Thursday, July 19, 2007

Siapakah yang mempertahankan Palestin?

Pembubaran Kerajaan perpaduan merupakan nilai pertaruhan yang cukup berpotensi dalam usaha memporak-porandakan lagi Palestin. Palestin dari dahulu hingga sekarang sinonim dengan perjanjian damai, namun bagaimanakah bentuk perdamaian yang sepatutnya Palestin nikmati. Tidak kurang usaha mendaulatkan tanah suci itu pula mestilah berdasarkan ketetapan-ketetapan pihak tertentu. Kononnya, mereka menyuarakan keamanan tetapi catatan sejarah membuktikan retorik semata.

Kuasa besar, Amerika Syarikat(US) ternyata mendominasi keadaan di Palestin. Di samping rejim Israel terus menggiatkan perancangan dan konspirasi merampas keseluruhan tanah-tanah Palestin tanpa menghiraukan nyawa-nyawa penduduk Palestin. Mereka dengan ganas dan bangga melakukan sedemikian adalah kerana sikap US yang sentiasa mendokongi mereka, dalam masa yang sama sikap pemerintah umat Islam turut memberi kesan dengan menyebabkan keganasan tersebut tetap berlaku.

Anehnya, setelah kerajaan perpaduan dibubarkan nyawa masyarakat Palestin tetap menjadi taruhan. Bangunan dan tanah Palestin juga masih menjadi eksperimen kemusnahan. Apakah nilai janji Israel terhadap Palestin? Sedangkan mereka mengatakan, tekanan ke atas Palestin akan diringankan kerana kerajaan sementara yang ada sekarang telah mengiktiraf Israel malahan tidak ada anggota HAMAS di dalam kabinet kementerian tersebut. Mungkin juga, keamanan yang dimaksudkan hanyalah kepada pihak yang menjayakan perancangan mereka dan bukan kepada Palestin.

Seandainya, keamanan untuk pihak tertentu..bagaimanakah nasib masyarakat Palestin yang memerlukan pembelaan sewajarnya? Palestin pula..siapa yang pertahankan?.

Sekian.


0 comments: