Sunday, April 22, 2012

Syria selalu di hati

Semasa jejari tangan galak berjalan-jalan di ruang sosial popular FACEBOOK, saya terbaca satu kiriman dari kumpulan 'Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria' yang menyebut:

Doa kita bersama mereka
Setelah hampir masuk tahun yang kedua kebangkitan rakyat di Syria, umat Islam semakin melupakan mereka. Jika dahulu mereka akan sentiasa berada di dalam doa dan qunut nazilah kita, tetapi kini mereka semakin dilupakan.

Kita sangka bahawa keamanan yang kita kecapi sekarang merupakan nikmat kebahagiaan segala-galanya, sehingga kita melupakan mereka. Namun kita lupa, sebenarnya merekalah yang berbahagia kerana syahid sentiasa menanti di penghujung kehidupan mereka.

Jangan pernah lupa mereka di dalam titipan doa kita. Semoga Allah memberi kemenangan kepada rakyat Syria. Insya-Allah.

Isu yang sama, pada hari Khamis yang lalu melalui kiriman أحمد الديري, saya melihat satu kiriman gambar. Ternyata membangkitkan rasa sedih dan menyayat hati. Kiriman itu mempersoalkan:

Adakah kita masih ingat kanak-kanak ini sebaik sahaja gambar disiarkan?

Tangisannya adalah harapan, namun .. 
Kanak-kanak perempuan ini menyampaikan mesejnya kepada seluruh bangsa Arab. Kata kanak-kanak itu:

"Wahai Arab, terima kasih, kamu semua terlalu lambat, aku tidak lagi mengharap kasih sayang kamu semua, aku telah pergi menghadap tuhan sekalian alam, Dialah sebaik-baik yang mengasihani."

Lagi menyayat hati, kiriman klip video YOUTUBE dari seorang sahabat 'Ariep Algreeqi' yang terpapar seperti di bawah sungguh menandakan manusia yang melakukannya tidak berperikemanusiaan.

0 comments: