Monday, April 26, 2010

Erti tabah, suka dalam derita

"Setiap jiwa pasti menghadapi saat kematian", realiti yang mesti diterima mana-mana insan yang mengaku beriman kepada Allah Ta'ala. Sebalik itu, sedih dan merasai dukacita tidak dapat dikesampingkan lantaran pemergian seseorang yang amat disayangi. Tambahan pula, ahli keluarga, adik kandung.

Penulis bercerita di sini bukanlah mahu mengisi kekosongan masa atau melayani perasaan tatkala sedih dan hiba dengan pemergian kak Jut, tetapi penulis mahu mengajak kawan-kawan termasuk adik-adik dan ahli keluarga yang lain supaya mengambil iktibar bahawa; kematian itu bila-bila masa sahaja akan menjemput dan mengerti sifat tabah ketika berada dalam suasana yang hiba dan duka.

Arwah(kak Jut) sebelum dijemput menemui Allah Ta'ala telah berhadapan dengan ujian yang cukup menguji iman dan sabar. Manakan tidak, dia telah berumahtangga pada 2009. Semestinya mahu mengecapi nikmat hidup bersama suami tercinta, membina mahligai dari taman syurga, namun Allah Ta'ala telah memilih kak Jut dan suaminya untuk membuktikan iman mereka, juga kami sekeluarga. Tempoh masa kak Jut berhadapan dengan ujian(sakit, menghidap kanser tulang) yang agak lama dan teramat perit.

Situasi tersebut membimbangkan emak(gambar bersebelahan dengan arwah, kelihatan wajah sayu mengenangkan anaknya sakit masa itu)dan abah. Semahunya, emak dan abah memikirkan pula adik-adik yang mendatang dengan pengajian dan kehidupan tetapi terpaksa menumpukan sepenuhnya kepada kak Jut yang sakit. Tambahan pula, penulis(sulung) masih belum selesai pengajian dan sewajarnya penulislah yang mesti berkorban segalanya demi keluarga saat ini tanpa memberatkan ma dan abah. Bagaimanapun, emak dan abah terus memberikan layanan kepada kak Jut dan menjaganya sambil disokong suami kak Jut, adik Shauqi.

Kesakitan yang dihadapi kak Jut tidak membungkam kehidupan kami sekeluarga, malah ada sahaja cerita-cerita yang menarik pasti menghiburkan. Walaupun adakalanya sedih memikirkan keperitan yang dilalui kak Jut, tetapi terubat dengan memahami bahawa semua ini adalah ujian dari Allah.

Semasa pertengahan tahun 2009, saya terdorong untuk pulang ke Malaysia melihat dan mengintai derita yang dihadapi kak Jut. Setiap kali call emak, pasti bertanya tentang pulang dan emak berserta abah berharap sedemikian. Ketika itu, kak Jut memang telah terlantar di katil akibat sakit yang dideritai. Awalnya tyroid yang membengkak di leher kemudian berjangkit ke seluruh tubuh, membuatkan sukar bernafas, tidak lalu makan, tak bermaya dan seumpamanya.

Cerita tentang rawatan pula, boleh menyusun daftar ubat dan senarai klinik serta hospital. Adik Shauqi yang bertungkus-lumus 'standby' semua itu juga tidak terlepas menerima ujian ini saat isterinya sakit, betapa Allah membimbinginya menjadi suami yang begitu tabah. Walaupun sibuk dengan kerjanya, guru tetapi masa dan tanggungjawabnya tak pernah lekang bahkan sentiasa kuat. Semasa tempoh pertunangan mereka, Shauqi meminta kepada abah supaya dipercepatkan hari pernikahan mereka. Pada mulanya abah membantah kerana kak Jut dah sakit, tetapi desakan dan kepercayaan kepada Shauqi..emak dan abah membenarkan hari bahagia mereka diadakan. Seperti yang emak cerita, sebelum abah beri kebenaran, Shauqi memberikan janjinya untuk jaga dan bantu sembuhkan kak Jut dengan sedaya-upayanya.

Ketika penulis pulang bercuti di Malaysia dari akhir Julai 2009 hingga akhir November 2009, segala suka-duka kami sekeluarga dikongsi bersama. Saat tiba di muka pintu rumah dari Lapangan Terbang, penulis terus mendapatkan kak Jut yang berada di katil, titisan air mata kak Jut turut menitis tika kami berpelukan. 

Gambar: Ketika bersama arwah di hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar. Giliran adik Yaseer(berkain pelikat) teman kak Jut. Sebelah kiri saya, adik bongsu. 

Walaupun kak Jut sakit, tetapi dia juga berusaha untuk menenangkan semua orang di rumah agar tidak terlalu memikirkan kesakitannya. Mungkinkah dia berlakon gembira meskipun sakit? Along rasa tidak, bahkan dengan cara itu kak Jut mampu merawat dirinya dan mahu menenangkan kami, terutamanya emak dan abah serta suaminya. Akibat terlampau sakit, kak Jut dibawa ke tempat rawatan; hospital Penang, hospital pakar Alor Setar, klinik di Sungai Petani dan tempat sedia merawat secara tetap adalah di hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar memandangkan kemudahan yang lengkap dan selesa untuk kak Jut. Di samping itu, perubatan cara Islam turut dibarisi sebagai usaha mengubati penyakit yang dihadapi oleh kak Jut.

Sepanjang rawatan di hospital Sultanah Bahiyyah, emak selalu berada di sisi kak Jut..adapun kami yang lain saling bergilir menemani kak Jut di hospital. Penulis turut merasa lebih sayu kerana kak Jut cakap pada emak yang alongnya kurang melayaninya ketika sakit(Ya Allah, ampunkan dosa saya kepada arwah). Bagaimanapun, ketika emak berada di hospital, penulis mengambil alih kerja emak di kantin. Dalam kesibukan itu, penulis menjadi driver on-call ulang-alik bergilir dengan abah tiap-tiap hari dari rumah(Bt 16) ke hospital di Alor Setar. Kadang-kadang bersama abah, dan kadang-kadang bersama dengan adik-adik yang lain..pergi melihat, menjenguk, dan bersama kak Jut. Yang kerapnya emak kerana sifat keibuan yang Allah anugerahkan kepadanya langsung tidak rasa keletihan apatahlagi jemu, emak rela bersama kak Jut di hospital. Abah pula mengajar di sekolah dan menemani kami di rumah seharian. Adik-adik yang bersekolah rendah, Hakim dan adik(Khudhari) seakan faham dan tidak menunjukkan karenah. Jika bersama si kakak, Mawaddah..mereka sentiasa bergelak ketawa. Bagi mereka, lebih suka berada di hospital untuk bersama emak menemani kak Jut. Shifa', Saidah, Toyyib(driver on-call jugak, la ni dia la yang conquere) juga antara peneman setia kak Jut. Tambahan pula dengan kepulangan adik Yaseer(Yaman) ketika bercuti di Malaysia menambahkan ceria emak malah juga menemani kak Jut di hospital. Kadang-kala dia menjadi tukang masak di rumah. Adik yang seorang lagi, Huda..meskipun sibuk mengajar waktu itu tetapi tidak reti letih menjalankan tanggungjawabnya, dia peneman penulis ketika sibuk menjalankan bisnes di kantin dan memasak untuk kak Jut dan emak. Adapun adik Farhanah yang belajar di UKM, kerap mahu pulang ke rumah untuk bersama kami.

Aidilfitri 2009 perayaan yang besar bagi umat Islam, namun kami hanya mampu sambut dengan seadanya..pagi sibuk dengan sambutan aidilfitri, petang bergegas ke hospital untuk tukar giliran menemani kak Jut. Tambahan lagi, emak-emak dan ayah saudara, sepupu-sepupu, sanak saudara, kawan-kawan penulis, dan kawan-kawan kak Jut yang juga kerap menziarahi kak Jut.

Penulis juga tidak dapat melupakan saat-saat manis bersama arwah. Walaupun arwah terlantar di katil sepanjang masa, tetapi dia juga menjadi master-mind untuk rehlah seisi keluarga ke Pantai Merdeka pada 25-11-2009(kesilapan tarikh di gambar). Itulah kali terakhir, arwah(tudung purple berkerusi roda. Abah yang berkopiah putih duduk sambil membicarakan sesuatu pada emak, bertudung hitam) berkongsi kegembiraannya bersama kami sekeluarga..'sakit tetapi mahu juga menceriakan orang'.

Saya tiba di Mesir dalam keadaan agak lemah kerana memikirkan kak Jut, dan bagaimana emak dan abah bersendirian memikirkan semua ini. Mujur ada Mak Tam(kakak kepada abah) antara yang kuat memberi semangat kepada emak dan abah.

Sesekali membuat panggilan ke Malaysia, terubat dengan suara emak dan adik-adik..tetapi dengan kak Jut? Kali terakhir bercakap dengan kak Jut pada 29-11-2009. Selebihnya, hanya mengutus salam rindu dan sayang kepada kak Jut melalui emak.

Gambar: Arwah di kerusi malas, tengah adik bongsu, di kerusi roda, suami arwah yang cuba merasai nikmat duduk di kerusi roda.

Tanpa sedari lebih dari 5 bulan, penulis sentiasa dikejutkan dengan berita cemas tentang kak Jut..dua hari sebelum ini, mak cakap paru-paru kak Jut telah ditebuk untuk mengeluarkan air bagi memudahkan pernafasan dicampuri dengan darah yang turut mengalir keluar bersama air membuatkan oksigen ke kepalanya telah berkurangan. Pernafasannya disokong dengan oksigen. Saat-saat akhir, saya sendiri merasai letih tanpa buat apa-apa kerja yang berat, laporan kerja yang dijanjikan 'submit' turut terbengkalai..maafkan saya. Menurut mak, sebelum subuh pada 25-04-2010, tok wan(datuk) di Kuala Kedah merasai pelik berbanding hari lain..dia bingkas bangun dari tempat tidur seraya membaca al-Quran sambil merasai pelik, 'adik-beradik mana yang nak pergi dah ni? aku ka sapa?'.

Ternyata, Allah lebih menyayangi kak Jut. Allah Ta'ala hilangkan derita sakit yang dihadapinya dengan menghentikan nafasnya. Di sisi suami yang tabah, terukir senyuman terakhir isteri yang redha dengan ujian Ilahi. Emak yang berada di hospital menceritakan dari suami kak Jut bahawa saat akhir perpisahan itu..kak Jut menguntumkan senyuman kepada suaminya, bukti redha dengan sebuah cinta kerana Allah meskipun dapat hidup bersama pada waktu yang singkat, juga berterima kasih dengan pengorbanan yang cukup besar dari suaminya. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un..semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beramal soleh. 

"Saya dah selesaikan tanggungjawab saya bantu mengubati arwah, sekarang along banyakkan membaca Al-Quran sebagai hadiah kepada arwah", ujar Shauqi ketika dihubungi.
Jam 9.00 pagi(waktu Malaysia), 25-04-2010

Saat lemah lenggangan tangan menaip dan beberapa pusingan lap(penulis), arwah telah selamat dikebumikan sekitar jam 4.00 petang(waktu Malaysia), 25-04-2010 di tanah perkuburan Islam, Guar Chempedak. Menurut maklumat di dalam facebook adik Huda, semua urusan pengebumian selesai pada jam 5.30 petang. Arwah dikebumikan berdekatan kubur wan dan nenek(Allahyarham Hj.Yahya Junid dan Hajjah Maryam Md Taib). Sekian.

Sunday, April 25, 2010

Menemui Allah

 Assalamualaikum ..

Al-fatihah buat adinda yang disayangi, Pn.Zurqha' Bt Abd Manan (kak Jut, gambar) yang telah pergi menemui penciptaNya. Menurut mak, Kak Jut menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9.00 pagi waktu Malaysia, 25/04/2010.

Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh.

Moga ma, abah, adik Shauqi(gambar, suami kak jut), yaseer, huda, nah, O-yib, saidah, shifa', mawaddah, hakim n adik tabah dan takkan sedih berpanjangan dengan pemergian Kak Jut.

Terima kasih kepada saudara-mara(Mak Tam n anak-anak, ibu dan ayah saudara dari keluarga Yahya Junid ,  tak lupa  Wan di Kuala Kedah, nenek, dan semua  ibu dan ayah saudara dari sana serta keluarga adik Shauqi) dan jiran tetangga yang banyak membantu keluarga, di samping menenangkan perasaan kedua ma dan abah. 


Terima kasih buat sepupu-sepupu, sahabat dan rakan  seperjuangan di bumi Mesir dan ex-student MTKH dan semua yang berkenaan. Dengan sms, call, ym, facebook dan perantaraan lain yang diterima menenangkan seketika perasaan. 


One Ummah
"denga nyawa, pergerakan jasad pasti terhenti tetapi dengan ruh perjuangan ia terus melebari tanpa henti"
[ From Egypt With Love ]
Wassalam

Saturday, April 24, 2010

APCO masuk kacau Malaysia?

Kenapa mahu APCO? kenapa perlu ada APCO? Tak cukup lagika tanah-tanah Palestin depa tibai. Zionis ni pun selalu sangat dok rebiah penduduk Palestin, depa latu Palestin suku nyawa. Dok bagi muka kat penjajah tu pasai pa? Kami tak redha.

Penunjuk perasaan di Sinai kecam ahli parlimen peluru

'ARISH - Beberapa hari yang lalu, seorang ahli parlimen Mesir ketika satu majlis persidangan mendesak supaya pihak keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup kepada para penunjuk perasaan.

Berikutan itu, sejumlah besar penduduk dan isteri-isteri mangsa tahanan mengadakan tunjuk perasaan di bandar 'Arish, Mesir yang turut disertai pemimpin dari dua buah parti, At-Tajammuk dan Al-Karamah. Ketika tunjuk perasaan itu berlangsung, para penunjuk perasaan mendesak supaya ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan sebagaimana di atas dipecat dari dewan rakyat malah digugurkan keanggotaannya dari parti pemerintah(Hizbul-Watani) serta membawanya ke muka pengadilan.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di sebuah kawasan mengangkat kasut dan sepanduk menyeru agar ahli parlimen itu ditembak dan diberkas.

Sementara itu, Asyraf Al-Hafni, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi mempertahankan hak rakyat berkata, 'jika Hizbul-Watani tidak bersalah, sila pecat ahli parlimen itu dari keanggotaan parti dan kemukakan  dia ke pengadilan.' Sumber 24/04/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

Friday, April 23, 2010

Isu fitnah Pengerusi: KJ sengaja?

Belum lagi hilang bahang isu 'kutub sittah', timbul pula isu lain yang sengaja menimbulkan kekeliruan dan memfitnah pelajar.

Lihat lampiran isu di bawah yang diambil dari facebook.


Di sini admin melampirkan keterangan 'situasi' kedudukan isu ini yang menjawab fitnah dan hal sebenar.
________________________________

[ Fitnah Khairi Jalalluddin (KJ) kepada Pengerusi DPMT ]

Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK
Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta

Menurut status KJ di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis  ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".

Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu.

18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang)

Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah  berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta. Kami seterusnya bergerak ke hotel berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Sesampainya di hotel, kami bertanya kepada pihak hotel lalu dimaklumkan kebenaran akan berita yang disampaikan oleh wakil Amnu Daulah tersebut.

Pengerusi  terus menghubungi nombor pihak Safarah yang tercatat dalam buku hotel tersebut. Lalu Puan Salwa (salah seorang pegawai JPMK) menjawab dan mengesahkan bahawa mereka akan datang ke Tanta untuk berurusan dengan pelajar pengajian Islam dan Perubatan pada keesokan harinya (19 April 2010) pada jam 8:30 pagi.

Selang beberapa minit, wakil Amnu Daulah sampai di hotel berkenaan lalu bertanyakan kepada Pengerusi kenapa tidak memaklumkan kepadanya mengenai kehadiran pihak Safarah ke Tanta. Wakil Amnu Daulah telah memarahi Pengerusi kerana tidak memaklumkan perkara tersebut kepadanya. Pengerusi menjelaskan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Safarah untuk menafikan kesalahan tersebut berpunca daripadanya. Pengerusi meminta Puan Salwa bercakap sendiri dengan wakil Amnu Daulah dalam telefon dan memohon maaf atas perkara tersebut. Rentetan daripada itu, KJ juga ada menghubungi Pengerusi dan memaklumkan bahawa beliau hendak bertemu dengan Pengerusi sekitar jam 8:30 pagi esok (19/4/2010).

Persoalannya, adakah terlalu sukar bagi mereka menghubungi Pengerusi DPMT untuk memaklumkan kehadiran mereka ke Tanta? Jika kedatangan mereka untuk berurusan dengan pelajar, semestinya perkara tersebut perlu ada dalam makluman Amnu Daulah. Pengerusi DPMT adalah ketua pelajar Malaysia di Tanta yang berada di bawah naungan PMRAM dan berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Jika Pengerusi Perubatan boleh dihubungi, kenapa tidak kepada Pengerusi DPMT?


19 April 2010 (sekitar jam 8:30 pagi)

Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan KJ. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, KJ mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu:

•    Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta.

Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya? Ini adalah prosedur biasa di peringkat Amnu Daulah. Pegawai-pegawai sebelum ini pun tiada masalah dengan prosedur tersebut. Mungkin KJ orang baru di Mesir. Sepatutnya perlu belajar dan bertanya kepada yang lebih tahu, bukan membuat tuduhan yang melulu dan tidak matang. Pelajar-pelajar yang hendak membuat urusan di Safarah pun ada peraturan, pelajar pergi ke Safarah pun kena ikut peraturan. Jadi, kenapa KJ datang ke sini  tidak mahu mengikut prosedur? Berurusan dengan orang yang banyak alasan sudah tentu kita akan menjadi BOSAN!!!

Pada bulan Februari 2010, rombongan daripada Malaysia (JASA) hadir ke Tanta untuk kempen 1MALAYSIA dan program tersebut di buat di markaz PMRAM Cawangan Tanta. Kami ahli-ahli Tanta menyambut baik walaupun pihak Safarah berbohong ketika menghubungi Pengerusi DPMT. Mereka menyatakan bahawa telah pun memaklumkan kepada Presiden PMRAM (Ustaz Abdul Muiz Muhammad), tetapi apabila Pengerusi menghubungi Presiden, Presiden menyatakan tiada mendapat sebarang maklumat tentang program 1MALAYSIA tersebut.

Dalam situasi ini pula, tuduhan KJ seolah-olah menggambarkan Pengerusi mengaku menjadi wakil Safarah untuk ambil tahu tentang kehadiran tersebut sepatutnya tidak timbul. Siapa yang mengaku jadi wakil Safarah? Pengerusi pun tidak tahu apa-apa jika tidak dimaklumkan oleh wakil Amnu Daulah. Wakil Amnu Daulah dapat maklumat tersebut pun daripada pihak hotel. Jadi, kenapa KJ nak berang kepada Pengerusi DPMT? Kenapa sampai menulis status di  Facebook? Bila menulis di Facebook semua orang boleh membaca (macam budak-budak daaa). Kenapa nak ugut dengan menyatakan bahawa Pengerusi telah melakukan kesalahan yang besar? Kenapa mahu dibawa perkara tersebut kepada Encik Saiful (Pemangku Duta Malaysia Kaherah).

Jadi, kami ahli-ahli Tanta mendesak supaya KJ memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi serta ahli DPMT di atas tuduhan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tulisan KJ di Facebook menyebabkan semua orang dapat membacanya lantas menyebarkan fitnah. Ini soal maruah dan jangan pandang perkara ini sebagai perkara yang kecil! Diharapkan agar perkara tersebut tidak berlaku di muhafazah lain.

Sekian, wassalam.

Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
Rujukan : web dpmt
__________________________________

Walaupun beliau(KJ) mengatakan paparan di facebook adalah pendapat peribadinya tetapi mahasiswa-mahasiswi kenal dia adalah pegawai JPMK dan isu ini berlaku bukannya sembang-sembang di padang bola sepak, kolam renang, shopping complex atau sebagainya tetapi bermula ketika KJ berada di Tanta untuk menjalankan kerja rasmi. Penulis tak ingin nak pertikaikan kerja KJ, kerana itu memang kerja rasmi KJ. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, kami mendesak supata KJ mohon maaf atas keterlanjuran beliau di facebook kerana di situ bermulanya fitnah.

Sunday, April 11, 2010

Israel memiliki antara 100-300 peledak nuklear

BET LEHEM - Agensi - Sebuah majalah yang diterbitkan di Britain khusus mengenai strategi pertahanan 'jeans' dalam laporannya hariini mengungkapkan bahawa Israel adalah Negara ke-6 yang membangunkan tenaga nuklear secara besar-besaran.


Menjelang pembukaan Persidangan Keselamatan Nuklear Antarabangsa di Washington minggu hadapan, majalah itu menyatakan mengikut analisis pakar-pakar bahawa Israel memiliki di antara 100 hingga 300 peledak nuklear. Jumlah tersebut menyamai peledak nuklear yang dimiliki Britain.

Menurut majalah tersebut, Israel juga berkeupayaan melengkapkan peledak nuklear dengan peluru berpandu jarak jauh, model (yeriho 2) dan (yeriho 3). Lebih dari itu, Israel juga mampu melancarkan peledak nuklear dari pesawat tempur dan kapal selam.

Disebutkan, setakat ini, Israel tidak mengakui mempunyai senjata nuklear.

Sumber 10/04/2010, web berita maan.net

Saturday, April 10, 2010

Terkini 10.39 pm : Keputusan Rasmi Pilihanraya PMRAM

Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 10:39 PM  |

Keputusan telah diumumkan oleh Pengarah SPR. Berikut ialah senarai calon dan bilangan undian mereka :

1. Ustaz Muhammad Yusof Abd Kadir : 861 (menang)

2. Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar : 848 (menang)

3. Ustaz Abdul Aziz bin Ali : 826 (menang)

4. Ustaz Muaz bin Syukri : 173

5. Ustaz Aminuddin bin Alias : 226

6. Ustaz Syeikh Mujahid bin Syeikh Nawawi : 860 (menang)

7. Ustaz Mohd Faizuddin bin Ghazali : 877 (menang)

8. Ustaz Mohammad al Hidayat bin Khalid : 861 (menang)

9. Ustaz Hanif bin Haron : 158

10. Ustaz Solehuddin bin Mohd Safien : 852 (menang)

11. Ustaz Ahmad Huzaifah Fauzi : 821 (menang)

12. Ustaz Firdauz bin Noh : 830 (menang)

Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang 
Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%) 
8 Undi Rosak

Monday, March 1, 2010

Arnab lahir gajah di Jenin

Nablus, Tebing Barat - Seorang pemuda Palestin bernama Mohammad Alaunah, 19 tidak mempercayai seekor arnab betina peliharaannya melahirkan arnab seakan gajah. Pada mulanya, Mohammad memerhati dari jarak dekat 9 ekor arnab yang telah lahir dan tidak sangka seekornya teramat pelik dari yang lain.
 
Mohammad yang berasal dari kampung Jabaa', Jenin, Tebing Barat bekerja di Israel.

Ketika menceritakan kepada pemberita(Ma'an News, 01/03/2010), dia merasai takut apabila melihat seekor arnab kecil seakan gajah berwarna kelabu kehitaman yang berada di sebelah sembilan ekor anak arnab yang lain berwarna putih. Bagaimanapun, arnab seakan gajah itu mati setelah 30minit dilahirkan.

Menurut Alaunah bahawa kejadian tersebut amat pelik. Jelasnya lagi, arnab betina yang melahirkan arnab ganjil itu jenis dari 'holland' yang dibeli enam bulan yang lalu daripada seorang penduduk di kampungnya. Seperti biasa, Alaunah mendirikan sangkar khas dan memberi makan  seperti biasa kepada arnab betina itu.

Menurut Alaunah lagi, sembilan ekor arnab berwarna putih yang baru dilahirkan bersama arnab seakan gajah itu dalam keadaan baik. - Ma'an News(Palestine)

Hak PMRAM ke atas ARMA

Penulis suka dengan tulisan atau bingkisan malah apa jua yang berkait dengan sejarah. Lebih dari itu,sekiranya hak sejarah dinafikan dari pihak yang sememangnya berkait, mungkin boleh disifatkan tindakan seumpama itu amat tidak 'adil'.


Justeru, peringkat pelajar atau komuniti Melayu di Mesir perlu melihat dan memahami bagaimana hak pensejarahan yang telah termaktub supaya pihak berkenaan mendapat haknya, khasnya PMRAM yang telah dipisahkan dari ARMA.

Selanjutnya, penulis mengajak pembaca untuk meneliti dan memahami tentang hak sejarah ini.

Fakta yang tidak mungkin berubah :

1956 Oktober: Mendaftarkan seramai 65 orang pemuda Melayu menjadi askar sukarelawan manakala yang lain menderma darah dan mahasiswi menjahit pakaian tentera untuk membantu tentera Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel.
 
1959: Urusan penyerahan tanah seluas 2,212 meter persegi oleh kerajaan Mesir di buat dengan rasminya atas nama PMM selesai tetapi untuk menjaga keselamatan masa depan, maka pertengahan 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Bersambung ke blog Dana Apartment PMRAM

Rujukan: Dana Apartmen

Friday, January 22, 2010

Di sebalik Anugerah Juara Lagu 24




Artikel bersumber dari sebuah blog tempatan(Malaysia).


USD 1 menyingkap satu identiti yang tersembunyi, adakah ia juga satu kebetulan? 

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu. Sambungan artikel >> idhamlin

Adakah 'relevan' mengatakan apa yang didakwa hanya 'kebetulan'? Mungkin boleh menilai bagaimana konsep mahupun konspirasi licik dan halus 'satu kerajaan dalam kerajaan' bagi melebarkan 'orde baru dunia'. Berikutan permainan politik dunia, bekas Presiden Amerika, Rooservelt berkata, "In politic nothing happen by accident, if it happened, it was planned that way". Maksudnya, 'tidak ada kebetulan yang berlaku dalam politik, jika ia berlaku sedemikian, sememangnya ia telah dirancang'. 

Sunday, December 27, 2009

IKLAN : CPU power dalam genggaman anda

 Khas buat peminat-peminat hardware komputer di abad ini (Mesir sahaja). Mungkin di kalangan kita ada yang peminat setia game tetapi perisian komputer tidak berapa mantap untuk menyokong permainan tersebut. Mungkin juga di kalangan kita ada yang peminat grafik tetapi perisian komputer belum cukup hebat untuk membuat design yang berkualiti. Kini, saya ada sesuatu untuk anda yang meminati hardware komputer atau memang berniat untuk memiliki set sistem komputer yang terhebat. Jangan tunggu lagi, hubungi saya segera.


 Spesifikasi CPU ini yang pasti membuatkan anda teruja:

:: PROCESSOR AMD+9950 QUAD CORE 3.0Ghz ::
:: HEATSINK ASUS SILENT KNIGHT PURE COOPER(8 COOPER PIPE) ::
:: BIOSTAR 790GX (motherboard) ::
:: RAM HYPER X A DATA(HYPER PERFORMANCE RAM 1066) 6Gb ::
:: PALIT 4870 512mb (grafic card) ::
:: CREATIVE EXTREM MUSIC X-FI (soundcard) ::
:: ASUS DVD WRITER ::
:: GIGABYTE PSU 450w, for system (power supply) ::
:: JUICEBOX PSU 450w, for VGA card ::
:: CASING BARU COOLER MASTER (power supply) ::


Harga yang ditawarkan LE4,600 
(tidak termasuk LCP monitor, keyboard dan gamers mouse)


Tambahan

LCD monitor LG 5000il 5ms
GAMERS MOUSE
KEYBOARD



Kesemua sekali berharga LE5,100

Hubungi : Us.Muin (014-314 3352)

Monday, December 21, 2009

Hampir 10,000 mati akibat selsema babi

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) menyatakan bahawa hampir 10,000 orang mati disebabkan menghidap virus selsema babi atau 'Influenza A H1N1'. Perangkaan ini adalah meliputi seluruh dunia.

Sumber 19/12/09, berita al-Jazeerah

Thursday, December 10, 2009

Aktiviti wajib ketika pulang bercuti di Malaysia


Hasil iklan produk vemma




Syukur dengan apa yang diberikan Allah Taa'la. Sesuatu yang menarik ingin dimaklumkan bahawa saya pemegang VID 712281505 dalam vemmabuilder telah mendapat hasil setelah menjadi ahli vemma (vemma paid member). Selain itu, saya turut membuat pengiklanan secara serius. Akhirnya, hasil tersebut diperolehi. Agak-agak berapa yang saya perolehi? ... Biarlah rahsia.

Friday, November 27, 2009

Kullu 'Am Wa Antum Bikhair

Get more Aidil Adha: Click here



Assalamualaikum..ratusan hitungan minit ucapan lebaran aidil adha akan bergema di seluruh pelusuk tanahair tercinta Malaysia dari masa ini. Di kesempatan yang terluang dan ruang masa yang begitu padat, saya dan keluarga memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mengenali kami. Semoga aidil adha kali ini disambut dengan penuh kesyukuran selaku insan dan hamba yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala. 


"Kullu 'Am Wa Antum Bikhair"

Sumber : kad raya

EVO MR 2010



We're fresh from the driver's seat of the newest addition to the Lancer Evo fast family, the mildly more grown up MR Touring model. Mitsubishi has got a lot happening at its event in Palm Springs, California this afternoon (stay tuned for much more from this desert trip in coming days), but we felt we'd be remiss if we didn't check in with a few quick thoughts about the new Evo. << read more >>

Source : next autos

Monday, November 23, 2009

Wabak H1N1 di Kedah masih membimbangkan

Petikan berita yang bertajuk, "Wabak H1N1 di Kedah masih membimbangkan" terbitan WARTA DARUL AMAN keluaran September/Oktober 2009 kembali mengingatkan kita semua tentang kesan yang dibawa oleh virus tersebut.

Walaupun virus selsema babi atau Influenza A H1N1 seakan menyepi, namun jangan jadikan wabak ini seperti isu terpinggir. Adalah menjadi peringatan kepada semua, bahawa pemahaman dan cara menangani wabak tersebut perlu diambil perhatian yang tinggi.

Menurut petikan berita itu,  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Yang Berhormat Dr.Ismail Salleh telah memanggil semua ketua jabatan dan pegawai daerah seluruh Kedah bagi memberi taklimat kahas berhubung isu Influenza A H1N1 serta membincangkan strategi yang perlu diambil untuk mengatasi wabak tersebut.

Susulan dari petikan di atas, penulis ingin membawa satu produk khas(VeMMA) bagi membangunkan sistem imun badan.

Berikut adalah petikan artikel dari sebuah risalah penerangan berhubung produk tersebut.

Saranan kepada sesiapa yang mempunyai penyakit kronik malah menyebabkan lebih cepat lagi merebaknya virus H1N1 amat perlu kepada minuman buah-buahan bagi menguatkan sistem imun badan/antibodi. Jadi, minuman yang paling berkesan adalah minuman antioksida dari VeMMA, insyaAllah.

1. Apakah produk VeMMA?

VeMMA adalah program nutrisi yang lengkap dengan vitamin, anti oksida dan multimineral yang merupakan makanan tambahan dalam bentuk cecair. VeMMA juga mengandungi lebih daripada 80 kandungan nutrien dalam persediaan ini.

2. Benarkah VeMMA adalah ekstrak buah manggis?

Vemma boleh dikategorikan sebagai makanan berfungsi. Ia bukannya sekadar terdiri daripada buah manggis atau jus manggis sahaja, malah keseluruhan buah manggis di ekstrak (termasuk kulitnya) yang merupakan salah satu daripada 80 bahan-bahan yang lain. Vemma didatangkan dalam dua botol, iaitu:

a. Satu botol terdiri daripada 65 micromineral daripada sumber sayur-sayuran.
b. Botol kedua terdiri daripada keseluruhan buah manggis yang diekstrak, daun aloe vera dan teh hijau bebas kafein yang diekstrak.

3. Memang hebat. Apakah keistimewaan buah manggis yang diekstrak?

Keseluruhan buah manggis itu sendiri mengandungi anti oksida yang amat tinggi kandungannya. Ini terutamanya terdapat pada kulit buah manggis yang boleh dimakan begitu sahaja. VeMMA adalah keseluruhan buah manggis termasuk kulitnya semasa proses penghasilan.

4. Apakah kandungan bahan-bahan lain yang ada dalam VeMMA?

Untuk lebih tepat lagi, VeMMA adalah kombinasi daripada 65 mikromineral, kesemua 12 jenis vitamin asas (A, B komplek, C, D dan E) dan tiga ekstrak botanik (keseluruhan buah manggis, aloe vera dan teh hijau) yang menyediakan anti oksida, asid amino dan phyto-kimia yang diperlukan oleh badan kita.

Selain itu, 8 Kelebihan dan keunikan yang terdapat dalam produk VeMMA adalah:

1. Cecair anti oksida yang terkuat di dunia dengan nilai ORAC 115,779.
2. Bioaktif yang tinggi walaupun setelah mengambilnya.
3. Memenuhi keperluan harian vitamin, 65 jenis mineral dari sumber tumbuh-tumbuhan yang mengandungi phytonutrient, enzim dan asid amino.
4. Menggunakan teknologi sains terkini, diformulasi untuk tahap pharmaceutical yang berkualiti tinggi mengandungi 30% aloe vera dan 25 gm teh hijau yang telah dikeluarkan kafein dalam satu liter.
5. Dalam bentuk ionic (molekul yang lebih kecil dari sel badan) dan membolehkan badan menyerap sehingga 99.99% khasiatnya.
6. Makanan berfungsi bertaraf dunia yang meningkatkan sistem kalis (immune system).
7. Terdiri lebih daripada 80 bahan termasuk manggis (keseluruhan buah manggis).
8. Spektrum terluas anti oksida, terutamanya Xanthones yang memberi kelebihan nilai kesihatan yang optimum.

Sebab dan mengapa anda memerlukan program nutrisi VeMMA adalah kerana VeMMA mampu :

1. Anti oksida yang hebat
2. Pemangkin tenaga (anti keletihan)
3. Mencegah kebimbangan/kekhuatiran
4. Anti penuaan
5. Merawat kesakitan
6. Mencegah kemurungan
7. Mencegah kegemukan
8. Mencegah cirit-birit
9. Mencegah osteoporosis
10. Mencegah kesan-kesan diabetes
11. Mencegah kelemumur
12. Mencegah pening-pening (gayat)
13. Anti parkinsonism
14. Anti tumor dan mencegah kanser
15. Mencegah ulser (perut, mulut dan dubur)
16. Mencegah bengkak-bengkak
17. Anti katarak (bahagian legap pada kanta mata)
18. Mencegah glaukoma (sejenis penyakit mata)
19. Mencegah lenguh sendi
20. Mencegah batu karang dan buah pinggang
21. Mencegah keanjalan arteri
22. Mencegah penyakit gusi
23. Mencegah dan merawat jangkitan fungus
24. Mencegah alahan dan merawat sakit kulit/masalah kulit
25. Mencegah jangkitan virus dan kuman
26. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
27. Menjaga kesihatan jantung
28. Membantu mengurangkan demam
29. Meningkatkan sistem kalis
30. Mengelakkan jangkitan bakteria
31. Membantu mengurangkan sakit saraf
32. Membantu mencegah dementia (sejenis penyakit otak)

Mampukah anda mendapat semua bahan-bahan di bawah dalam sehari ?

2.66 buah oren untuk sama nilai dengan khasiat vitamin C
9.6 avocado untuk sama nilai dengan khasiat vitamin E
3.09 broccoli untuk sama nilai dengan khasiat zat besi
55.55 telur untuk sama nilai dengan khasiat vitamin D
1.78 cawan bayam untuk sama nilai dengan khasiat vitamin A
3.88 cawan kacang peas untuk sama nilai dengan khasiat thiamin
19.76 pisang sederhana untuk sama nilai dengan khasiat riboflavin
62.5 oz keju untuk sama nilai dengan khasiat vitamin B-12
5.14 kentang besar untuk sama nilai dengan khasiat niacin
61.54 cawan tomato untuk sama nilai dengan khasiat folate
2.46 tembikai besar untuk sama nilai dengan khasiat vitamin B-6
17.89 oz buah ceri untuk sama nilai dengan khasiat nilai ORAC
37.17 cendawan sederhana untuk sama nilai dengan khasiat asid panthothenic

Justeru, selagi ada usaha yang boleh diyakini, maka janganlah abaikan atau terlepas pandang.

Fakta tentang wabak ini menurut laporan yang diterbitkan, sehingga 6 September terdapat 390 kes dilaporkan dan 139 orang dikesan telah dijangkiti ILI (Influenza Like Ilness H1N1) telah dimasukkan ke wad di hospital seluruh Kedah. Manakala 12 daripadanya di masukkan ke Unit Rawatan Rapi.

Sumber di atas :
1) "Wabak H1N1 di Kedah masih membimbangkan", terbitan WARTA DARUL AMAN, keluaran
September/Oktober 2009. Terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

2) Risalah VeMMA
3) VeMMA.com

Sunday, November 22, 2009

Pentadbiran Sifar Rasuah

1) Hasil pelaksanaan polisi tender terbuka, Kerajaan Negeri memperolehi pendapatan sebanyak RM16.3 juta dari kawasan pembalakan seluas 1,000 hektar berbanding sebelum ini RM3 juta di kawasan yang sama.

2) Proses menyelesaikan masalah tanah di Kedah jauh lebih baik kerana ia hanya mengambil masa selama 30 hari sahaja berbanding di Negeri-negeri lain proses yang sama mengambil masa selama 140 hari.

3) Polisi mesra pelabur dan menolak konsep 'kos bawah meja' menyebabkan Kerajaan Negeri mendapat pertanyaan yang banyak dari para pelabur luar (luar Negara dan domestik) untuk melabur di Kedah.

4) Penyata kira-kira kewangan Negeri telah menunjukkan lebihan sebanyak RM28 juta selepas 6 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pemerintahan.

5) Mengadakan kursus kemantapan integriti dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INM) kepada semua ADUN dan ahli Parlimen seluruh Kedah.

6) Memberi kerjasama yang penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana anggota pentadbiran Negeri Kedah yang disyaki menerima rasuah.

Sumber : Galeri pameran, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

 "KEDAH SEJAHTERA"

Friday, November 20, 2009

Slide berceramah di Jubli Emas

GUAR CHEMPEDAK, 19 Nov - Satu perayaan Jubli Emas telah dilangsungkan hari ini di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak sehingga 22 November. Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan PAS kawasan Jerai mendapat respon dan sambutan yang baik daripada seluruh penduduk di Guar Chempedak.


Menurut seorang aktivis, Imran Abdullah 27 tahun bahawa pihaknya telah menyediakan 42 gerai jualan dan pameran sekaligus, menarik minat usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga bumiputera untuk turut serta dalam Jubli Emas tersebut.


Selain itu, pada sebelah malamnya pula, diadakan konsert kesenian Islam. Artis-artis yang diundang telah menghiburkan hadirin dengan seni lagu, lirik dan gaya yang tersendiri. Pak Long dengan lagu hitnya yang berjudul Asmaul-Husna, Demi Masa, Al-Jannah, Selagi Ada Rindu, Cinta Pantai Merdeka dan beberapa buah lagu telah menarik minat golongan muda. Selain itu, Seorang artis terkenal yang popular dengan lagunya Cinta Untuk Nabila, bagaimanapun telah digubah kepada Cinta Untuk Nabiku menunjukkan betapa kesedaran ke arah penghayatan Islam menjadi pemangkin kepada golongan artisan. Termasuk juga, pendeklamasian sajak oleh Amni Jagat memaparkan mutu sajak yang puitis dan kritis berkisarkan politikus yang menzalimi mereka. Pun begitu, tiada sorakan yang menggila seolah-olah pemuda dan pemudi tiada akhlak dan moral agama. Kesemuanya disambut dengan penghayatan yang mahukan keredhaan Allah.


