teknikal. Turut serta mempublisitikan penyelidikan ini di negara asia timur adalah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) merupakan salah satu pihak yang terlibat dalam Pengurusan Hal-Ehwal Kemanusiaan dalam isu Gaza tahun 2012.

Disebutkan lagi, OIC memutuskan untuk mengadakan persidangan ini setelah mengadakan rundingan(mesyuarat) dengan beberapa pihak yang melihat betapa perlunya diketengahkan pendekatan komprehensif bagi menangani masalah kegawatan dalam sektor kesihatan di Semenanjung Gaza, yang mana ia akan dijalankan secara berterusan untuk jangka masa yang panjang. 

Sumber:
23/04/2012, web berita Safa.ps

Monday, March 26, 2012

Agih kali kedua sumbangan melalui MAPIM kepada anak-anak yatim

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN
ISLAM MALAYSIA
Terjemahan:
Koresponden Media MAPIM Rantau Asia Barat

Yayasan Kebajikan Islam dengan kerjasama beberapa buah lagi pertubuhan di Semenanjung Gaza telah mengagihkan sumbangan pembiayaan melalui MAPIM kepada anak-anak yatim di Gaza bagi kali kedua. Program sumbangan ini meliputi seramai 240 orang anak-anak yatim yang mendapat pembiayaan secara bulanan bagi tempoh setahun.

Sebagaimana yang dinyatakan, usaha-usaha yang digerakkan oleh Yayasan Kebajikan juga untuk memperbanyakkan lagi jumlah nilai pembiayaan dalam program ini, malah agar ia sentiasa berterusan.

Berhubung sumbangan, Pengerusi Yayasan Kebajikan Islam menghargai usaha Pertubuhan-pertubuhan(NGO) yang sentiasa mendokong ketabahan rakyat Palestin khususnya penduduk Semenanjung Gaza yang hidup dalam sekatan.

Sumber:
26/03/2012, web rasmi Yayasan Kebajikan Islam Bet Hanoun


Pautan lain:
MAPIM dan SHURA kecam serangan ke atas Gaza(versi arab)