Hiburan tanpa mengingati Allah adalah sia-sia dan membawa kecelakaan. Ternyata, pada malam tersebut turut adanya slot dari Ustaz Abdullah Khairi yang menyentuh sanubari hadirin dengan tayangan slide.


Slide yang berceramah (kiasan) yang diharapkan untuk membangkitkan kesedaran selepas mati telah menyentuh tubuh-tubuh yang hadir kerana tayangan tersebut memaparkan seorang pemuda yang lalai dengan kehidupan duniawi.


Saat itu, didatangi malaikat Izrail mencabut nyawanya dalam keadaan kefasikan kerana bertuhankan maksiat. Lebih menyedihkan lagi, rohnya terkapai-kapai dek amalan buruknya yang lebih berat berbanding amalan baik pemuda itu.


Menurut Ustaz Abdullah yang juga seorang penceramah menyatakan, tayangan itu berunsur motivasi untuk menyedarkan jiwa yang lalai.


Jelas beliau, ketika berceramah mungkin mereka yang mendengar ambil sikap acuh tak acuh, tetapi kali ini dengan tayangan slide yang pasti menggegarkan jiwa yang lalai agar kembali kepada Allah Ta'ala. Namun, slide itu dikatakan telah menimbulkan kontroversi.


Diakhir tayangan slide, Ustaz Abdullah Khairi mengejutkan penonton yang memenuhi ruang padang bersebelahan Dewan Serbaguna itu dengan kisah seorang juruterbang berbangsa India memeluk Islam kerana jenazah seorang ulamak haraki dalam kapal terbangnya dinaungi awan dan pernah tersiar di dalam majalah mastika.


Kisah ini boleh dirujuk dalam blog berikut :

Tuesday, October 13, 2009

Realiti : Seorang lelaki cina mahu bayar zakat

Dua minggu sebelum menyambut aidilfitri, amil-amil zakat yang bertugas di kaunter zakat fitrah dikerumuni masyarakat yang beragama Islam bagi tujuan pembayaran/pengeluaran zakat fitrah yang wajib bagi setiap umat Islam. Sempena dengan bulan zakat fitrah, penulis turut diberi peluang menjaga kaunter zakat di sebuah pusat beli belah, iaitu TESCO, Mergong, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Bersama dengan beberapa sahabat yang lain, jadual tugasan kami disusun baik dan fleksibel bagi memudahkan kutipan zakat ini berjalan lancar. Jika diselak cerita (bukan membawa cerita) ketika menjaga kaunter zakat, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehi memandangkan zakat juga termasuk di dalam fiqh ibadah.

Sebagaimana kebiasaan pada satu ketika, kaunter zakat menerima kebanjiran umat Islam yang rata-ratanya datang membeli-belah di Tesco, namun sedikit sahaja yang datang ke Tesco semata-mata untuk menunaikan kewajipan mengeluarkan zakat. Tanpa disedari, selesai seorang demi seorang di kaunter zakat, seorang lelaki cina dalam lingkungan umur 50-an tanpa segan silu duduk di kerusi dan kami berjabat tangan. Lantas lelaki itu berkata, 'saya mahu bayar zakat'. Saya terpaku seketika kerana kurang yakin dengan status keislamannya. Kerisauan membayangi diri penulis kerana khuatir jika mulut terpacul kata-kata yang menyentuh atau menimbulkan sensitif, lagipun situasi ini adalah yang pertama baru dilalui. Namun Allah mengatur segalanya.

Penulis merasa lega apabila lelaki cina itu menunjukkan kad pengenalannya tanpa diminta berbuat demikian, sekaligus jawapan tentang status itu terus diketahui, lelaki cina itu belum lagi menemui keislamannya.

Rentetan dari niat lelaki cina itu, penulis menceritakan tentang zakat fitrah kepadanya dengan harapan lelaki cina itu dapat memahami dengan baik tentang zakat dan fungsinya mahupun peranan zakat itu sendiri. Apabila diteliti syarat pengeluaran zakat, status keislaman adalah yang utama bagi menerima pembayaran zakat. Jika lelaki cina itu mahu mengeluarkan zakat sedangkan dia masih belum menyatakan keislamannya, apakah pembayaran itu boleh dikategorikan zakat? Penulis hanya menjelaskan kepada lelaki itu, pembayaran dia adalah sedekah atau derma untuk kebajikan kerana dia belum Islam. Lelaki cina itu kelihatan kurang senang dengan jawapan penulis, mungkin juga mahu mempertahankan tindakannya yang murni lalu dia membalas, 'saya bayar zakat ini ikhlas'. Setelah itu, penulis menerima pembayaran sebanyak RM14 (nilai 2 orang membayar zakat) dari lelaki cina itu. Alhamdulillah selesai urusan tersebut, di akhiri dengan doa yang turut di'ameen'kan oleh lelaki cina itu mengikut kebiasaan selepas masyarakat Islam mengeluarkan zakat. Penulis amat merasa tenang hati sebaik sahaja melalui situasi tersebut.

Kesimpulan dari realiti yang berlaku ini, faktor yang mendorong kempen dan promosi yang agak meluas mengenai zakat telah mendapat perhatian di kalangan masyarakat cina. Bagaimanapun, usaha yang selanjutnya ataupun tindakan susulan sebagai follow-up adalah penting agar majoriti besar masyarakat cina mahupun india dan sebagainya memahami dan meyakini fungsi dan peranan zakat dengan lebih mendalam. Dalam masa yang sama mereka dapat melihat secara direct tentang ajaran Islam. Penulis tidak menolak, bahawa apa yang berlaku ini mungkin permulaan hidayah yang telah diaturkan oleh Allah Taa'la untuk Malaysia. Wallahua'lam